Jumaat, 10 April 2015

FITNAH LAGI : PENULIS MALAYSIAKINI SENGAJA BERMAIN API


Selepas memutarbelit kenyataan CM Adenan sebelum ini [Klik Sini], sekali lagi Joseph Tawie, penulis Malaysiakini cuba untuk memporak-perandakan negeri Sarawak dengan penulisan yang boleh dikatakan hasutan yakni cuba membangkitkan perasaan "anti semenanjung" di kalangan pembaca Malaysiakini dari rakyat Sarawak.

Daripada sumber dalaman RELA Sarawak, Sarawak mempunyai 33 buah pejabat RELA Daerah yang setiap satunya diketuai oleh seorang pegawai. Daripada jumlah yang disebutkan tadi, seramai 26 orang pegawai adalah anak Sarawak manakala 5 orang pegawai merupakan orang Semenanjung yang telah bermastatutin di Sarawak (berkahwin dengan orang Sarawak). 

Hanya 2 orang pegawai baru dari Semenanjung yang bertugas dengan RELA Sarawak.Perkara ini terjadi disebabkan tiada lagi anak-anak Sarawak yang berada di Semenanjung ataupun Sabah untuk dipindahkan ke Sarawak. 

Adakah kerana 2 orang PEGAWAI RELA DARI SEMENANJUNG, terus Joseph Tawie menggambarkan seolah-olah jawatan pegawai RELA di Sarawak dimonopoli oleh orang Semenanjung. 

Isunya disini, kenapa Joseph Tawie mengsensasikan berita ini ? Tidakkah sebelum menulis berita ini, Joseph Tawie perlu mengesahkan maklumat dari sumber beliau dengan pihak RELA ? Di manakah etika kewartawanan beliau sebagai seorang wartawan ?

Oh lupa... Malaysiakini memang PORTAL PUTAR ALAM.

@ Sent From HTC Butterfly


            

0 ulasan:

Catat Ulasan