Sabtu, 20 Jun 2015

TRITON VS BASIKAL : PEMANDU TRITON GELAK BESAR SEBAB MENANG !!!


TERENGGANU - Viral di media sosial hari ini di mana basikal seorang budak yang dianggarkan berusia 11 tahun rosak dan kemek dilanggar oleh sebuah kenderaan pacuan empat roda, Triton TAU7575.

Gambar yang dimuat naik oleh Mrr Chipsmore itu mendakwa, basikal mangsa rosak dilanggar, namun tiada pula si pelakunya turun dari kenderaan melihat keadaan basikal mangsa. Sebaliknya hanya mentertawakan nasib yang menimpa budak malang itu.

"Pergi Baazar Cabang 3, ada juga manusia yang tak ada timbang rasa kan? Sudahlah pandu Triton, dilanggar pula basikal seorang budak sampai kemek basikal itu. Lepas itu, pemandu Triton itu boleh pula gelak saja. Yelah, basikal je. Dah tu, tak reti pula kasihan dengan budak itu yang terpingga-pingga tengok basikal dia hancur dilanggar macam tu.

"Budak itu heret basikalnya ke tepi jalan. Kasihannya!!! Agak-agak kalau orang langgar Triton dia, mengamuk tak? Puii! Tunggu saja balasan dari perbuatan kamu itu wahai pemandu Triton Hitam TAU7575!! Memang tak ada hati perut! Biar berhati perut sikit. Kalau ada dalam group ini (Gabungan Anak Terengganu) lagi bagus. Tak boleh fikir ke budak itu anak yatim ke, anak orang susah ke.

"Makin tua, patut boleh fikir dah benda-benda macam ni. Sekurang-kurangnya turun dari kereta bagi duit pada budak itu sebagai gantirugi. Dunia ini bulat, Tuhan akan balas perbuatan pemandu Triton ini.

"Dia 1 family, saya siap panggil suruh turun. Tapi dia sukaan dalam kereta 1 family. Sakit hati toksah kira la. Siap buat muka bodoh dan blah je. Angkat cermin rapat tutup. Agak-agaklah. Kalau kena pada anak kita, kita pun marah. Dengan budak itu pakai kopiah, nampak sangat budak baik. Heret basikal dengan tayar kemek macam itu ke tepi jalan. Entah-entah datuk nenek dia suruh pergi cari makanan. Kasihan sungguh," katanya.



Berdasarkan siasatan netizen, pemandu Triton itu bernama Che Rofie bin Mat atau lebih dikenali sebagai Awang dan selalu kelihatan berada di parking itu setiap hari kerana tugasnya mengangkut ikan.

"Triton TAU7575 ini memang setiap petang ada di tempat parking yang sama sebab dia angkut ikan. Orang panggil dia Awang. Basikal itu memang baring depan Triton dia, dia memang tak nampak ada basikal di depan itu," kata Amir Mohd.



Hasil siasatan netizen juga mendapati, pemandu Triton ini juga mempunyai empat saman tertunggak berjumlah RM750 yang masih belum dijelaskan.

Tiga kesalahannya adalah memandu melebihi had laju dan satu lagi tidak mematuhi papan tanda jalan raya.

Justeru itu, orang ramai mendesak Che Rofie bin Mat tampil memohon maaf dan membayar ganti rugi kepada mangsa atau berdepan dengan tindakan laporan polis. - THEHYPEMEDIA.COM
            

0 ulasan:

Catat Ulasan