Isnin, 29 Jun 2015

GILIRAN YB KARIM SEKOLAHKAN GENG S4S YANG BEBAL !!!


KUCHING: Menteri Muda Pembangunan Belia (Bandar) Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah meragui motif rancangan gerakan Sarawak for Sarawakians (S4S) untuk menganjurkan perarakan bagi memperingati kemerdekaan negeri ini pada 22 Julai depan.

Karim yang dihubungi semalam berkata, meskipun beliau bersetuju bahawa kita tidak seharusnya melupakan tarikh penting ini namun pada masa yang sama kita harus memastikan bahawa negeri dan negara ini tidak berpecah belah disebabkan tarikh ini.
“Kita di Sarawak ini telah mengambil 16 September sebagai tarikh kemerdekaan kita dalam Malaysia dan tarikh ini harus diberi keutamaan.

“Malah di Amerika Syarikat (AS), tidak semua 52 atau 53 negerinya mendapat kemerdekaan serentak tetapi satu tarikh umum telah dikenal pasti sebagai tarikh rasmi bagi hari kemerdekaan AS,” katanya.
Tambah Karim yang juga Menteri Muda Perumahan, gerakan S4S dan aktivis Peter John Jaban selaku pengerusi penganjur seharusnya tidak bersikap terlalu emosional terhadap tarikh 22 Julai melainkan mereka ada motif tersembunyi yang lain.

“Saya berharap tiada motif terselindung di sebalik rancangan S4S dan Peter John untuk menganjurkan perarakan ini pada 22 Julai nanti.

“Nasihat saya, demi kepentingan perpaduan kita seharusnya hanya menyambut 16 September sebagai tarikah kemerdekaan kita dalam Malaysia,” ujarnya.

Dalam pada itu, Peter pada sidang media mengenai perarakan itu kelmarin berkata ia akan bermula dari foyer Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) ke Padang Merdeka di sini.

Dijangka lebih 5,000 peserta akan menyertai perarakan tersebut bagi memperingati kemerdekaan negeri ini daripada koloni British pada 22 Julai.

Perarakan tersebut turut akan disertai konvoi kereta, basikal, motosikal dan kenderaan pacuan empat roda bagi mengiringi peserta perarakan ke Padang Merdeka.

Peter turut memberi jaminan bahawa perarakan tersebut adalah menepati Akta Perhimpunan Aman dan surat telah diserahkan kepada Ketua Polis Daerah Kuching ACP Roslan Bek Ahmad bagi menyatakan objektif perarakan.

GENG S4S MEMANG BEBAL..
            

Jumaat, 26 Jun 2015

#722 : GENG S4S YANG BEBAL !!!


Kepala budak-budak S4S ini mungkin dah masuk air. Semalam sewaktu perbincangan dengan pihak Polis IPD Kuching, mereka seolah-oleh tidak berpuas hati dengan pihak Polis kerana pihak Polis tidak membenarkan mereka mengadakan perarakan pada 22 Julai ini kononnya untuk menyambut hari kemerdekaan Sarawak.

Kalau merujuk portal Sarawakiana, Ketua Polis Daerah (KPD) ACP Roslan Bek Ahmad mengatakan perarakan yang hendak dianjurkan oleh S4S melibatkan seramai 5,000 peserta. 

Logik akal, kalau diadakan perarakan melibatkan seramai 5,000 orang di atas jalan bandaraya Kuching pada hari bekerja, APA AKAN JADI DENGAN BANDARAYA KUCHING ???. Bolehkah budak-budak sengal ni bayangkan betapa sesaknya lalulintas bandaraya Kuching kerana perbuatan bodoh dan tidak mendatangkan manfaat ini.

Kalau ya pun nak berkumpul, kenapa tidak memohon sahaja Stadium Perpaduan Kuching. Baru-baru ini PM Najib buat program di sana, 12,000 orang hadir. Setakat 5,000 apa lah masalah Stadium Perpaduan dijadikan venue mereka.

Ataupun mereka memang sengaja merancang untuk membuat onar di Sarawak. Bukan tidak diketahui, siapa dalang disebalik S4S ini.

DIHARAP PIHAK BERKUASA TIDAK MELAYAN TUNTUTAN GENG BEBAL INI. JANGAN BIASAKAN MENUNAIKAN PERMINTAAN MEREKA KERANA SEKALI ANDA BENARKAN MEREKA AKAN "PIJAK KEPALA" PIHAK BERKUASA. JADIKAN APA YANG GENG BERSIH LAKUKAN DI SEMENANJUNG SEBAGAI IKTIBAR. KITA TIDAK MAHU APA YANG BERLAKU DI SEMENANJUNG AKAN BERLAKU DI BUMI SARAWAK INI.

@ Sent From HTC Butterfly



            

Selasa, 23 Jun 2015

EDISI TAK PUASA : DAP PEJUANG ISLAM SEBENAR ???



Kami di Sarawak tidak buta ? Kami di Sarawak tidak pekak ? 


Mungkin kawan-kawan disemenanjung boleh jawab dakwaan gambar di atas yakni perjuangan Islam oleh DAP di Semenanjung, tapi bagi kami di Sarawak setakat ini tidak kelihatan pun semenjak mereka memenangi kerusi yang banyak pada PRN yang lepas usaha ke arah memperjuangkan Islam di Sarawak.

MEMANG ORANG TU TAK PUASA KALAU MENGATAKAN DAP MEMPERJUANGKAN ISLAM. MEREKALAH YANG PALING BANYAK MENGGURIS HATI UMAT ISLAM DI MALAYSIA. MANA MUNGKIN PERJUANGAN ISLAM MENJADI SALAH SATU DASAR DALAM PARTI DAP.

@ Sent From HTC Butterfly
            

Isnin, 22 Jun 2015

EDISI MELETOP : INILAH PUTERI MELAYU DAP YANG AKAN BERENTAP DI DUN SAMARIANG !!!!


Inilah wajah Puteri Melayu DAP yang dikhabarkan akan ditampilkan pada PRN yang akan datang. Kalau benar 'Puteri' ini akan bertanding, semestinya kawasan yang akan ditandingi beliau berkemungkinan besar adalah kawasan DUN Samariang kerana disana calon BN pun wanita, sesuailah dengan pertandingan WANITA vs WANITA.



Selamat maju jaya. 

CUMA DI HATI INI AGAK TERKILAN. KALAULAH YANG AKAN DITAMPILKAN SECANTIK DIANA SOFIA ATAU SEANGGUN RARA BERSEMANGATLAH UNTUK MENDENGAR CERAMAH BELIAU. TAPI....ERMMMMM


@ Sent From HTC Butterfly

            

KALAU DI SARAWAK DAH LAMA KENA 'SAYOT' MAMAT NI


Tak tahulah nak cakap apa lagi politik Malaysia. Dah bermacam-macam individu timbul 'menceriakan' suasana politik di Malaysia ni. Yang ni aku tak boleh tahan. 

TITAH MENGISTIHARKAN SECARA RESMI PELETAKAN JAWATAN SEBAGAI PERDANA MENTERI MALAYSIA DENGAN SERTA MERTA.

Beta selaku Raja utusan Allah Akhiruzaman dan raja agung malaysia yang sebenar ,menitahkan Dato’Sri Najib Tun Abdul Razak selaku perdana menteri malaysia ini untuk mengisytiharkan secara resmi kepada umuM peletakan jawatan Dato’ sri sebagai perdana menteri malaysia serta merta.

Titah ini di buat berdasarkan telah tamatnya PERJANJIAN ‘TREATY’ yang di tanda tangani oleh president amerika syarikat.Mr.barack Obama ketika kunjungan beliau ke malaysia pada 26-28 april 2014 yang lalu.dengan itu pemerintahan NWO telahpun beralih kepada KERAJAAN EMPAYAR LANGKASUKA NUSATARA (KELN) dengan resmi dan malaysia adalah sebagian dari Empayar KELN.tapak pemerintahan daulah islamiah kali ke II Akhir zaman.

Dengan ini tidak perlu dato sri menangguhkan pengisytiharan peletakan jawatan tersebut.titah ini bertujuan memudahkan tertegaknya pemerintahan daulah islamiah kali ke II berlandaskan AL QURAN & SUNNAH SAW dengan jayanya dan penyelesaian permasalahan hukum HUDUD yang menjadi isu sekarang.

Kepada pemangku beta nenda tuanku abdul halim mu’adzam shah ibni ALMarhum Sultan Badlishah,sultan kedah merangkap YPD angong malaysia betan memerintahkan untuk mengambil tindakan yang sewajarnya keatas warkah terbuka.


MUNGKIN PIHAK BERWAJIB SERBA SALAH NAK TANGKAP ATAU KENAKAN TINDAKAN TERHADAP MANGKUK NI. TAPI JANGAN DIBIARKAN ORANG INI TERUS-TERUSAN MERACAU DI MEDIA SOSIAL. BURUK AKIBATNYA NANTI.

INGAT LAGI AYAH PIN. ORANG BOLEH MINUM DARI AIR BASUHAN KAKI DIA. MUSNAH MALAYSIA KALAU SAMPAI KE TAHAP NI.

@ Sent From HTC Butterfly
            

Sabtu, 20 Jun 2015

TRITON VS BASIKAL : PEMANDU TRITON GELAK BESAR SEBAB MENANG !!!


TERENGGANU - Viral di media sosial hari ini di mana basikal seorang budak yang dianggarkan berusia 11 tahun rosak dan kemek dilanggar oleh sebuah kenderaan pacuan empat roda, Triton TAU7575.

Gambar yang dimuat naik oleh Mrr Chipsmore itu mendakwa, basikal mangsa rosak dilanggar, namun tiada pula si pelakunya turun dari kenderaan melihat keadaan basikal mangsa. Sebaliknya hanya mentertawakan nasib yang menimpa budak malang itu.

"Pergi Baazar Cabang 3, ada juga manusia yang tak ada timbang rasa kan? Sudahlah pandu Triton, dilanggar pula basikal seorang budak sampai kemek basikal itu. Lepas itu, pemandu Triton itu boleh pula gelak saja. Yelah, basikal je. Dah tu, tak reti pula kasihan dengan budak itu yang terpingga-pingga tengok basikal dia hancur dilanggar macam tu.

"Budak itu heret basikalnya ke tepi jalan. Kasihannya!!! Agak-agak kalau orang langgar Triton dia, mengamuk tak? Puii! Tunggu saja balasan dari perbuatan kamu itu wahai pemandu Triton Hitam TAU7575!! Memang tak ada hati perut! Biar berhati perut sikit. Kalau ada dalam group ini (Gabungan Anak Terengganu) lagi bagus. Tak boleh fikir ke budak itu anak yatim ke, anak orang susah ke.

"Makin tua, patut boleh fikir dah benda-benda macam ni. Sekurang-kurangnya turun dari kereta bagi duit pada budak itu sebagai gantirugi. Dunia ini bulat, Tuhan akan balas perbuatan pemandu Triton ini.

"Dia 1 family, saya siap panggil suruh turun. Tapi dia sukaan dalam kereta 1 family. Sakit hati toksah kira la. Siap buat muka bodoh dan blah je. Angkat cermin rapat tutup. Agak-agaklah. Kalau kena pada anak kita, kita pun marah. Dengan budak itu pakai kopiah, nampak sangat budak baik. Heret basikal dengan tayar kemek macam itu ke tepi jalan. Entah-entah datuk nenek dia suruh pergi cari makanan. Kasihan sungguh," katanya.



Berdasarkan siasatan netizen, pemandu Triton itu bernama Che Rofie bin Mat atau lebih dikenali sebagai Awang dan selalu kelihatan berada di parking itu setiap hari kerana tugasnya mengangkut ikan.

"Triton TAU7575 ini memang setiap petang ada di tempat parking yang sama sebab dia angkut ikan. Orang panggil dia Awang. Basikal itu memang baring depan Triton dia, dia memang tak nampak ada basikal di depan itu," kata Amir Mohd.



Hasil siasatan netizen juga mendapati, pemandu Triton ini juga mempunyai empat saman tertunggak berjumlah RM750 yang masih belum dijelaskan.

Tiga kesalahannya adalah memandu melebihi had laju dan satu lagi tidak mematuhi papan tanda jalan raya.

Justeru itu, orang ramai mendesak Che Rofie bin Mat tampil memohon maaf dan membayar ganti rugi kepada mangsa atau berdepan dengan tindakan laporan polis. - THEHYPEMEDIA.COM
            

Khamis, 18 Jun 2015

PONDAN VERSION : AZIZ ISA DAKWA "TOLAK DAP, UMNO MASUK SARAWAK"



Inilah yang orang kata "KEMARUK BERPOLITIK". Rasanya agak malang bagi DAP khususnya YB Chong Chieng Jen mendapat seorang Pembantu Khas yang agak "KELAKAR". 

Status Facebook Aziz Isa yang membuatkan perut yang boroi ini bergerak-gerak dek gelihati melihat gelagat anak muda DAP Sarawak bermain politik. Tambah-tambah di bulan puasa ni, amat-amat menyenakkan perut.


Daripada apa yang difahami dari status tersebut, Aziz Isa menuduh bahawa ada satu gerakan yang dipelopori oleh Pemuda PBB untuk membawa UMNO ke Sarawak. Tidaklah sukar untuk menjangkakan siapa yang dituduh oleh Aziz Isa sebagai bakal calon di Tupong. Kalau diikutkan gaya bahasa dan dakwaan-dakwaan yang dilemparkan dalam status tersebut boleh ditafsirkan 'calon orang muda' tersebut adalah Fazzrudin A Rahman, Setiausaha Politik kepada Yb Dato' Sri Fadillah Yusof, Menteri Kerja Raya merangkap Ketua Pemuda PBB.

Cuma disini membuatkan kepala agak pusing, kenapalah Aziz Isa ini mengaitkan UMNO akan dibawa masuk sekiranya calon di Tupong adalah  Fazzrudin A Rahman? Tak kan pasal 1 kerusi, CM Adenan akan terus tunduk kepada UMNO. CM Adenan juga sudah berkali-kali dan berbuih-buih mulut memberitahu bahawa UMNO TIDAK AKAN MASUK SARAWAK. Adakah Aziz Isa ini pekak agaknya ataupun memang jenis tidak faham bahasa.

Lagi satu, kalau UMNO dikatakan parti RASIS, apa parti DAP itu baik sangatke? Takkan orang-orang Melayu di DUN Tupong 'buta IT' tidak mempunyai Facebook melihat sendiri bagaimana DAP memerintah negeri Pulau Pinang.

Sebenarnya Aziz Isa ini hanyalah 'budak suruhan' DAP untuk mengucar kacirkan orang Melayu Sarawak tidak lebih dari itupun peranan dia dalam DAP Sarawak. 

RASANYA "SUMBET DARI PBB" YANG DIKATAKAN OLEH AZIZ ISA KALAU BENARLAH ORANG PBB BERKEMUNGKINAN HANYALAH ORANG-ORANG YANG KECEWA. ORANG-ORANG BEGINI SELAYAKNYA DI KERAT-KERAT UNTUK DIBERI KEPADA BUAYA LAPAR.


            

Selasa, 16 Jun 2015

EDISI KURANG AJAR : SUPP TIADA HORMAT KEPADA CM ADENAN !!!


Agak mengejutkan tindakan ahli SUPP diketuai Chieng Jin Yik berlagak KURANG AJAR kepada PM Najib Razak sewaktu ketibaan PM Najib Razak di Sibu. Mereka telah menggunakan kertas putih tertulis SUPP SAYS NO TO BN PLUS.


Perdana Menteri, PM Najib Razak telah menyerahkan sepenuhnya kepercayaan kepada Ketua Menteri, CM Adenan Satem dalam menyelesaikan isu dalaman Barisan Nasional (BN) Sarawak. Isu dalaman itu merujuk kepada isu penerimaan dua parti baharu - Parti Tenaga Rakyat Sarawak (Teras) dan Parti Bersatu Sarawak (UPP) sebagai anggota BN.

Bilamana CM Adenan mendapat mandat penuh dari PM Najib Razak, beliau telah mengambil keputusan akan menggunakan formula BN-Plus sehingga berlangsungnya Pilihan Raya Negeri (PRN) sebelum Jun 2016.

Seharusnya SUPP bermuhasabah diri. Cermin dulu apa yang kamu sumbangan sebelum berlagak KURANG AJAR. Faham-faham sajalah apa yang dimaksudkan SUMBANGAN. Nak tulis pun malas.

# Nasib korang tak buat macam tu kat CM Adenan. Kalo tak memang cari nahas.

@ Sent From HTC Butterfly
            

Isnin, 15 Jun 2015

TABIK TMJ : BILA HARIMAU SELATAN MENGAUM, MAHU KASI AJAR SI MULUT CELUPAR



MESEJ UNTUK RAKYAT MALAYSIA

Kebelakangan ini, saya hanya menyuarakan pandangan supaya mereka yang diberikan amanah jangan salahkan rakyat kerana hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap anda, tetapi fikirkanlah mengapa rakyat telah hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap anda. Nampaknya teguran saya secara baik ini telah mendapat maklum balas yang kasar daripada seorang menteri. Kalau saya mendapat jawapan sedemikian, apa harapan untuk teguran rakyat lain didengar?

Anda seorang menteri, bukannya tuhan dari syurga yang tidak boleh ditegur. Jangan fikir rakyat negara ini wujud untuk memberikan anda jawatan dan kekayaan, tetapi jawatan tersebut wujud supaya anda memberikan khidmat kepada rakyat. Apabila saya bersuara, saya melakukannya sebagai pemimpin rakyat saya, rakyat Johor dan Malaysia. Saya hanya mengingatkan para pemimpin negara ini bahawa mereka mempunyai tanggungjawab untuk berkhidmat kepada rakyat, dan nampaknya oleh sebab itu saya diserang.

Dalam aturan dunia yang baru, saya membayangkan masa depan di mana setiap orang mempunyai hak menyuarakan pendapat masing-masing. Namun, keadaan di Malaysia pada hari ini tidaklah begitu, menteri-menteri pantang ditegur. Saya rela dicemuh untuk mempertahankan perkara yang benar, daripada disanjung untuk membela perkara yang salah.

Saya bukan ahli politik. Saya hanya bertanggungjawab kepada Allah, Sultan saya, dan rakyat Johor. Saya bukannya menjalankan suruhan seperti boneka. Johor hanya mempunyai tempat bagi mereka yang mahu berkhidmat kepada rakyat, bukan untuk mereka yang mahu meraih undi demi kepentingan peribadi.

Akan tiba suatu masa, di mana rakyat Johor perlu membuat keputusan demi kebaikan masa depan kita dan generasi yang akan datang. Kita akan bersatu dan membuat keputusan tersebut sebagai Bangsa Johor, untuk menempa masa depan kita. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Saya berdiri untuk rakyat saya, bukan untuk merebut kuasa, bukan untuk menumbangkan kerajaan, tetapi untuk menjaga kesejahteraan rakyat saya.

Saya tidak pernah menyuruh sesiapa berundur atau meletak jawatan, hanya sekadar memberi ingatan kepada ahli politik berkenaan peranan dan tanggungjawab mereka. Sekiranya perkara seperti itu pun anda tidak boleh terima, jelaslah kepada seluruh rakyat betapa angkuh dan sombongnya anda.

Alhamdulillah, saya telah dikurniakan dengan kehidupan yang selesa. Kalau hendak diikutkan, saya boleh hidup dalam dunia saya sendiri tanpa menghiraukan permasalahan rakyat, tetapi saya di sini berdiri teguh bersama mereka. Jadi kepada mereka yang ingin mencemar imej saya dan menjadikan saya musuh awam nombor satu, sesungguhnya rakyat lebih bijak dan mampu menilai sendiri.

Jangan gunakan saya untuk mengalihkan tumpuan daripada isu-isu nasional yang lain. Negara ini memerlukan ahli politik yang bersih dan telus, yang menjalankan tanggungjawab mereka dengan keikhlasan dan integriti.

-DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

@ Sent From HTC Butterfly
            

Isnin, 8 Jun 2015

BIAR BETUL : BN SARAWAK LEBIH MATANG DARI BN PUSAT !!!


Keadaan ini mungkin sangat asing di Semenanjung Malaysia tetapi tidak di Sarawak.

Biarpun berbeza idealogi politik, tetapi disebabkan semangat setia kawan dan kawasan DUN yang bersebelahan, ADUN Kalaka Datuk Wahab Aziz tidak keberatan menjemput ADUN Krian Ali ak Biju dari PKR untuk sama-sama menghadiri dan seterusnya merasmikan Program Perasmian Sempena 10 Tahun Rumah Panjang Melong Atas Tahun 2015.


Melihat kepada senario politik semasa di Semenanjung terutamanya apa yang berlaku kini antara Tun Mahathir dan PM Najib amatlah membimbangkan untuk Barisan Nasional khasnya UMNO itu sendiri. Isu kedua-dua pemimpin negara ini terus menghilangkan kehangatan kehancuran Pakatan Rakyat.

Betapa ruginya Barisan Nasional, bilamana Pakatan Rakyat semakin hancur, peluang ini tidak diambil malahan Barisan Nasional sendiri terikut dengan rentak politik pembangkang yang menuju kehancuran.


Seharusnya PM Najib membuat pertemuan 4 mata dengan Tun Mahathir untuk merungkai segala kecelaruan politik dalaman UMNO seperti apa yang dicadangkan oleh YB Khairy Jamaluddin. Tidak menjatuhkan air muka PM Najib sekalipun pun sekiranya beliau menemui Tun Mahathir melainkan beliau sudah berpatah arang dengan mantan PM tersebut. Belum terlambat rasanya mereka yang terlibat melupakan persengketaan demi menyelamatkan negara dari jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.

Kepada 'nyamuk-nyamuk' di sekeliling kedua-dua pemimpin ini, tidak perlulah nak memarakkan lagi api yang sudahpun marak. Seharusnya fokuslah kepada pembangkang yang semakin hari semakin retak hubungan mereka. Biarlah urusan Tun Mahathir dan PM Najib diselesaikan antara mereka berdua sahaja.

Samaada Tun Mahathir mengalah atau PM Najib letak jawatan, kita tidak mahu negara ini diperintah oleh Pakatan Rakyat kerana sudah pasti bilamana mereka memerintah, maka kehancuran yang amat dahsyat akan berlaku di bumi Malaysia.

@ Sent From HTC Butterfly
            

Ahad, 7 Jun 2015

‎PAS BETING MARO: HJ ADAM VS ABANG AHMAD KERDEE?


Kekalahan bekas calon PAS Beting Maro, Abang Ahmadda Kerdee dalam muktamar PAS ke 61 baru-baru ini menjadikan senario LANGKAH KANAN kepada Pesuruhjaya PAS Sarawak, Haji Adam untuk bertanding di Beting Maro dalam pilihanraya Negeri Sarawak akan datang. Rujuk [SINI]

Kewujudan perpecahan dalaman PAS yang juga berlaku di Sarawak menjadikan isu bakal calon menjadi lebih hangat dimana penyokong asal PAS DUN Beting Maro‎ lebih berpihak kepada Abang Ahmad Kerdee.

Keputusan PRN Sarawak pada 2011 yang lepas membuktikan sokongan padu penduduk DUN Beting Maro terhadap PAS sehingga menyebabkan BN/PBB menang tipis hanya sekitar 400 undi.

Haji Adam yang merupakan penduduk Samarahan sudah pastinya tidak diterima oleh penduduk Beting Maro yang lebih mengutamakan calon tempatan seperti Abang Ahmad Kerdee.

Walau apa pun, bagaimana boleh PAS Sarawak hendak menyelesaikan isu perpecahan dalam pakatan rakyat Sarawak sedangkan isu pertelagahan dalaman sendiri masih tidak dapat diselesaikan?

Penyokong PAS DUN Beting Maro pula tidak teragak-agak untuk tidak keluar mengundi ataupun mengundi BN pada PRN Sarawak akan datang akibat dari perebutan kuasa dalam PAS.

‎@ Sent From HTC Butterfly
            

YB KARIM SAYS : PEMIMPIN UPP, TERAS WAJAR DITERIMA OLEH BN


KUCHING: Pemimpin Parti Rakyat Bersatu (UPP) dan Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS) wajar diterima oleh Barisan Nasional (BN) kerana mereka mendukung prinsip-prinsip BN baik pada peringkat persekutuan mahupun negeri.

Menurut Menteri Muda Pembangunan Belia Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, pemimpin kedua-dua parti politik itu juga dipilih di bawah logo BN.

“Saya percaya harapan dan keinginan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) adalah agar rakyat bersatu di bawah mana-mana saluran atau parti BN yang mendukung prinsip BN. Saya fikir ia juga prinsip-prinsip yang diguna pakai oleh BN negeri,” ujarnya semalam.

Beliau berkata demikian berhubung kenyataan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) yang menolak konsep BN Plus yang disokong oleh Najib pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Stadium Perpaduan, Khamis lepas.

Kenyataan ahli kanan SPDP menolak konsep tersebut kerana antara lain menurut mereka ia akan memusnahkan kerjasama antara parti komponen BN yang telah menyatu dan mengukuhkan perikatan pemerintah.

Abdul Karim menegaskan pendekatan mesra BN yang dibawa oleh TERAS dan UPP memastikan mereka terus berada dalam kabinet kerajaan negeri selain menghadiri acara rasmi.

“Kita melihat menteri, menteri muda dan ketua parti dari parti mesra BN menghadiri acara ini kerana pemimpin mereka mendukung prinsip BN selain dipilih di bawah logo BN,” katanya.

Menteri Muda Perumahan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya itu berkata, SPDP boleh mengemukakan bantahan terhadap BN Plus atau parti mesra BN.

“Apa yang paling penting akhirnya adalah rakyat menerima parti ini dan pemimpin mereka. Jika rakyat berasakan parti mesra BN ini harus mewakili mereka kita perlu menghormati kehendak mereka,” katanya.

Tambahnya, persoalan tentang sama ada mereka sah menyertai BN atau tidak harus diketepikan.

Timbalan Presiden TERAS Datuk Peter Nansian pula berkata parti itu berterima kasih kepada Najib dan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.

“Kami sangat bersyukur kepada PM dan KM kerana menyokong dan mengiktiraf TERAS dan UPP serta BN Plus yang bermakna semua kita berada dalam BN untuk berkhidmat kepada rakyat kerana BN adalah inklusif dan bukan eksklusif seperti yang didakwa oleh segelintir pihak,” katanya.

Presiden UPP Dato Sri Wong Soon Koh menyuarakan kegembiraannya sejurus selepas Najib menyatakan sokongannya.

“Saya hanya dapat menyatakan Perdana Menteri sudah mengiktiraf kami. Kami gembira kerana diiktiraf dengan sewajarnya. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada PM dan KM kerana menyokong kami,” kata Wong.

@ Sent From HTC Butterfly
            

Khamis, 4 Jun 2015

ADAKAH HADIAH SERUPA UNTUK AIDILFITRI INI DARI CM ADENAN ???


Sebelum memanjangkan cerita, tidak lewat rasanya SG secara peribadi mengucapkan Selamat Hari Gawai kepada seluruh rakyat Malaysia, khasnya kepada yang menyambut perayaan ini.

Perayaan Gawai pada kali ini amatlah bermakna kepada sesetengah orang yang merasai "beban" sebelum ini. Beban yang dimaksudkan adalah bayaran Tol di Jambatan Asean, Tol Jambatan Lanang, dan penyeragaman caj Feri Marudi. Cubalah kira, berapa banyak wang yang dijimatkan dan boleh digunakan untuk keperluan lain. Betapa bertuahnya rakyat di Sarawak.

Persoalan kini tertumpu kepada tol di Jambatan Tun Salahudin. Majoriti rakyat, khasnya di Kuching mula bersuara.

Sik kan tol di Sibo dan Miri ajak dimansuh, nak kita ctok sik dimansuh kah ? Sedangkan tol kita dictok murah agik berbanding di cnun. Sik kan nk mahal dapat dimansuh, nak murah sik dapat

Perasaan "cemburu" mula terbit di hati pengguna di Kuching. Pihak Pemuda PBB pun sudah bersuara berkaitan perkara ini iaitu mendesak pihak Syarikat Zecon Berhad, sebagai pemegang konsesi berkompromi dengan perkara ini.


Harapan rakyat amatlah tinggi agar pihak kerajaan negeri dan pihak Syarikat Zecon Berhad dapat duduk bersama bagi mencari penyelesaian bagaimana untuk merealisasikan pemansuhan tol di Jambatan Tun Salahudin. Bak kata CM Adenan " Rakyat Sarawak sik suka bayar tol"

Lebih kurang 2 minggu lagi, umat Islam akan berpuasa dan selepas 30 hari akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Mungkinkah tol di Jambatan Tun Salahudin turut dimansuhkan, sebagai simbolik hadiah aidilfitri untuk masyarakat Melayu/Islam pula.

TINGGI BUKIT GILANG GEMILANG, AIR LAUT TENANG-TENANGAN,
BUDI SEDIKIT TIDAKLAH HILANG, ITU MENJADI KENANG-KENANGAN.

TENANGLAH TENANG AIR DILAUT, SAMPAN KOLEK MUDIK KE TANJUNG,
HATI TERKENANG MULUT MENYEBUT, BUDI YANG BAIK RASA NAK JUNJUNG.

INSYA ALLAH, ZECON BERHAD AKAN MENDAPAT BERLIPAT KALI GANDA REZEKI, SEKIRANYA MENGORBANKAN SEDIKIT REZEKI.


            

CM ADENAN : NAJIB LAKUKAN UNTUK SARAWAK LEBIH DARIPADA PM LAIN


Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melakukan lebih banyak perkara untuk Sarawak "lebih daripada perdana menteri sebelum ini yang berkuasa selama 22 tahun".

Katanya, rakyat Sarawak tahu bagaimana untuk berterima kasih kerana selama ini, Najib benar-benar menunjukkan penghargaannya kepada Sarawak melalui tindakannya memajukan negeri ini.

Beliau berkata perdana menteri sekarang lebih banyak memajukan Sarawak berbanding Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menjadi perdana menteri selama 22 tahun.

Bagaimanapun, Adenan berkata Najib perlu menyelesaikan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan secepat mungkin dan menegaskan beliau tahu Najib berusaha sedaya upaya untuk menyelesaikan perkara itu.

Jangan sekali-kali meletak jawatan, kekalkan dengan tugas anda, kami mahu anda terus berada di situ. Usah risau, kami akan berada di belakang anda,

CM Adenan berucap di hadapan kira-kira 3,000 tetamu yang menghadiri majlis Makan Malam Gawai Dayak Negeri 2015 di Dewan Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DDBNA) di Kuching, malam tadi.

Kami tetap berdiri teguh di belakang perdana menteri Najib biar api membakar dan ombak membadai. Kami akan berada di belakang anda sepanjang masa dan kami lakukan ini bukan kerana kami takutkan anda, tetapi kerana ini adalah perkara yang betul untuk dilakukan,

Adenan berkata Lebuhraya Pan Borneo, projek kejuruteraan terbesar di Malaysia, akan menjadi legasi Najib serta diingati semua rakyat Sarawak dan negeri ini amat berterima kasih mengenainya.

Katanya, tidak seperti perdana menteri sebelum ini, Najib sentiasa memberi perhatian kepada pembangunan di Sarawak dan beliau merupakan perdana menteri yang paling kerap mengunjungi Bumi Kenyalang.

Dia (perdana menteri sebelum ini) fikir North-South (highway) saja, tak ingat kepada timur, ini (Pan Borneo) akan merupakan projek kejuruteraan terbesar dalam sejarah negara ini.

... dan apabila tiba masanya untuk kami menunjukkan rasa terima kasih, usah ragu kesetiaan kami, kami tahu nak ucap terima kasih pada orang, tidak seperti sesetengah orang di 'Malaysia Barat'. Bukan semualah, tapi kita tahu ada golongan tertentu, termasuk daripada Umno sendiri,

Bernama, 4 Jun, 2015.

@ Sent From HTC Butterfly
            

Rabu, 3 Jun 2015

EDISI BARU TAHU : PARTI DAP BERTANGGUNGJAWAB MENJADI PERUNDING IMEJ CM ADENAN !!!


Parti DAP seperti yang semua sedia maklum adalah parti yang suka "ambil kesempatan" terhadap usaha orang lain. Banyak kali mereka melakukan perkara tersebut. Antaranya isu Pemansuhan Tol, isu Sekolah Cina, isu Tarif Elektrik, isu Pembalakan Haram dan lain-lain lagi. Mereka akan laungan bahawa keberjayaan penyelesaian masalah ini adalah atas usaha mereka.

Terbaru melalui ADUN Pending, Violet Yong menerusi beberapa akhbar berbahasa Cina mendakwa sikap keterbukaan CM Adenan merupakan susulan cadangan DAP. Kita sedia maklum, CM Adenan mempunyai sikap dari dahulu lagi mudah didekati, peramah dan bersahaja. Perkataan "Youuu..youuu" & "ooo..haaaa" menjadi "trademark" CM Adenan dari dahulu sehingga sekarang dan digunakan sebagai platform untuk "bermesra" dengan rakyat. (Tidak boleh salahkan DAP jika mereka tidak tahu, sebab mereka baru lagi di Sarawak).

Berita Penuh [Klik Disini]

Agak melucukan dakwaan ADUN DAP ini. Mana mungkin CM Adenan yang bergelumang di dalam politik Sarawak daripada zaman berzaman boleh menggunakan idea DAP yang baru setahun jagung bertapak di negeri Sarawak. Adakah DAP Sarawak sudah mula hilang arah dan idea untuk mencari kelemahan kerajaan negeri Sarawak dek kerana keberkesanan kepimpinan CM Adenan ?

INILAH MASALAHNYA PARTI PEMBANGKANG DI MALAYSIA, BILA MEMBANGKANG TIDAK KENA PADA TEMPATNYA. PENGAKHIRANNYA ADALAH MENGELUARKAN KENYATAAN DI LUAR TABIEE ??? OPSSS TERSEBUT SUDAH "LUAR TABIEE". SENSITIF KEPADA RAKAN SEKATIL MIMPI LAIN-LAIN MEREKA. 

@ Sent From HTC Butterfly