Khamis, 3 September 2015

"HARGA" YANG PATUT MARIA CHIN ABDULLAH BAYAR ATAS PENGANJURAN BERSIH 4.0


Pengerusi Bersih 4.0, Maria Chin Abdullah mengutuk sekerasnya dengan dakwaan insiden memijak gambar Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada perhimpunan itu minggu lalu.

Maria Chin berkata pihaknya tidak boleh bertolak ansur dengan tindakan tersebut kerana ia telah mencemarkan nama baik perhimpunan tersebut yang berlangsung dengan aman.

"Kita tidak boleh bertolak ansur dan saya rasa sangat mengecewakan apabila berlaku pada perhimpunan itu.

"Perhimpunan ini adalah kejayaan besar, dengan melakukannya tindakan itu, ia memusnahkan usaha yang kami telah capai sepanjang dua hari itu," katanya kepada pemberita di pekarangan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, semalam.

Beliau mengulas tindakan peserta Bersih 4.0 yang menjadi viral di media sosial selepas didakwa memijak gambar Perdana Menteri dan Presiden Pas itu pada Ahad lalu.

Ketika ditanya tentang permohonan maaf secara terbuka oleh penganjur perhimpunan itu, beliau bagaimanapun hanya menjawab pihaknya sangat dengan perbuatan tersebut.

"Kita cuma cakap kita kecewa (dengan) perkara ini berlaku dalam program kami.

"Tak perlu buat macam ini, bukan hanya Hadi dan PM, tetapi kepada sesiapa pun, tindakan ini tidak boleh diterima," ujarnya.

Beliau juga berkata, tindakan tersebut di luar kawalan pihaknya susulan jumlah peserta yang luar biasa ramai sepanjang Sabtu dan Ahad lalu.

"Ramai sangat, semangat pun berkobar-kobar, kita pun tidak dapat kawal semua, jadi semua dengan perasaan masing-masing.

"Kita tak boleh kawal, tapi kita kesal perbuatan macam ini tidak patut dibuat, Bersih tidak setuju langsung dan tidak menyokong perbuatan macam ini," katanya lagi.

@ Sent From Samsung Note II
Wechat : sarawakguerreiro
BBM Pin : 567E95DF
            

1 ulasan: