Selasa, 14 Julai 2015

CONFUSED NEWS : KEMANA HALA TUJU PARTI BANSA DAYAK SARAWAK (PBDS) BARU ???


Lama tidak mendengar perkhabaran sebuah parti politik yang pernah dibatalkan pendaftarannya oleh ROS dan didaftarkan semula sebagai Parti Bansa Dayak (PBDS) Baru. Dikhabarkan sewaktu "kelahiran semula", parti ini adalah parti yang mesra BN.

Hari ini dilaporkan oleh [ Borneo Post Online ] bahawa Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDS Baru) akan memperluaskan pengaruhnya ke kawasan pinggir bandar dan bandar Sarawak. Parti itu dalam usaha mengambil ahli baharu kerana anggaran kasar kira-kira 10,000 penyokongnya di seluruh negeri Sarawak terdiri daripada profesional muda, lelaki dan wanita yang berminat menyertai perjuangan parti itu.

“Bagaimanapun, kami berminat merampas semula kerusi-kerusi yang pernah menjadi milik kami sebelum ini iaitu Simanggang, Bukit Begunan, Balai Ringin, Tasik Biru, Opar dan Bengoh,” - Ahli Majlis Tertinggi PBDS Baru Cobbold John
BERITA BARU INI MENAMBAHKAN LAGI "PERASA" DI DALAM POLITIK DI SARAWAK. DENGAN KECELARUAN DIANTARA TERAS DAN SPDP, UPP DENGAN SUPP, DAP DAN PKR SERTA PAS MENJADIKAN PILIHANRAYA NEGERI SARAWAK YANG BAKAL DIADAKAN AMAT-AMAT MENARIK.

TAPI BAK [ KATA CM ADENAN ],

“Jangan mengundi parti berasaskan Semenanjung Malaysia seperti DAP, PKR dan PAS kerana mereka tidak tahu apa-apa tentang kita di Sarawak ini.

“Sebaliknya PBB, PRS, SUPP, SPDP, UPP dan TERAS lebih tahu mengenai Sarawak kerana semua parti ini adalah dari negeri ini,”
SO, FAHAM-FAHAM SAJALAH APA YANG DIMAKSUDKAN OLEH CM ADENAN. 

@ Sent From Samsung Note II
            

0 ulasan:

Catat Ulasan