Jumaat, 31 Julai 2015

ABDUL AZIZ ISA CUBA SEKOLAHKAN MENTERI PBB


100 HARI TUNTUT ROYALTI MINYAK SARAWAK

PBB harus berani seperti DAP dalam menuntut 20% royalti minyak daripada kerajaan Pusat pimpinan UMNO. Bukan berbincang tetapi minta terus. Apa perlu takut? Itu hak kita bukan hak UMNO cuma kesilapan tersebut telah dilakukan oleh pimpinan Sarawak ketika itu yang terlalu "baik" menyerahkan hak Sarawak kepada kerajaan pusat dalam Perjanjian Petroleum 1974. Kini, kita minta balik hak kita, tebus dosa untuk orang Sarawak. Jangan jadi BACUL!!!

Oleh itu, kita desak Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar yang baru yang juga merupakan Ahli Parlimen Santubong dari PBB iaitu Datuk Dr Wan Junaidi untuk mempercepatkan proses tuntutan 20% royalti minyak Sarawak dalam tempoh 100 HARI dari tarikh beliau mengangkat sumpah sebagai Menteri (29 September - 5 November 2015). Tolong hormat dan tunaikan pemintaan rakyat yang telah dibuat melalui persetujuan dalam Usul Tuntutan Royalti Minyak di DUN Sarawak pada tahun 2014.

Setahun hampir tiba, usul tinggal usul dan tiada 'follow-up' dari kerajaan PBB. Ini menunjukkan PBB begitu lemah dengan UMNO apabila hanya akur dengan pemberian projek bernilai RM2.1 billion kepada Sarawak sebagai ganti kepada tuntutan royalti. Siapa dapat faedah dari projek tersebut jika bukan kroni UMNO dan PBB?

Jika dalam bentuk wang, duit sejumlah RM2.1 billion tersebut boleh digunakan untuk menghapuskan kemiskinan di Sarawak, memberi pendidikan percuma, memberi perkhidmatan kesihatan percuma, membina 50,000 rumah kos rendah, menyediakan perkhidmatan bas percuma dan banyak lagi.

Dengan itu, Sarawak akan maju ke hadapan seiring dengan Selangor dan Pulau Pinang. Jika Wan Junaidi gagal selepas tempoh 100 hari, saya mendesak beliau untuk LETAK JAWATAN dan jangan bagi malu orang Sarawak. Jangan jadi 'Harapkan pagar, pagar makan padi'.

Jangan jadi PAK TURUT dan TALI BARUT UMNO!

Dipetik dari Facebook Abdul Aziz Isa

TAK TAHU NAK CAKAP APA. WALAUPUN PAHIT, ADA KEBENARANNYA.

INI BUKAN BERMAKNA AKU SOKONG PERJUANGAN ABDUL AZIZ ISA DALAM DAP. DAP TETAP MUSUH BUMIPUTRA.

@ Sent From Samsung Note II
Wechat : sarawakguerreiro
BBM Pin : 567E95DF
            

Khamis, 30 Julai 2015

JANGAN SENTAP : GARAPAN P.RAMLEE YANG AKAN BUAT KITA SENYUM


P. Ramlee boleh dianggap sebagai PROFESOR KEHIDUPAN dimana setiap filem garapan beliau mempunyai nilai yang begitu berharga. Peristiwa aneh dan tidak masuk akal yang diterjemahkan dalam filem garapan beliau telahpun berlaku sekarang. Lihat sahaja bagaimana dalam filem Laksamana Do Re Mi, persidangan kerajaan Pasir Dua Butir yang diadakan di bawah pokok. Mungkin di masa itu para penonton menganggap persidangan di bawah pokok itu hanyalah hiburan semata-mata tetapi akhirnya menjadi realiti. 



Satu lagi artikel yang dipetik dari Facebook yang amat menarik dan bermakna berkaitan filem garapan beliau :-


Kalau siapa tengok pakaian 40 penyamun ketika keluar dari gua nak ke bandar. Ada yang memakai pakaian Tok Hakim, koboi,doktor dan lain2.. 

P Ramlee nak beritahu bahawa penyamun di negara kita ada bermacam2.

setuju jika filem2 P.Ramlee dijadikan sebagai rujukan ilmiah. Banyak filem2 beliau menyampaikan mesej2 berbentuk masa hadapan......sindiran yg penuh makna , realiti pada pentas malaysia skrg....Penyamun pun ada ustaz/ustazah utk menjustifikasi hak menyamun. Penyamun pon ada persatuan penyamun.

penyamun pon ada doktor. Penyamun doktor kata "kurang vitamin C"

Orang kaya (sarip dol dan Kemat hassan) boleh berpakat dengan penyamun

Chief penyamun: kamu Momotaro-San, gaji kamu 150 dirham. Bin sarjan bin sarjan gaji kamu 30 dirham sebab byk amik "I O U"......

satu jek respek kat penyamun2.....tu walau dia dikelilingi ngan emas dalam gua tuh....tapi tak curi hasil organisasi.....tetapi masih menerima gaji.....dari ketua penyamun.....kalau tak cukup p cari rezki lain kat luar walaupun menipu....tetapi tidak menipu organisasi dan bos.......

berbeza ngan penyamun zaman sekarang.....walau dapat gaji....tapi masih lagi mencuri khazanah negara...

Sekadar utk renungan, mesej yg sangat mendalam dari karya Allahyarham P. Ramlee.

MOHON JANGAN TERASA. SEKADAR HIBURAN SAHAJA.

#KALAUTERASAAPABOLEHBUAT


@ Sent From Samsung Note II
Wechat : sarawakguerreiro
BBM Pin : 567E95DF
            

CM ADENAN TERUS BUATKAN MATA PEMBANGKANG KEMERAHAN


CM Adenan dan Kerajaan BN Sarawak terus mengotakan janji kepada rakyat Sarawak dalam memastikan keselesaan dan kemudahan untuk rakyat Sarawak dilaksanakan.


Hari ini satu lagi projek mensejahterakan rakyat dilancarkan iaitu Projek Jambatan Long Lama di Miri yang telah disempurnakan oleh CM Adenan.




Projek yang menelan belanja RM115 juta ini akan memberikan manfaat kepada penduduk tempatan dari aspek penjimatan masa dan keselamatan dan paling penting tiada lagi BAYARAN KHIDMAT FERI.

Dengan terbinanya jambatan ini nanti, maka projek-projek pembangunan di kawasan Long Lama akan bertambah yang akhirnya akan menguntungkan penduduk di kawasan tersebut.


Terima kasih CM Adenan, Terima Kasih Kerajaan BN Sarawak.

SEWAKTU SIDANG DUN LEPAS, PEMBANGKANG SARAWAK MENENTANG KELULUSAN TAMBAHAN PERUNTUKAN KEPADA PROJEK PEMBANGUNAN LUAR BANDAR. PARTI INIKAH YANG NAK DIHARAPKAN UNTUK MEMPERJUANGKAN NASIB MASYARAKAT DI LUAR BANDAR.

FIKIR-FIKIRKANLAH. YANG MANA KACA, YANG MANA PERMATA. 

@ Sent From Samsung Note II
Wechat : sarawakguerreiro
BBM Pin : 567E95DF
            

JANGAN PERASAN NEWS : NASIB MUHYIDDIN YASSIN DAN ANWAR IBRAHIM TIDAK SERUPA


Isu pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin dari jawatan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia terus menjadi viral di media sosial. Agak malang ada yang cuba menangguk di air keroh dengan cuba mencetuskan suasana huru-hara di negara ini.

Menyedihkan bilamana ada pihak yang cuba menyamakan  nasib yang menimpa Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Bagi yang mengikuti perkembangan perjalanan politik 2 orang personaliti ini, mereka akan dapat membezakan kedua-dua insiden ini.

Anwar Ibrahim dipecat dari KERAJAAN dan PARTI adalah disebabkan SALAH LAKU PERIBADI sedangkan Tan Sri Muhyiddin Yassin disebabkan tidak bersetuju dengan KEPUTUSAN / DASAR KERAJAAN dan beliau masih kekal menjawat jawatan Timbalan Presiden UMNO.

Saya dapat rasakan perasaan kecewa dan dukacita mereka tetapi apa pun saya berikan nasihat supaya kita harus lebih utamakan kepentingan negara,
- Tan Sri Muhyiddin Yassin, Mantan Timbalan Perdana Menteri

Jadi dengarlah nasihat daripada orang yang empunya badan. Janganlah cuba melakukan perkara yang lebih merosakkan keadaan.

KITA TIDAK BERUPAYA UNTUK MENGETAHUI PERKARA YANG AKAN DATANG. MUNGKIN REZEKI TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN HANYA SETAKAT INI SAHAJA DI DALAM POLITIK MALAYSIA. MUNGKIN JUGA INILAH JALAN TERBAIK UNTUK BELIAU MENERUSKAN PERJUANGAN BELIAU.

TERUSKAN PERJUANGAN MEMBELA NASIB RAKYAT.

@ Sent From Samsung Note II
Wechat : sarawakguerreiro
BBM Pin : 567E95DF

            

GILA NEWS : RAKSASA ULTRAMAN BAKAR BUKIT AMAN


Semakin hari kita menuju ke arah zaman di mana maklumat bolek diakses tanpa had. Terpulang kepada individu itu sendiri untuk menilai kesahihan maklumat tersebut. Agak malang, masyarakat Malaysia tidak menggunakan kemudahan ini sebaik yang mungkin. Antara yang paling rakyat Malaysia suka adalah membuat PERSEPSI dan TERJEMAHAN yang kadang-kadang tidak masuk akal.

Kebakaran di Bukit Aman semalam menyaksikan ratusan mungkin ribuan komen-komen yang boleh sampai TIDAK MASUK AKAL. Antaranya yang paling popular ialah komen berkaitan bukti siasatan 1MDB.

Kemonlah rakyat MALAYSIA. Tan Sri Khalid Abu Bakar dah keluarkan kenyataan.


Pihak Bomba pun dah keluarkan kenyataan.

Ada pulak individu yang tidak boleh menerima penjelasan yang diberikan dan terus mentafsirkan mengikut kepala masing-masing.

YANG PALING KEJI SEMESTINYA PUAK PEMBANGKANG. ADA YANG SAMPAI MEMPROVOKASI KETUA POLIS NEGARA DI TWITTER.



INGAT !!! SABAR ITU SEPARUH DARIPADA IMAN. JANGAN MUDAH MENTAFSIR.

SAMA-SAMA KITA TUNGGU KEPUTUSAN SIASATAN 1MDB

@ Sent From Samsung Note II
Wechat : sarawakguerreiro
BBM Pin : 567E95DF
            

Isnin, 27 Julai 2015

MASAM MANIS NEWS : PEMBANGKANG MALAYA GELAK, PEMBANGKANG SARAWAK MENANGIS


Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sekiranya pilihan raya umum diadakan esok, Barisan Nasional akan kalah.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri menyatakan kebimbangan itu berdasarkan kepada maklum balas masyarakat di peringkat akar umbi.

"Kalau ikut kata hati saya, kalau esok pilihan raya, kita tak mungkin boleh menang. Sudah ada asas-asas kajian yang dibuat banyak pihak yang menunjukkan adalah amat sukar untuk Barisan Nasional menang.

"Saya tanya bagaimana kalau perdana menteri bubar Parlimen adakah kita akan menang atau tidak, tidak ada seorang pun yang menjawab yakin untuk menang," kata Muhyiddin semasa berucap pada majlis penutup mesyuarat UMNO Bahagian Cheras di Kuala Lumpur. [ Sumber

TAPI AKU RASA PULAK KALAU BUAT PRN ESOK, BN SARAWAK PASTI MENANG BESAR. 

DENGAN PENERIMAAN POSITIF DARI SELURUH RAKYAT SARAWAK TERHADAP KEPIMPINAN CM ADENAN DITAMBAH DENGAN LEMAHNYA HUBUNGAN PEMBANGKANG DI SARAWAK PELUANG UNTUK BN SARAWAK MENANG BESAR ADALAH TINGGI. 

@ Sent From Samsung Note II 
Wechat : sarawakguerreiro
BBM Pin : 567E95DF

            

Ahad, 26 Julai 2015

EDISI BEBAL TAK SUDAH : SARAWAKIANS DI MALAYA DALAM BAHAYA KERANA KENYATAAN INI !!!


Sarawak For Sarawakians yang dipimpin oleh Beng Kor, Mdm Alexandra, Hanim bt Jaraee dan beberapa orang lagi nampaknya beriya-iya benar untuk mengeluarkan Sarawak dari Persekutuan Malaysia. Kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan oleh mereka melalui status FB di Group Sarawak For Sarawakians memperlihatkan semangat anti-Semenanjung yang amat menebal di dalam hati busuk masing-masing.

Hanim bt Jaraee perempuan Melayu yang dipercayai tinggal di Miri seakan bukan berbangsa Melayu jika dinilai dari keceluparan tulisannya di group Sarawak For Sarawakians.


Amat menyedihkan bagi kita sebagai Melayu Sarawak melihat seorang petempuan melayu berkata-kata sedemikian rupa.

TIDAK TERFIKIRKAH HANIM BT JARAEE ATAUPUN BELIAU TIDAK MEMPUNYAI OTAK UNTUK BERFIKIR

BAGAIMANA PERASAAN ORANG SARAWAK YANG MENCARI NAFKAH DI SEMENANJUNG?? DAN PERASAAN ORANG SEMENANJUNG TERHADAP ORANG SARAWAK DI SEMENANJUNG BILA MELIHAT DAN MEMBACA TULISAN BELIAU ??

SEKIRANYA ADA DI KALANGAN ORANG SARAWAK DI SEMENANJUNG DIPULAUKAN ATAU DI APA-APAKAN SELEPAS INI, HANIM BT JARAEE HENDAKLAH DIPERTANGGUNGJAWABKAN KERANA MENIMBULKAN PERASAAN TIDAK SENANG DI KALANGAN ORANG SEMENANJUNG TERHADAP ORANG SARAWAK .

PIHAK BERKUASA SUDAH SEHARUSNYA MENGAMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG TERHADAP INDIVIDU SEBEGINI YANG NYATA CUBA MENIMBULKAN HURU HARA DAN PERASAAN TIDAK TENTERAM DI KALANGAN RAKYAT MALAYSIA.

@ Sent From Samsung Note II
Wechat : sarawakguerreiro
BBM Pin : 567E95DF
            

Jumaat, 24 Julai 2015

PUTERA MELAYU DAP LAHIR DALAM KELUARGA TAIKO POLITIK SARAWAK !!!


Status terkiri Abdul Aziz Isa amat tidak diduga. Baru diketahui bahawa Abdul Aziz Isa bukanlah lahir dari keluarga biasa-biasa. Rupa-rupanya beliau dilahirkan di dalam keluarga "taiko politik" Sarawak. 

Petikan dari FB Abdul Aziz Isa



YA, SAYA CICIT ORANG PBB TAPI SAYA BUKAN EJEN PBB, SAYA EJEN UBAH! (Lihat senarai dibawah)

Antara keluarga saya dalam PBB:

1. YBhg Dato' Ahmad Bin Dato' Seri Ibrahim Bin Mahmud, Ketua PBB Cawangan Batu Kawah (Bapa Saudara)

2. Mahmud Bin Dato' Seri Ibrahim Bin Mahmud, Ketua PBB Cawangan Kota Sentosa (Bapa Saudara)

3. YB Dr Hazland Bin Abang Hipnee, Ketua PBB Cawangan Demak Laut (Sepupu)

4. YB Dato' Seri Mohd Ali Bin Mahmud, Ketua PBB Cawangan Muara Tuang (Datuk Saudara)

5. YB Datuk Norah Bin Tun Abdul Rahman, Penolong Setiausaha Agung PBB (Nenek Saudara)

6. Aziz Adenan Satem (Bapa Saudara)

7. YBhg Datuk Hamid Sepawi (Datuk Saudara)

8. Allahyarham Tun Abdul Rahman Ya'kub (Moyang Saudara/Adik kepada Moyang saya Allahyarhamah Fatimah Ya'kub)

9. YBhg Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Tun Abdul Taib (Bapa Saudara)

Ada ramai lagi, malas hendak senaraikan.

Hari ini, saya hendak buat satu pengakuan agar ianya jelas dan saya hendak tepiskan segala gosip yang dilemparkan kepada saya selama 2 tahun saya menceburi dunia politik. Ada yang medakwa saya ejen PBB dalam DAP. Saya ingin jelaskan di sini, keluarga saya memang ahli PBB tetapi saya bukan seperti mereka. Saya tidak pernah menyertai PKR dan PBB sebab parti pertama saya sertai adalah DAP. Ya, saya pernah berkhidmat di Pejabat Pusat Khidmat PBB Demak Laut atas dasar keluarga dan ingin menimba pengalaman dan saya juga pernah menjadi PACA PKR di Satok. Dari sekolah menengah hingga dewasa ini, saya memang seorang sosialis demokrat yang tidak akan sehaluan dengan neo-konservatif kapitalis. Orang tanya "Mena kau ada bala ngan sidak tok kah? Kau ejen PBB kah?". INI SEMUA KEBETULAN. Ya, saya mengaku saya adalah keluarga si polan bin si polan. Bukan nak cakap saya ini dari keluarga ini tapi saya pening. Perkara sebenar tak dapat disembunyikan lagi.

Hakikatnya, ya, memang mereka keluarga saya. Secara kebetulan, saya tidak minta lahir ke dunia dalam keluarga ini namun Allah s.w.t telah takdirkan saya adalah sebahagian dari keluarga ini. DAP mengambil saya sebab bakat bukan kerana susur galur keluarga saya. Mungkin cara saya berfikir ada yang mirip seperti mereka tetapi cara saya bertindak amat berbeza.Saya tidak kaya, bapa saya hidup sederhana. Saya tiada tanah berjuta ekar, saya tiada wang berjuta ringgit dan saya tiada aset di luar negara. Seperti yang kamu lihat, itulah saya.

Maaf jika saya menyembunyikan fakta ini namun saya terpaksa dedahkan sebelum Pilihan Raya Negeri agar tuduhan berhenti di sini. Mereka PBB, saya DAP. Keluarga tetap keluarga, politik tetap politik.

Saya sertai DAP sebab saya percayakan politik kepelbagaian kaum dan saya hendak berusaha naik dalam politik tanpa pengaruh keluarga dalam PBB. Ok, sekarang saya hendak fokus dengan politik, persetankan gosip murahan ini. Jom UBAH!

Sekian.

ABDUL AZIZ ISA
DAP SARAWAK

PENDEDAHAN TERKINI YANG DIBUAT ABDUL AZIZ ISA MEMBERIKAN BANYAK PERSEPSI TERHADAP ANAK MUDA INI. 

DARIPADA KENYATAAN BELIAU DI ATAS, BELIAU MENGAKUI DAP MENGAMBIL BELIAU DISEBABKAN BAKAT DAN BUKAN KERANA SUSUR GALUR KELUARGA BELIAU.

BAKAT ??? NAMPAK AGAK GOYAH ALASAN DAP TERSEBUT. BAKAT APA YANG ADA PADA ABDUL AZIZ ISA KECUALI MERAPU DI FACEBOOK. KALAU DITAFSIRKAN GERAKAN DAN PERMAINAN POLITIK DAP, ABDUL AZIZ ISA HANYA DIGUNAKAN UNTUK MERAIH UNDI BUMIPUTRA ATAS FAKTOR BELIAU ADALAH KELUARGA "TAIKO POLITIK" DAN UNTUK MENDATANGKAN PERSEPSI KEPADA RAKYAT SARAWAK "AHLI KELUARGA TAIKO POLITIK SARAWAK PUN SUDAH TIDAK PERCAYA SAMA PBB".

PENGKHIANATAN YANG TELAH DIBUAT OLEH ABDUL AZIZ ISA TERHADAP KELUARGA BELIAU SENDIRI MELALUI KENYATAAN-KENYATAAN FITNAH YANG DITABUR DI MEDIA SOSIAL TIDAK BOLEH DIMAAFKAN. 

CUMA MENJADI TANDA TANYA, ADAKAH NAMA-NAMA YANG DISEBUT OLEH ABDUL AZIZ ISA DI ATAS MASIH MENERIMA BELIAU SEBAGAI AHLI KELUARGA ??? 

@ Sent From Samsung Note II

            

Khamis, 23 Julai 2015

S4S BEBAL : RACUN KAMU BAGI, MADU CP SARAWAK BALAS




Perhimpunan dan perarakan sambutan kemerdekaan Sarawak yang pada mulanya mesti dibatalkan, hari ini berjalan lancar di Kuching.

Atas budi bicara Ketua Polis Sarawak dan Ketua Polis Negara, tidak ada seorang pun yang ditangkap. Walhal sepatutnya, tanpa mengira ada kekecohan atau pun tidak, perhimpunan harus dibatal.

Sebelum ini bermacam tohmahan, kecaman serta ugutan terhadap Ketua Polis Sarawak selepas kenyataan pembatalan perhimpunan tersebut.


Malah isu menanam kebencian terhadap Malaya semakin menjadi-jadi oleh puak S4S dan juga parti politik seperti DAP.



Pihak PDRM termasuk dari Malaya sekaligus dicemuh walaupun mengorbankan cuti Hari Raya demi menjaga keselamatan serta keamanan peserta perhimpunan.


KAN AKU DAH CAKAP S4S INI MEMANG BEBAL !!!!
            

Ahad, 19 Julai 2015

JIKA RAKYAT SARAWAK SUKA DITIPU, UNDILAH PARTI PENIPU


Bukan sekali dua kita dengar pemimpin Parti Kencing Rakyat (PKR) menipu, menfitnah dan memutar belit rakyat Malaysia. Masih segar dalam ingatan kita semua PENIPUAN PALING DASYAT bagaimana si KETUM menipu hal 16 September. Satu Malaysia kena kencing.


Kini anak emas kesayangan KETUM pulak KANTOI menipu. Korang baca sendiri DI SINI. Malas nak tulis panjang-panjang hal Parti Kencing Rakyat ni.



@ Sent From Samsung Note II
            

Sabtu, 18 Julai 2015

PERKARA PELIK BERLAKU SEMASA RUMAH TERBUKA CM ADENAN


CM Adenan seperti yang kita ketahui merupakan pemimpin yang amat low profile dan mudah didekati oleh semua peringkat rakyat. Selain itu beliau dilihat tidak mudah untuk melatah dengan apa jua isu termasuklah permainan politik samaada dari pihak kawan atau pun lawan.

Semalam semasa Rumah Terbuka CM Adenan di Pusat Konvensyen Borneo (BCCK), CM Adenan telah meraikan tetamu beliau termasuklah Pengerusi DAP Sarawak, YB Chong Chieng Jen dengan penuh kemesraan.


Walaupun sebelum ini kita semua tahu YB Chong Chieng Jen sering kali "menyakitkan hati" CM Adenan dengan dakwaan-dakwaan yang amat keji, CM Adenan tetap meraikan beliau dan keluarganya seperti tetamu yang lain.


Kemesraan dan layanan baik CM Adenan kepada YB Chong Chieng Jen semasa majlis tersebut seakan-akan memberitahu kepada pembangkang di Sarawak 

BUATLAH APA KAMU NAK BUAT, TOHMAHLAH APA KAMU NAK TOHMAH, HASUTLAH APA KAMU NAK HASUT, FITNAHLAH APA KAMU NAK FITNAH. JANJI AKU BUAT KERJA UNTUK SEMUA RAKYAT SARAWAK TERMASUK DARI KALANGAN KAMU.

Semoga CM Adenan dikurniakan kesihatan yang baik agar dapat terus memimpin Sarawak ke mercu kejayaan.

Kepada parti pembangkang, janganlah asyik membangkang sehinggakan perkara yang mendatangkan manfaat untuk rakyat Sarawak pun dibangkang.

@ Sent From Samsung Note II
            

Jumaat, 17 Julai 2015

PESANAN CM ADENAN UNTUK RAKYAT SARAWAK


Rakyat Sarawak diingatkan untuk bersama-sama mempertahankan semangat kesatuan yang menjadi benteng kekuatan mereka selama ini.

Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem dalam perutusan Hari Rayanya hari ini, menegaskan tiada untungnya mereka berpecah belah danmementingkan diri atau puak sendiri.

“Sejarah Sarawak diwarnai pelbagai kejayaan sejak semangat kesatuan menjadi pegangan semua pihak merentasi agama dan bangsa,” katanya.

Menurut Adenan, ia terbukti menerusi bulan Ramadan dan Syawal yang boleh kaum Muslim kongsikan dengan pelbagai agama dan bangsa.

“Kita mampu untuk “sungkei” atau berbuka puasa bersama di masjid tanpa rasa kekok walaupun masjid adalah tempat suci bagi orang Islam. Semua dialu-alukan atas nama kesatuan rakyat Sarawak yang mengatasi segalanya,”

Bila tiba Hari Raya, katanya, ia diraikan bersama tanpa perlu bersikap eksklusif.

“Sikap bersama dalam merayakan hari perayaan adalah rahsia kestabilan Sarawak selama ini dan kita harus pertahankannya,”

Sumber : Borneo Post Online

JOM RAMAI-RAMAI KITA SERBU RUMAH TERBUKA CM ADENAN DI PUSAT KONVENSYEN BORNEO (BCCK) HARI RAYA PERTAMA DAN KEDUA.


            

Khamis, 16 Julai 2015

MESTIKAH JABU GELAK ATAU MENANGIS MELIHAT GAMBAR INI ???


Vernon Aji Kedit, Pengerusi PKR Cawangan Betong begitu teruja sekali bilamana DS Douglas Uggah like gambar kereta beliau di group FB Betong Update sampai sanggup Screen Capture 'like' berkenaan dan post balik di FB beliau. 


Apa yang nak diteruja sangat ? Adakah kerana like berkenaan Vernon merasakan DS Douglas Uggah sudah goyang sama PKR.


Jangan buat lawak la Vernon. Semua orang tahu parti PKR Hidup Segan Mati Tak Mahu. DAP pun dah langgar kawasan kamu. 

JANGAN INGAT BILA LETAK BENDERA LAMA SARAWAK KAT KERETA KAMU, KAMU BAWA KEHULU KEHILIR, RAKYAT DI DUN LAYAR AKAN SOKONG KAMU.

RAKYAT NAK MAJU KE DEPAN, BUKAN NAK ASYIK BERNOSTALGIA MERENUNG BENDERA LAMA SARAWAK. 

@ Sent From Samsung Note II
            

Selasa, 14 Julai 2015

LOWYAT UPDATED : SIAPA MELAYU DAN CINA NI ???


Ketika insiden kekecohan di Plaza Low Yat hangat diperkatakan, pengakuan hubungan baik seorang pengguna Facebook dengan penjual telefon bimbit di sebuah pusat beli-belah menjadi viral.

"Nama mamat (lelaki) ni Desmond. Nama manja Mok. Tempat aku beli henpon (handphone) sejak zaman berzaman. Sentiasa jual barangan berkualiti," kata pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama Fais Al-Hajari.

Cerita Fais lagi, walaupun adakalanya dia memberi telefon bimbit daripada peniaga lain, Desmond tetap tersenyum dan mereka masih berkawan baik.

"Hubungan baik ini kekal walaupun selepas lapan tahun. Penjual telefon bimbit lain di Plaza Idaman ni (majoriti Cina) Pun baik dengan aku.

"Rahsianya? Depa (mereka) tak tipu aku. Aku tak curi barang depa. Masing-masing hormat hak masing-masing dan supportive. Aman dunia," tulisnyanya lagi.

SEBENARNYA , CERITA DI ATAS BUKANLAH BARU DIDENGARI SELEPAS INSIDEN DI PLAZA LOWYAT. CERITA SEBEGINI TELAH LAMA BERLAKU CUMA TIDAK DI WAR WARKAN KEPADA UMUM. 

CUMA AKHIR-AKHIR INI PERSAHABATAN ANTARA BERLAINAN KAUM AGAK GOYAH TERUTAMANYA DI SEMENANJUNG MALAYSIA. BANYAK FAKTOR YANG MENYEBABKAN PERKARA INI TERJADI. 

AMAT-AMAT BERSYUKUR KERANA KEHARMONIAN ANTARA KAUM DI SARAWAK INI MASIH LAGI KEKAL DARI DULU HINGGA SEKARANG. SEMOGA KEHARMONIAN INI TERUS KEKAL SELAMA-LAMANYA.

@ Sent From Samsung Note II
            

CONFUSED NEWS : KEMANA HALA TUJU PARTI BANSA DAYAK SARAWAK (PBDS) BARU ???


Lama tidak mendengar perkhabaran sebuah parti politik yang pernah dibatalkan pendaftarannya oleh ROS dan didaftarkan semula sebagai Parti Bansa Dayak (PBDS) Baru. Dikhabarkan sewaktu "kelahiran semula", parti ini adalah parti yang mesra BN.

Hari ini dilaporkan oleh [ Borneo Post Online ] bahawa Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDS Baru) akan memperluaskan pengaruhnya ke kawasan pinggir bandar dan bandar Sarawak. Parti itu dalam usaha mengambil ahli baharu kerana anggaran kasar kira-kira 10,000 penyokongnya di seluruh negeri Sarawak terdiri daripada profesional muda, lelaki dan wanita yang berminat menyertai perjuangan parti itu.

“Bagaimanapun, kami berminat merampas semula kerusi-kerusi yang pernah menjadi milik kami sebelum ini iaitu Simanggang, Bukit Begunan, Balai Ringin, Tasik Biru, Opar dan Bengoh,” - Ahli Majlis Tertinggi PBDS Baru Cobbold John
BERITA BARU INI MENAMBAHKAN LAGI "PERASA" DI DALAM POLITIK DI SARAWAK. DENGAN KECELARUAN DIANTARA TERAS DAN SPDP, UPP DENGAN SUPP, DAP DAN PKR SERTA PAS MENJADIKAN PILIHANRAYA NEGERI SARAWAK YANG BAKAL DIADAKAN AMAT-AMAT MENARIK.

TAPI BAK [ KATA CM ADENAN ],

“Jangan mengundi parti berasaskan Semenanjung Malaysia seperti DAP, PKR dan PAS kerana mereka tidak tahu apa-apa tentang kita di Sarawak ini.

“Sebaliknya PBB, PRS, SUPP, SPDP, UPP dan TERAS lebih tahu mengenai Sarawak kerana semua parti ini adalah dari negeri ini,”
SO, FAHAM-FAHAM SAJALAH APA YANG DIMAKSUDKAN OLEH CM ADENAN. 

@ Sent From Samsung Note II
            

Isnin, 13 Julai 2015

BACA BOLEH PERCAYA JANGAN : SUPP TERKUAT DALAM BN SARAWAK ???


Siapa dia Tan Kai ni, pandai-pandai nak tunjuk hero MENENTANG KETETAPAN yang telah ditetapkan oleh YAB PM Najib Razak dan YAB CM Adenan.

Dalam ucapan yang dipetik dari [ Borneo Post ] Tan Kai menyebut 
Ketua Pemuda Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Tan Kai berkata, tiada parti baharu dalam komponen BN sehingga kini dan jumlahnya masih kekal empat iaitu SUPP, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP).
“Mana wakil dari PBB Pending, PRS Pending dan SPDP Pending sila angkat tangan…ada parti komponen lain lagi kah? tidak ada, hanya empat sahaja parti komponen BN, tiada parti baharu dalam BN.
“Kalau ada parti baharu mereka perlu meminta persetujuan daripada kesemua parti komponen untuk menyertai BN,”
TIDAK SEDARKAH SI TAN KAI INI, KALAU TANPA SOKONGAN DARIPADA YAB PM DAN YAB CM PARTI SUPP DAH LAMA BERKUBUR DI TELAN BUMI.

RIAKNYA KENYATAAN TAN KAI SEOLAH-OLAH PARTI SUPP MERUPAKAN PARTI YANG TELAH MENYUMBANGKAN MAJORITI KEMENANGAN BN SARAWAK PADA PILIHANRAYA NEGERI YANG LALU.


@ Sent From Samsung Note II
            

CHALLENGE NEWS : DAP SAHUT CABARAN JABU !!!


Kecenderungan DAP untuk mengambilalih kawasan-kawasan yang sebelum ini di'miliki' oleh PKR semakin terserlah. DAP dilihat semakin ligat mengadakan program-program yang dekat dengan masyarakat seakan-akan merekalah yang akan berdiri megah sebagai penentang utama BN di kawasan tersebut.

Memetik laporan [ Borneo Post Online ]

Selain mengagihkan buah kurma kepada komuniti Islam, Gerald yang disebut sebagai calon berpotensi DAP pada Pilihan Raya Negeri akan datang turut menyampaikan buah kurma kepada Balai Polis Betong dan Hospital Betong.

TAN SRI ALFRED JABU PERNAH MENCABAR DAP UNTUK BERTANDING DI KAWASAN N31 LAYAR [ BACA DISINI ] . ADAKAH DAP TELAH MENYAHUT CABARAN TAN SRI ALFRED JABU ???

TAPI YANG PASTI PKR JUGA YANG TETAP MENANGIS !!!!

@ Sent From Samsung Note II
            

DEVORCE NEWS : KEPENTINGAN NAFSU MEMBAWA PADAH


Pemimpin DAP diingatkan bahawa sokongan daripada masyarakat bukan Islam yang diterima mereka bukanlah bersifat selama-lamanya memandangkan parti itu pernah mengalami pasang surut dalam pilihan raya sejak penubuhannya.

Sehubungan itu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, hubungan antara ke­dua parti itu terputus disebabkan sifat pemimpin DAP yang sudah mengambil langkah memutuskan hubungan dengan kenyataan-ke­nyataan negatif sebelum ini.

“Kita menolak sikap cauvinis daripada mana-mana pihak dan Pas menentang sikap itu sama ada Melayu, Cina dan sebagainya. Walaupun DAP membuat keputusan begitu, namun kita tidak bermusuh dengan masyarakat Malaysia,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri ceramah di Ayer Hitam di sini malam tadi.

Baca selanjutnya di [ Utusan Online ]

INILAH MASALAHNYA BILA HUBUNGAN YANG DIBUAT ATAS KEPENTINGAN NAFSU MASING-MASING UNTUK MENGEJAR PUTRAJAYA. PAS SEBAGAI PARTI YANG AMAT BERPENGALAMAN MUDAH DIHERET KE DALAM PERMAINAN POLITIK NAFSU DUNIAWI.

SEMOGA PAS BELAJAR DARIPADA KESILAPAN. 

@ Sent From Samsung Note II

            

Ahad, 12 Julai 2015

CONFUSED NEWS : DIA NI ISLAM LAGI KE ???


Bila politik dicampuraduk dengan agama, pertimbangan seseorang itu akan mula goyah. Mana yang lebih menguntungkan POLITIK atau AGAMA???

Ini yang terjadi dengan anak muda DAP bernama Abdul Aziz Isa. Kita faham POLITIK ITU KOTOR. Tetapi dengan mempermainkan hukum Islam demi kepentingan politik sesungguhnya adalah sesuatu yang boleh mendatangkan mudarat awam terutamanya kepada penganut agama Islam.

Sekiranya orang bukan Islam dalam DAP Sarawak mengulas berkaitan hudud, kita umat Islam boleh faham mengapa mereka membuat kenyataan tersebut kerana mereka bukan Islam. Abdul Aziz Isa daripada nama kita sudah tahu beliau merupakan orang Islam. Mengapa perkataan yang digunakan seakan menunjukkan beliau bukan beragama Islam.

Adakah perangai sebegini akan berlaku sekiranya umat Islam di Sarawak ini menyertai parti DAP ??? (Minta dijauhkan)

Baca [ Disini ] untuk anda nilai sendiri.

@ Sent From Samsung Note II





            

KL GENGSTER : INI BELUM TAIKO BESAR MIRI TURUN


KUALA LUMPUR - Sebuah kedai menjual telefon jenama Oppo di Plaza Low Yat mengalami kerosakan teruk akibat diserang oleh tujuh orang lelaki Melayu yang dilaporkan bertindak sedemikian bagi membalas dendam.

Dalam kejadian pada jam 7.50 malam itu, 7 orang lelaki Melayu telah menyerang dan memukul kakitangan kedai berkenaan selain dari merosakkan barangan dalam kedai tersebut yang mengakibatkan kerugian sebanyak RM70,000.

Difahamkan, insiden pergaduhan itu berpunca daripada tidak puas hati seorang lelaki Melayu yang telah ditahan oleh pengawal keselamatan bangunan berkenaan kerana didakwa telah mencuri telefon bimbit di kedai itu.

Suspek yang ditahan oleh pengawal keselamatan itu kemudian menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Susulan dari itu, 7 orang lelaki Melayu yang juga rakan kepada suspek telah datang dan menyerang kakitangan Oppo dan merosakkan segala barangan di premis itu.

"Salah seorang rakan suspek tidak berpuas hati telah memanggil beberapa rakannya dan bertindak memecahkan barang-barang di dalam kedai telefon," menurut kenyataan laporan polis yang dibuat.

Bagaimanapun, tindakan beberapa lelaki itu telah mengundang kemarahan para peniaga di bangunan itu dan menyebabkan mereka dibelasah bertubi-tubi sehingga ke kawasan pintu masuk utama Plaza Low Yat.

Polis berjaya menangkap seorang rakan suspek yang berusia 22 tahun dan siasatan lanjut bagi mengesan suspek yang terlibat sedang dijalankan. 

Bagaimanapun, reaksi netizen di laman sosial pula berbangga dengan tindakan anak-anak muda Melayu yang dilihat berani menggegarkan Low Yat yang selama ini sering menipu pelanggan mereka.

"Respect! Ada juga anak Melayu yang berani menggegarkan Low Yat yang menjadi sarang penipu bangsa itu!" kata mereka. 

Tidak kurang juga ada yang mendakwa suspek telah dituduh mencuri telefon bimbit di premis tersebut. Bagaimanapun setelah dibawa ke balai, suspek menunjukkan bukti pembelian dan dilepaskan serta merta oleh pihak polis. 

- THEHYPEMEDIA.COM







PADAN MUKA SI PENJUAL TELEFON PENIPU. BARU BERTEMU BUKU DENGAN RUAS

@ Sent From Samsung Note II