Khamis, 4 Jun 2015

ADAKAH HADIAH SERUPA UNTUK AIDILFITRI INI DARI CM ADENAN ???


Sebelum memanjangkan cerita, tidak lewat rasanya SG secara peribadi mengucapkan Selamat Hari Gawai kepada seluruh rakyat Malaysia, khasnya kepada yang menyambut perayaan ini.

Perayaan Gawai pada kali ini amatlah bermakna kepada sesetengah orang yang merasai "beban" sebelum ini. Beban yang dimaksudkan adalah bayaran Tol di Jambatan Asean, Tol Jambatan Lanang, dan penyeragaman caj Feri Marudi. Cubalah kira, berapa banyak wang yang dijimatkan dan boleh digunakan untuk keperluan lain. Betapa bertuahnya rakyat di Sarawak.

Persoalan kini tertumpu kepada tol di Jambatan Tun Salahudin. Majoriti rakyat, khasnya di Kuching mula bersuara.

Sik kan tol di Sibo dan Miri ajak dimansuh, nak kita ctok sik dimansuh kah ? Sedangkan tol kita dictok murah agik berbanding di cnun. Sik kan nk mahal dapat dimansuh, nak murah sik dapat

Perasaan "cemburu" mula terbit di hati pengguna di Kuching. Pihak Pemuda PBB pun sudah bersuara berkaitan perkara ini iaitu mendesak pihak Syarikat Zecon Berhad, sebagai pemegang konsesi berkompromi dengan perkara ini.


Harapan rakyat amatlah tinggi agar pihak kerajaan negeri dan pihak Syarikat Zecon Berhad dapat duduk bersama bagi mencari penyelesaian bagaimana untuk merealisasikan pemansuhan tol di Jambatan Tun Salahudin. Bak kata CM Adenan " Rakyat Sarawak sik suka bayar tol"

Lebih kurang 2 minggu lagi, umat Islam akan berpuasa dan selepas 30 hari akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Mungkinkah tol di Jambatan Tun Salahudin turut dimansuhkan, sebagai simbolik hadiah aidilfitri untuk masyarakat Melayu/Islam pula.

TINGGI BUKIT GILANG GEMILANG, AIR LAUT TENANG-TENANGAN,
BUDI SEDIKIT TIDAKLAH HILANG, ITU MENJADI KENANG-KENANGAN.

TENANGLAH TENANG AIR DILAUT, SAMPAN KOLEK MUDIK KE TANJUNG,
HATI TERKENANG MULUT MENYEBUT, BUDI YANG BAIK RASA NAK JUNJUNG.

INSYA ALLAH, ZECON BERHAD AKAN MENDAPAT BERLIPAT KALI GANDA REZEKI, SEKIRANYA MENGORBANKAN SEDIKIT REZEKI.


            

0 ulasan:

Catat Ulasan