Tindakan terdesak yang telah dilakukan oleh ahli-ahli S4S dengan menconteng bangunan bersejarah amatlah melampau. Dimana semangat cintakan Sarawak yang dilaungkan selama ini !!!
Yang menjadi persoalan dihati, mengapa perlu dibuat menghadap ke Dewan Undangan Negeri Sarawak?
Bila diamati dan difikirkan, sebenarnya puak-puak S4S ini cuba untuk mendapatkan publisiti murahan. Sejak seminggu mereka mengganggu keamanan dan ketenteraman pelancong di Waterfront, mereka merasakan kehadiran mereka tidak dipedulikan oleh rakyat Sarawak dan pemimpin yang tengah bersidang di DUN Sarawak.
Bila tidak dipedulikan dan gagal mendapat perhatian, maka mulalah mereka mencari publisiti untuk menarik perhatian dan tindakan menconteng bangunan bersejarah ini dilihat mampu untuk menarik perhatian.
Dan mereka tidak akan mengaku melakukan khianat ini. Mereka akan menuduh orang lain yang lakukan dengan mengatakan INI ADALAH SABOTAJ TERHADAP PERJUANGAN SARAWAK FOR SARAWAKIANS.
STRATEGI SEBEGINI DENGAN MELAKUKAN SABOTAJ TERHADAP DIRI SENDIRI UNTUK MENDAPATKAN PERHATIAN PIHAK LAIN DAN MENYALAHKAN PIHAK LAIN DILIHAT SERUPA DENGAN STRATEGI PIHAK KOMUNIS DIMASA LALU. SIAPAKAH PENGATUR STRATEGI SEBEGINI DI BELAKANG SARAWAK FOR SARAWAKIANS???
ADAKAH SELEPAS INI, SEKIRANYA MEREKA MASIH TIDAK DIPEDULIKAN, SESUATU YANG LEBIH GANAS DAN MERUGIKAN AKAN DILAKUKAN DEMI MENCAPAI TUJUAN MEREKA ???
WAKIL DAP SETIAP HARI SEMAKIN BERANI MELAUNGKAN-LAUNGKAN PERJUANGAN S4S DI SIDANG DUN. ADAKAH SEGALA TINDAKAN S4S DISOKONG KUAT OLEH AHLI POLITIK ??
@ Sent From HTC Butterfly