Isnin, 13 April 2015

PKR SUDAH BOLEH DIANGGAP TIDAK WUJUD DI MIRI



Gambar di atas cumalah selingan wayang PKR untuk menutup kemarahan mereka terhadap rakan sekelambu, mimpi lain-lain mereka.

Perpecahan di dalam Pakatan Rakyat Sarawak bukan lagi satu perkara yang dapat disembunyikan lagi. Pendirian DAP Sarawak yang telah mentalak tigakan PAS Sarawak menjadi titik tolak dalam perpecahan Pakatan Rakyat Sarawak.

Berita yang dikhabarkan di Miri semalam menjelaskan bahawa memang sudah tiada PAKATAN lagi di dalam Pakatan Rakyat Sarawak. PKR yang berkampung di Hotel Telang Usan Miri sebulat suara menyatakan perasan marah dan tidak berpuas hati terhadap DAP dan PAS. DAP dan PAS didakwa cuba membolot kerusi Dewan Undangan Negeri di Miri yang sebelum ini menjadi kubu keramat PKR.

PAS Sarawak yang baharu sahaja memanggil Presiden PAS Pusat ke Sarawak telah menyatakan bahawa mereka akan bertanding di DUN Bekenu, Lambir dan Senadin. Manakala DAP telah mengwar-warkan akan bertanding di DUN Senadin dimana mereka akan meletakkan ayam tambatan mereka di situ iaitu Lim Su Kien. Mana lagi kerusi yang hendak PKR tandingi kalau semuanya telah dirampas oleh DAP dan PAS. Sudahlah mereka sebelum ini mengharapkan jentera DAP dan PAS untuk berkempen.

NAMPAKNYA SEMENJAK KETUM MEREKA MASUK DALAM, PKR TIDAK LAGI DIHORMATI OLEH DAP DAN PAS. DIPERCAYAI BUKAN SAHAJA KERUSI-KERUSI PKR DI MIRI MENJADI MANGSA RATAHAN DAP DAN PAS, LAIN-LAIN KERUSI YANG DIPERUNTUKKAN KEPADA PKR SEBELUM INI PUN AKAN DIRAMPAS JUGA.

IMPIAN UNTUK MENJADIKAN SALAH SEORANG PIMPINAN PKR SARAWAK SEBAGAI KETUA MENTERI SARAWAK SEKIRANYA MENANG (JAUH PANGGANG DARI API) TELAHPUN TERKUBUR. HENDAK MENGHARAPKAN PENGARUH PIMPINAN PKR SARAWAK, MEREKA SEMUA KINI DIANGGAP SEAKAN SEMUT OLEH PIMPINAN DAP DAN PAS SARAWAK.

SAYONARA PKR


@ Sent From HTC Butterfly
            

0 ulasan:

Catat Ulasan