Isnin, 21 September 2015

SIAPA KATA ANAK MUDA TIDAK SOKONG NAJIB RAZAK !!!


Kumpulan Pro Aspirasi iaitu kumpulan mahasiswa pro kerajaan telah mendominasi pilihan raya di tujuh universiti awam pada pemilihan perwakilan pelajar sesi 2015/2016 membuktikan pilihan politik generasi baharu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kemenangan mahasiswa pro kerajaan dalam bilangan yang banyak itu merupakan pertama kali dalam sejarah pilihan raya kampus sekali gus menjelaskan betapa generasi Y memahami perjuangan kerajaan Barisan Nasional selama ini.

“Siapa kata kita tidak laku dengan kalangan Gen Y? Mereka boleh sokong, dengan syarat kita dapat memaparkan perjuangan kita kepada mereka.

“Beri mereka faham apa sebenarnya dasar kita, matlamat perjuangan kita dan cara kita,” katanya yang dipetik daripada Mstar Online, ketika berucap merasmikan bangunan baru UMNO Bahagian Muar di Jalan Meriam di Muar.

Kumpulan Pro Aspirasi menang di Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

UKM, UM dan UIAM mencatat sejarah apabila dimonopoli mahasiswa pro pembangkang selama ini.

“Kalau mereka (generasi baharu) faham, mereka boleh terima yang masa depan mereka sebenarnya adalah kemenangan kita. Wujudnya mereka di universiti juga kerana kita,” kata Najib. - FMT

@ Sent From Samsung Note II
Wechat : sarawakguerreiro
BBM Pin : 567E95DF
            

1 ulasan:

  1. Salam sejahtera!
    Berapa ramai antara anak muda Melayu itu yg mendaftar jadi pengundi PRU berbanding anak muda kaum imigran cina yg dikelolakan DAP?
    Jangan jadi 'menang sorak, kampung tergadai' dah ler....... dan
    Jangan juga jadi 'syok sendiri'.......
    Apa guna sekadar mengundi di IPT saja sedangkan dlm PRU terabai.
    Inilah yg mungkin akan dinamakan sebagai ;sokong yg membawa rebah'..... kononnya menyokong tapi tak kemana pun;;;;
    Fikir-fikirkanlah....

    BalasPadam