Isnin, 22 Jun 2015

KALAU DI SARAWAK DAH LAMA KENA 'SAYOT' MAMAT NI


Tak tahulah nak cakap apa lagi politik Malaysia. Dah bermacam-macam individu timbul 'menceriakan' suasana politik di Malaysia ni. Yang ni aku tak boleh tahan. 

TITAH MENGISTIHARKAN SECARA RESMI PELETAKAN JAWATAN SEBAGAI PERDANA MENTERI MALAYSIA DENGAN SERTA MERTA.

Beta selaku Raja utusan Allah Akhiruzaman dan raja agung malaysia yang sebenar ,menitahkan Dato’Sri Najib Tun Abdul Razak selaku perdana menteri malaysia ini untuk mengisytiharkan secara resmi kepada umuM peletakan jawatan Dato’ sri sebagai perdana menteri malaysia serta merta.

Titah ini di buat berdasarkan telah tamatnya PERJANJIAN ‘TREATY’ yang di tanda tangani oleh president amerika syarikat.Mr.barack Obama ketika kunjungan beliau ke malaysia pada 26-28 april 2014 yang lalu.dengan itu pemerintahan NWO telahpun beralih kepada KERAJAAN EMPAYAR LANGKASUKA NUSATARA (KELN) dengan resmi dan malaysia adalah sebagian dari Empayar KELN.tapak pemerintahan daulah islamiah kali ke II Akhir zaman.

Dengan ini tidak perlu dato sri menangguhkan pengisytiharan peletakan jawatan tersebut.titah ini bertujuan memudahkan tertegaknya pemerintahan daulah islamiah kali ke II berlandaskan AL QURAN & SUNNAH SAW dengan jayanya dan penyelesaian permasalahan hukum HUDUD yang menjadi isu sekarang.

Kepada pemangku beta nenda tuanku abdul halim mu’adzam shah ibni ALMarhum Sultan Badlishah,sultan kedah merangkap YPD angong malaysia betan memerintahkan untuk mengambil tindakan yang sewajarnya keatas warkah terbuka.


MUNGKIN PIHAK BERWAJIB SERBA SALAH NAK TANGKAP ATAU KENAKAN TINDAKAN TERHADAP MANGKUK NI. TAPI JANGAN DIBIARKAN ORANG INI TERUS-TERUSAN MERACAU DI MEDIA SOSIAL. BURUK AKIBATNYA NANTI.

INGAT LAGI AYAH PIN. ORANG BOLEH MINUM DARI AIR BASUHAN KAKI DIA. MUSNAH MALAYSIA KALAU SAMPAI KE TAHAP NI.

@ Sent From HTC Butterfly
            

0 ulasan:

Catat Ulasan