Isnin, 8 Jun 2015

BIAR BETUL : BN SARAWAK LEBIH MATANG DARI BN PUSAT !!!


Keadaan ini mungkin sangat asing di Semenanjung Malaysia tetapi tidak di Sarawak.

Biarpun berbeza idealogi politik, tetapi disebabkan semangat setia kawan dan kawasan DUN yang bersebelahan, ADUN Kalaka Datuk Wahab Aziz tidak keberatan menjemput ADUN Krian Ali ak Biju dari PKR untuk sama-sama menghadiri dan seterusnya merasmikan Program Perasmian Sempena 10 Tahun Rumah Panjang Melong Atas Tahun 2015.


Melihat kepada senario politik semasa di Semenanjung terutamanya apa yang berlaku kini antara Tun Mahathir dan PM Najib amatlah membimbangkan untuk Barisan Nasional khasnya UMNO itu sendiri. Isu kedua-dua pemimpin negara ini terus menghilangkan kehangatan kehancuran Pakatan Rakyat.

Betapa ruginya Barisan Nasional, bilamana Pakatan Rakyat semakin hancur, peluang ini tidak diambil malahan Barisan Nasional sendiri terikut dengan rentak politik pembangkang yang menuju kehancuran.


Seharusnya PM Najib membuat pertemuan 4 mata dengan Tun Mahathir untuk merungkai segala kecelaruan politik dalaman UMNO seperti apa yang dicadangkan oleh YB Khairy Jamaluddin. Tidak menjatuhkan air muka PM Najib sekalipun pun sekiranya beliau menemui Tun Mahathir melainkan beliau sudah berpatah arang dengan mantan PM tersebut. Belum terlambat rasanya mereka yang terlibat melupakan persengketaan demi menyelamatkan negara dari jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.

Kepada 'nyamuk-nyamuk' di sekeliling kedua-dua pemimpin ini, tidak perlulah nak memarakkan lagi api yang sudahpun marak. Seharusnya fokuslah kepada pembangkang yang semakin hari semakin retak hubungan mereka. Biarlah urusan Tun Mahathir dan PM Najib diselesaikan antara mereka berdua sahaja.

Samaada Tun Mahathir mengalah atau PM Najib letak jawatan, kita tidak mahu negara ini diperintah oleh Pakatan Rakyat kerana sudah pasti bilamana mereka memerintah, maka kehancuran yang amat dahsyat akan berlaku di bumi Malaysia.

@ Sent From HTC Butterfly
            

0 ulasan:

Catat Ulasan