Rabu, 2 September 2015

ANWAR IBRAHIM TIDAK PERCAYA MAT SABU BOLEH BAWA DIA KE PUTRAJAYA


Walaupun kelihatan pimpinan PKR dan DAP sudah menendang PAS, Anwar Ibrahim seperti masih mengharapkan PAS berada dalam Pakatan Rakyat. Minda Anwar Ibrahim tetap berpendirian bahawa hanya PAS sahaja boleh membantu beliau menuju cita-cita menjadi Perdana Menteri.

Perutusan DS Anwar Ibrahim mengenai penubuhan Amanah pada 1 September 2015
DS Anwar Ibrahim telah menyampaikan perutusan berikut melalui peguam beliau pada 1 September 2015:
“Saya telah dimaklumkan mengenai niat penubuhan Parti Amanah Negara (PAN) seperti yang telah diumumkan Sdr Mohamad Sabu semalam.

Penubuhan sebuah parti pembangkang baru yang komited kepada perubahan dan reformasi merupakan satu petanda baik bagi politik matang yang mengetengahkan kebertanggungjawaban demokratik.
Amanah akan terus mengukuhkan pembangkang di peringkat nasional, bersama KEADILAN, PAS, DAP; dan kami akan memperluas muafakat ini termasuk kepada NGO-NGO lain yang komited dan yang berkongsi matlamat yang sama.
Fokus kini adalah untuk memberikan Rakyat satu alternatif yang berdaya maju, berasaskan kedaulatan undang-undang dan nilai-nilai demokratik.”
Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN
1 September 2015
Dalam perutusan mengenai penubuhan Amanah seperti kenyataan di atas, Anwar Ibrahim masih mengharapakan PAS agar tidak tersentuh dengan cemuhan dan makian ahli-ahli PKR dan DAP.

ANWAR TAHU SETAKAT MANA KEMAMPUAN MAT SABU. MAT SABU HANYALAH PELAWAK DI ATAS PENTAS. HANYA BOLEH BUAT LAWAK. UNTUK DIHARAPKAN SEBAGAI PIMPINAN UNGGUL SEPERTI TUAN GURU HADI AWANG AMATLAH JAUH SEKALI.

ANWAR TIDAK AKAN MELEPASKAN PAS BEGITU SAHAJA. PERANCANGAN UNTUK MEMUJUK PAS KEKAL DALAM PAKATAN RAKYAT BERKEMUNGKINAN TELAH BERJALAN. HANYA TINGGAL SAMADA PAS BOLEH DIBELI ATAU TIDAK.

IBARAT MEMBINA JALAN, PAS ADALAH MINYAK TAR. TANPA MINYAK TAK, JALAN TERSEBUT TIDAK AKAN SELESA UNTUK DIGUNAKAN.

@ Sent From Samsung Note II
Wechat : sarawakguerreiro
BBM Pin : 567E95DF
            

0 ulasan:

Catat Ulasan