Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melakukan lebih banyak perkara untuk Sarawak "lebih daripada perdana menteri sebelum ini yang berkuasa selama 22 tahun".
Katanya, rakyat Sarawak tahu bagaimana untuk berterima kasih kerana selama ini, Najib benar-benar menunjukkan penghargaannya kepada Sarawak melalui tindakannya memajukan negeri ini.
Beliau berkata perdana menteri sekarang lebih banyak memajukan Sarawak berbanding Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menjadi perdana menteri selama 22 tahun.
Bagaimanapun, Adenan berkata Najib perlu menyelesaikan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan secepat mungkin dan menegaskan beliau tahu Najib berusaha sedaya upaya untuk menyelesaikan perkara itu.
Jangan sekali-kali meletak jawatan, kekalkan dengan tugas anda, kami mahu anda terus berada di situ. Usah risau, kami akan berada di belakang anda,
CM Adenan berucap di hadapan kira-kira 3,000 tetamu yang menghadiri majlis Makan Malam Gawai Dayak Negeri 2015 di Dewan Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DDBNA) di Kuching, malam tadi.
Kami tetap berdiri teguh di belakang perdana menteri Najib biar api membakar dan ombak membadai. Kami akan berada di belakang anda sepanjang masa dan kami lakukan ini bukan kerana kami takutkan anda, tetapi kerana ini adalah perkara yang betul untuk dilakukan,
Adenan berkata Lebuhraya Pan Borneo, projek kejuruteraan terbesar di Malaysia, akan menjadi legasi Najib serta diingati semua rakyat Sarawak dan negeri ini amat berterima kasih mengenainya.
Katanya, tidak seperti perdana menteri sebelum ini, Najib sentiasa memberi perhatian kepada pembangunan di Sarawak dan beliau merupakan perdana menteri yang paling kerap mengunjungi Bumi Kenyalang.
Dia (perdana menteri sebelum ini) fikir North-South (highway) saja, tak ingat kepada timur, ini (Pan Borneo) akan merupakan projek kejuruteraan terbesar dalam sejarah negara ini.
... dan apabila tiba masanya untuk kami menunjukkan rasa terima kasih, usah ragu kesetiaan kami, kami tahu nak ucap terima kasih pada orang, tidak seperti sesetengah orang di 'Malaysia Barat'. Bukan semualah, tapi kita tahu ada golongan tertentu, termasuk daripada Umno sendiri,
Bernama, 4 Jun, 2015.
@ Sent From HTC Butterfly
0 ulasan:
Catat Ulasan