Selasa, 25 Mac 2014

PADAN MUKA !!! 3 PIMPINAN PKR PUSAT DIHALANG MEMASUKI SARAWAK



Rafizi Ramli dan Chua Tian Chang turut dihalang untuk memasuki Sarawak hari ini, kata Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil.

Rafizi dan Chua merupakan pemimpin parti itu yang ketiga dihalang selepas Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dihalang masuk ke negeri berkenaan pagi ini.

"Rafizi Ramli dan Tian Chua turut disekat daripada memasuki Sarawak," kata Fahmi dalam satu kiriman WhatsApp kepada The Malaysian Insider.


Saifuddin disekat daripada masuk ke Sarawak ketika tiba di Sibu pada jam 11 pagi tadi.

Fahmi berkata, Saifuddin ke Sarawak untuk membantu kempen PKR bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian yang akan berlangsung pada 29 Mac ini.


"Namun sejurus tiba di Sibu pagi ini, beliau dimaklumkan pegawai yang bertugas bahawa satu arahan dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Menteri Sarawak pada 22 Mac 2014 untuk menyekat beliau daripada memasuki Sarawak.


"Datuk Saifuddin kini sedang menunggu penerbangan balik ke Kuala Lumpur," kata Fahmi dalam satu kenyataan pagi ini.



Menurut Fahmi, tindakan ini membuktikan pengaruh bekas Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud masih lagi kuat di negeri tersebut.

"PKR mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak demokratik ini. Cukup jelas pengaruh politik kuku besi Taib masih berleluasa walaupun ketua menteri sudah bertukar ganti, dan pengaruh ini terus merencatkan perkembangan demokrasi di bumi Sarawak," katanya.

Taib meletak jawatan sebagai ketua menteri bulan lalu dan digantikan oleh Tan Sri Adenan Satem.

Sejurus selepas peletakan jawatan tersebut, beliau dilantik menjadi Yang di-Pertua Negeri Sarawak.

PRK DUN Balingian terpaksa diadakan selepas Taib mengosongkan kerusi berkenaan untuk mengambil alih jawatan Yang di-Pertua.

PRK DUN Balingian menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional, Yussibnosh Balo dan calon PKR, Abdul Jalil Bujang.
            

Rabu, 5 Mac 2014

INTRO - Permulaan Sebuah Perjalanan



Sarawak Bumi Kenyalang. Perasaan cintakan tanahair WAJIB ada kepada setiap insan yang mengaku diri itu rakyat. Bukannya bersikap KENEGERIAN (maaf untuk pembaca dari negeri lain) tetapi untuk melindungi Sarawak daripada diresapi budaya-budaya KEBINATANGAN seperti yang berlaku di negeri-negeri lain.

Kenapa baru sekarang? Kerana di zaman pentadbiran Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, beliau amat-amat DIGERUNI bukan sahaja dari dalam parti BN, malah pihak pembangkang pun akan MENIKUS jika beliau bersuara. Kini beliau sudah berundur dan menyerahkan kepada Tan Sri Adenan Satem untuk menerajui pentadbiran negeri Sarawak.


Bukan menidakkan kebolehan Tan Sri Adenan Satem untuk menerajui kepimpinan kerajaan negeri. Cuma situasi sekarang berbeza dengan situasi di masa Pehin Seri menerajui kepimpinan. Pihak pembangkang semakin aktif terutamanya dari semenanjung yang cuba membawa budaya-budaya KEBINATANGAN ke negeri Sarawak. Tan Sri Adenan Satem memerlukan sokongan bukan sahaja dari penerangan secara bersemuka, peranan media sosial juga amat-amat diperlukannya.

Bukan harta atau pangkat yang diinginkan, cuma mahu melihat Sarawak terus kekal AMAN, DAMAI dan SENTOSA.