Khamis, 31 Disember 2015

JANGAN MAKI : RAMAI SETUJU CADANGAN #2KERJA AHMAD MASLAN


Meskipun dikritik kerana saranan agar rakyat melakukan dua kerja bagi menangani kos sara hidup, Datuk Ahmad Maslan masih tetap berharap cadangannya itu dilihat dari sudut positif.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata, masih terdapat rakyat yang berminat dengan cadangan tersebut.

"Saya harap cadangan itu dilihat dari sudut positif. Saya berniat ikhlas memberikan satu idea tambahan kepada rakyat.

"Jika rakyat tidak bersetuju, ada juga yang berminat.

"Bila idea itu dimulakan pada hari Sabtu lepas, saya lihat dalam media sosial memang ada pihak yang tidak bersetuju tetapi pihak yang memahami cadangan saya itu bersetuju. Ramai yang bersetuju," kata Ahmad Maslan dalam sidang media selepas Program Turun Padang ke Sapura Industrial Berhad di Bangi hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata penerimaan rakyat berhubung saranan itu berbeza ketika kerajaan mengumumkan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebelum ini.

"Tidak seperti GST dulu, daripada cabaran yang saya hadapi, yang tak bersetuju itu agak ramai sebab tiada siapa yang bersetuju membayar cukai, bukan? soalnya.

"Tetapi cadangan yang kali kedua ini, yang bersetuju dan tak bersetuju lebih seimbang," katanya yang juga Ketua Penerangan Umno.

Bagaimanapun, anggota Parlimen Pontian itu berkata cadangan itu bukan merupakan satu arahan dari kerajaan.

"Saya tak kata cadangan itu 100 peratus sempurna. Ia hanya satu cadangan bukan arahan kerajaan," tegasnya.

Selain itu, Ahmad juga berkata MITI telah mengarahkan agensi yang terlibat untuk mengadakan kursus mengenai perniagaan dalam talian bermula esok.

"Saya juga memaklumkan bermula esok ini kita adakan kursus perniagaan dalam talian dari peringkat bawah," tambahnya.

Tambahnya, saranan tersebut dibuat berdasarkan formula ‘PKPK’ untuk mengatasi kos sara hidup dan dalam bidang keusahawanan melalui perniagaan dalam talian.

PKPK adalah formula seperti pendidikan tinggi, kemahiran tinggi dan produktiviti tinggi.

C&P Malaysiakini

FIKIRKAN SECARA RASIONAL. JANGAN TERUS MEMAKI HAMUN. MEMANG KADANG-KADANG KITA TERSALAH FAHAM ATAUPUN PENERANGAN YANG DIBERI TIDAK JELAS.

HARI-HARI KITA MEMAKI HAMUN SESEORANG PUN TAK GUNA. KEADAAN EKONOMI KITA MASIH MACAM TU JUGA.

APA-APAPUN KEHIDUPAN MESTI DITERUSKAN WALAU APA YANG BERLAKU. USAHAKAN WALAUPUN PERIT AGAR ANAK BINI KITA CUKUP PAKAI DAN MAKAN.

BAB POLITIK NI, UNDI DI TANGAN ANDA. PANDAI-PANDAILAH MENILAI YANG MANA MEMBEBANKAN DAN YANG MANA MENGGELAPKAN MASA DEPAN ANAK CUCU KITA.

@ Sent From Samsung Note III
Wechat : sarawakguerreiro
            

Rabu, 30 Disember 2015

SALAHKE SAYA TOLONG ORANG YANG KENA TIPU


“Saya tolong mangsa yang ditipu, salah ke saya tolong?”, demikian luahan aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Yusuf Azmi.


Kesal dengan penahanan itu, Yusuf berkata sehingga kini beliau masih tertanya-tanya punca utama kesalahannya sehingga ditahan polis sedangkan niatnya hanya untuk membantu pengguna yang ditipu oleh peniaga di Kompleks Kota Raya.

“Ketika saya menuntut kembali wang mangsa, tiada langsung perbuatan yang kasar. Anda boleh rujuk semula video kejadian itu.

“Malah, sidang media yang dibuat selepas itu juga tiada langsung saya menyentuh unsur perkauman,” katanya dalam satu sidang media di sini, hari ini.

Beliau dipercayai ditahan kerana didakwa membuat ugutan terhadap peniaga telefon di Kompleks Kota Raya yang membantu seorang lelaki mengambil semula wang yang dibayar bagi empat buah telefon bimbit pada 15 Disember lalu.

Yusuf yang juga ketua Unit Tindakan Khas PPIM berkata, selepas memberikan keterangan di Ibu Pejabat Dang Wangi pada 24 Disember lalu beliau kemudiannya digari dan ditangkap di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana pemerasan dan ugutan.

“Saya kena pakai baju lokap dan saya kena gari. Kalau saya bersalah, saya tidak kisah digari dan dimasukkan ke lokap, tetapi saya tidak mendapat perintah mahkamah bahawa saya bersalah.

“Sebenarnya saya diminta untuk ditahan reman tujuh hari, dan penahanan itu sebenarnya dikhaskan untuk mereka yang dituduh dengan jenayah berat. Adakah menolong orang satu jenayah berat?,” katanya.

Bagaimanapun, Yusuf berkata hakim mahkamah penjara menolak permohonan lanjutan penahanan reman keatasnya.

Mengakui dirinya trauma dengan perkara itu, Yusuf berkata beliau tidak akan patah semangat untuk terus membantu pengguna yang teraniaya oleh kezaliman peniaga.

“Saya kalau kena duduk dalam penjara untuk kita semua yang berjuang bangkitkan kuasa pengguna supaya ada pembelaan undang-undang kepada kita semua ini, saya sanggup!,” katanya.

@ Sent From Samsung Note III
Wechat : sarawakguerreiro
            

Selasa, 29 Disember 2015

KEZALIMAN KERAJAAN DAP : PENGAJARAN BUAT RAKYAT SARAWAK


Menjadikan Pulau Pinang sebagai syurga untuk kelompok berada yang mampu meninggikan taraf pemimpin-pemimpin dan kerajan negeri merupakan satu cita-cita. Menghalau dan menghapuskan kelompok yang membolehkan Pulau Pinang dilihat sebagai sebuah tempat miskin yang tidak tersusun dan lintang pukang dengan perumahan daif, bukanlah sesuatu yang menyenangkan mata.

Itulah yang dilakukan oleh DAP dan Lim Guan Eng.

Satu lagi perkampungan Melayu di Batu Feringgi menjadi mangsa apabila tindakan menerusi tuan tanah perkampungan tersebut memilih untuk menghalau penduduk yang telah mendiami kawasan berkenaan.

Agak aneh memandangkan sebelum DAP memerintah Pulau Pinang semenjak 7 tahun lalu, amalan menghalau penduduk di atas tanah-tanah yang telah dimiliki secara warisan atau baru dimiliki menerusi pertukaran status menerusi prosedur undang-undang, tidak berlaku sekalipun parti yang memerintah Pulau Pinang adalah parti berteraskan kaum Cina iaitu GERAKAN.


Walaupun ada perpindahan dibuat, tetapi kebanyakan penduduk bukan sahaja diberikan pampasan bahkan juga turut ditempatkan di rumah-rumah pangsa.

Difahamkan Kampung Mutiara, Batu Feringgi, Pulau Pinang akan menjadi satu lagi legasi kezaliman DAP ke atas kelompok selain penyokong mereka. Bermula dengan retorik Lim Guan Eng kononnya, pentadbirannya sangat berjaya, lebihan pendapatan negeri melonjak tinggi, terhapus sudah kemiskinan tegar dan akhir sekali, dengan penuh bangga mengumumkan tiada lagi kemiskinan tegar di Pulau Pinang, perobohan dan penghapusan apa yang disifatkannya sebagai mengganggu dan mencacatkan kemewahan di Pulau Pinang dimulakan dengan jayanya.

Kampung Mutiara adalah salah satu mangsanya daripada sekian banyak perkampungan Melayu yang telah dirobohkan dan dihapuskan. Dalam insiden terbaharu ini, sebanyak 42 buah rumah - 40 buah rumah Melayu dan 2 buah rumah India - yang mengandungi 96 keluarga yang terdiri daripada 350 orang terlibat.

Dato' Jahara, orang yang digelarkan oleh Lim Guan Eng sebagai 'NENEK RASIS' tetapi kemudian berkata, dia menarik balik gelaran yang telah diberikannya apabila kalah di mahkamah, telah berusaha menawarkan kepada pemilik tanah tersebut untuk membeli tanah yang menempatkan Kampung Mutiara. Bagaimanapun, setelah puas dipujuk, tuan tanah enggan menjual tanah itu kepada Dato' Jahara.


Sekaligus mengingatkan kita bagaimana Lim Guan Eng melakukan pelbagai tipu daya dalam isu Taman Manggis di Jalan Burmah yang tanahnya telah dijual kepada pihak swasta sekaligus mengenepikan projek perumahan rakyat yang telah dirancang oleh Kerajaan Negeri GERAKAN Pulau Pinang sebelum itu.

Dalam isu Kampung Mutiara, UMNO Bukit Bendera melalui peguam mereka telah menfailkan agar perintah mahkamah yang lalu, dibatalkan. Pendengaran kes tersebut akan didengar pada 6 Januari 2016 di Putrajaya.

Sedangkan pada masa yang sama, pemilik tanah tersebut sedang berusaha membersihkan tanahnya daripada rumah-rumah orang Melayu.

Siapakah pemilik tanah berkenaan? Semenjak bilakah dia memperolehi tanah itu?

Menariknya, Lim Guan Eng dikhabarkan telah menghantar seorang budak Cina yang mengaku dia Melayu iaitu Zairil Khir Johari yang merupakan pengundi di DUN Pulau Tikus dan Parlimen Bukit Bendera untuk memujuk Melayu-Melayu Kampung Mutiara yang akan dihalau sehelai sepinggang.


Copy Paste dari blog THE DEVOURED SAVIOUR

@ Sent From Samsung Note III
Wechat : sarawakguerreiro
            

Isnin, 28 Disember 2015

#2KERJA : NASIHAT DARI "ABANG" KEPADA "ADIK"


Ahli Parlimen Umno Tan Sri Shahrir Abdul Samad hari ini menolak cadangan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan agar pekerja berpendapatan rendah membuat kerja tambahan bagi mengurangkan beban kewangan mereka.

"Itu bukan jawapan untuk menyelesaikan kesusahan mereka kerana langkah itu akan memberi kesan yang serius terhadap kebajikan keluarga kerana lebih banyak masa dan perbelanjaan perlu dikorbankan," kata ahli Parlimen Johor Baru itu.

Bercakap mengenai program sumbangan barangan sekolah dan duit poket kepada 600 pelajar sekolah dari seluruh kawasan pilihan rayanya, Shahrir yang juga pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) berkata, daripada mempunyai dua pekerjaan adalah lebih baik menjalankan perniagaan kecil-kecilan di rumah.

Program hari ini, yang dikenali sebagai "Kembali ke Sekolah 2016", dianjurkan bersama pejabat ahli Parlimen Johor Baru dan Yayasan Pelajaran Mara.

Turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Puteri Datuk Adam Sumiru dan pegawai Mara negeri.

Shahrir juga berkata, ketua keluarga juga memerlukan masa dengan keluarga dan keadaan akan bertambah buruk jika kedua-dua ibu bapa memilih untuk bekerja lebih masa.

"Tambahan pula, selain tidak banyak berinteraksi dengan ahli keluarga, anda perlu mengeluarkan perbelanjaan untuk menampung bayaran pengangkutan dan makanan yang tidak berbaloi sama sekali," katanya.

Beliau berkata kerajaan memperkenalkan pelbagai kerja dari rumah program termasuk program "1Azam" yang memberi manfaat kepada isi rumah.

Bagaimanapun Shahrir berkata, beliau bimbang tentang jurang pendapatan antara keluarga kaya dan miskin.

"Bagi menangani keadaan kritikal ini, kerajaan mengambil langkah-langkah termasuk menyumbang subsidi kepada mereka yang memerlukan dan bantuan tunai BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia)," kata Shahrir.

Dalam perkembangan lain, Shahrir berkata beliau menyokong langkah Umno untuk bekerjasama dengan PAS kerana ia akan meningkatkan perpaduan dan mewujudkan persekitaran positif di antara mereka.

Beliau berkata, kerjasama yang dicadangkan tidak bermakna penyatuan tetapi satu platform untuk memupuk persekitaran politik lebih sihat. - TMI

@ Sent From Samsung Note III
Wechat : sarawakguerreiro
            

Sabtu, 26 Disember 2015

TAHNIAH YB DATUK JOSEPH ENTULU !!!


Hari ini merupakan hari yang amat bersejarah buat YB Joseph Entulu ak Belaun, Menteri di Pejabat Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Selangau. Bertempat di Dewan Hotel Kingwood Resort Mukah, bersaksikan hampir 1000 orang YB Datuk Joseph Entulu ak Belaun bersama isteri beliau telah mengadakan majlis perkahwinan yang cukup meriah. 

Tahniah kepada YB Datuk Joseph Entilu dan isteri dan Datin Jackline ak Anthony. Semoga berkekalan hingga akhir hayat.

@ Sent From Samsung Note III
Wechat : sarawakguerreiro
            

Sabtu, 19 Disember 2015

GENG RAFIZI RUPANYA, PATUTLAH PERANGAI SERUPA ORANG KURANG KASIH SAYANG


Sekarang kita tahu apakah sebab musabab Mamat ini menghalang laluan kenderaan rasmi Perdana Menteri tempoh hari. Kurang kasih sayang jugak seperti Rafizi Ramli.

TAK SALAH RASANYA KALAU ABANG-ABANG TRAFIK PI SEKEH KEPALA BUDAK MERENG NI KALAU DIA BUAT LAGI PERANGAI. PERANGAI SERUPA HARAM JADAH.

@ Sent From Samsung Note III
Wechat : sarawakguerreiro
            

Rabu, 16 Disember 2015

HADIAH KRISMAS DAN TAHUN BARU YANG AMAT BERMAKNA DARI CM ADENAN


Bagaimana rakyat Sarawak termasuk pembangkang tidak sayangkan CM Adenan.

Dari mula mengambilalih tampuk Ketua Menteri Sarawak, pelbagai pengumuman yang menyebelahi dan memihak kepada rakyat Sarawak telah dibuat oleh beliau. Dari isu Tanah NCR, Autonomi, Tambang Feri, pemansuhan Tol di Miri dan Sibu membuatkan beliau bak Adiwira di hati dan mata rakyat Sarawak.


Baru petang tadi, satu lagi pengumuman telah dibuat oleh CM Adenan melaluui Facebook beliau mengenai pemansuhan Tol Tun Salahuddin bermula tengah malam 31 Disember 2015. Berita gembira ini sudah semestinya akan disambut baik oleh rakyat terutamanya rakyat di sekitar daerah Kuching. Sekurang-kurangnya dengan pemansuhan bayaran tol ini, dapat menjimatkan perbelanjaan harian rakyat.

Diharap selepas ini ada lagi berita gembira dari CM Adenan untuk kesejahteraan rakyat Sarawak.

SEMOGA ALLAH S.W.T MEMBERIKAN KESIHATAN YANG BAIK KEPADA CM ADNAN UNTUK TERUS MEMIMPIN SARAWAK. KAMI RAKYAT SARAWAK MASIH MEMERLUKAN KEPIMPINAN CM ADENAN UNTUK MEMBAWA SARAWAK KE MERCU KEJAYAAN.

@ Sent From Samsung Note III
Wechat : sarawakguerreiro

            

Selasa, 15 Disember 2015

EDISI PADAN MUKA : PENGERUSI DAP SARAWAK KENA HALAU


Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Sentosa, Chong Cheing Jen digantung daripada menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri Sarawak pada Selasa kerana menyifatkan Bajet Sarawak seperti akaun ahli silap mata David Cooperfield.

Speaker Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar membuat keputusan itu selepas menerima usul yang dikemukakan Menteri Kewangan Kedua Sarawak, Datuk Seri Wong Soon Koh untuk menggantung Chong yang juga pengerusi DAP Sarawak setelah beliau enggan manarik balik rujukannya kepada bajet negeri sebagai perakaunan David Copperfield.

Terdahulu semasa mencelah ucapan penggulungan Wong, Chong berkata bajet negeri adalah defisit tetapi secara magis bertukar menjadi bajet lebihan seperti apa yang dipanggil juruakaun profesional sebagai akaun kreatif dan merujuknya sebagai akaun David Copperfield.

Disoal sama ada beliau bermaksud bajet yang dibentangkan Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem minggu lalu sebagai ilusi, Chong enggan mengaku tetapi bertegas dengan merujuknya sebagai akaun David Copperfield.

Mohamad Asfia kemudiannya membuat undian untuk menggantung Chong dengan 32 Adun menyokong, 12 orang menentang dan seorang berkecuali.

KERANA MULUT BADAN BINASA
PADAN MUKA

@ Sent From Samsung Note III
Wechat : sarawakguerreiro
            

Jumaat, 27 November 2015

BEBAL NEWS : INI MASALAHNYA KALAU PUNYA ADUN BEBAL


Entah dia fikir dia siapa. Baru menjadi ADUN sudah mula membuat perkara-perkara yang bukan sahaja melanggar undang-undang malah boleh membahayakan penduduk berdekatan.

ADUN DAP Pending, Violet Yong tanpa kelulusan pihak berkuasa tempatan telah membina tempat letak kenderaan di Lorong Chong Kiun Kong 6, Kenyalang Park, Kuching kononnya untuk kemudahan penduduk sekitar kawasan tersebut.

Daripada laporan Borneo Post, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) Datuk James Chan mengatakan pihak beliau menolak permohonan ADUN DAP sebelum ini untuk membina tempat letak kereta di kawasan tersebut atas faktor boleh menyebabkan banjir kilat dan kemalangan.

ADUN DAP ini punya kepakaran ke dalam bidang kejuruteraan awam sampai membelakangkan MBKS dalam isu pembinaan tempat letak kereta ini? Jangan kerana untuk mendapatkan undi dan populariti di kawasan tersebut, keselamatan penduduk keseluruhannya dijadikan pertaruhan.

SIFIRNYA MUDAH. PADA PERMULAAN SIAPNYA TEMPAT LETAK KERETA INI NANTI NAMA ADUN DAP INI AKAN HARUM MEKAR DISEBUT-SEBUT OLEH PENDUDUK. DAN KEMUDIANNYA PABILA BERLAKUNYA BANJIR NANTI ATAUPUN BERLAKUNYA KEMALANGAN YANG AKAN DISALAHKAN ADALAH KERAJAAN BN SARAWAK.

@ Sent From Samsung Note III
Wechat : sarawakguerreiro


            

Ahad, 25 Oktober 2015

LAN BERAMBEH NEWS : 22 JULAI CUTI UMUM UNTUK NEGERI SARAWAK ???


22 Julai setiap tahun dijangka akan di-isytiharkan sebagai Cuti Umum untuk negeri Sarawak.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem memberitahu keputusan rasmi akan di-umumkan sebelum hujung tahun ini setelah perbincangan lanjut mengenainya diadakan.

Beliau menyatakan demikian semasa sesi jawab Program Lan Berambeh Anak Sarawak di Kuala Lumpur hari ini.

Katanya pada tarikh tersebutlah British menyerahkan kuasanya kepada Sarawak. Oleh itu ia perlu di-ingati sebagai sejarah penting negeri ini.

Pada masa ia akan mengurangkan kekeliruan rakyat negara ini mengenai tarikh kemederkaan Sarawak.

Selain itu menurut Datuk Patinggi Adenan kemerdekaan negara bukan hanya diperjuangkan oleh satu-satu pihak sahaja malah negeri-negeri lain khasnya pejuang Sarawak turut sama memainkan peranan mereka.

C & P Facebook Info Sarawak

@ Sent From Samsung Note III
Wechat : sarawakguerreiro
            

Sabtu, 24 Oktober 2015

BAJET 2016 : BERUK MATYEH BERMAHARAJALELA DI PARLIMEN


Ternyata, puak-puak penyokong BERUK MATYEH LAPAR PISANG naik angin apabila Hadi Awang, Nik Abduh dan Nasaruddin Tantawi tidak bangun sambil memegang plakad mengejek-ngejek dengan slogan 'MANA PERGI RM2.6 BILION' bersama-sama Ahli-Ahli Parlimen DAP, PKR dan PAN.

Golongan BERUK MATYEH LAPAR PISANG segera membuat asumsi yang Hadi Awang dan bloknya telah menghalalkan RM2.6 bilion yang kata mereka 'itu adalah wang rakyat'.

Nak tahu lebih lanjut perangai Beruk Matyeh [Klik Sini]

PEMBANGKANG NAMPAKNYA SUDAH KEHABISAN MODAL. MEREKA DENGAN SENGAJA MEMBUATKAN DIRI MEREKA DILIHAT OLEH RAKYAT MALAYSIA SECARA "MURAHAN". 

PARLIMEN BUKANLAH TEMPAT UNTUK AHLI PARLIMEN TERKINJA-KINJA SEAKAN BERUK MERONTA-RONTA KELAPARAN PISANG. BAGAIMANA KITA HENDAK MENTRANSFORMASIKAN POLITIK MALAYSIA SEKIRANYA OTAK PEMBANGKANG SEBEGINI PERANGAI DAN PEMIKIRAN MEREKA.

@ Sent From Samsung Note III
Wechat : sarawakguerreiro
            

Rabu, 21 Oktober 2015

DUN BEKENU : YANG PALING UTAMA KEBAJIKAN RAKYAT


Satu lagi projek pembangunan luar bandar telah dirasmikan oleh CM Adenan Satem pagi tadi di Rural Transformation Centre (RTC) Bekenu, Miri. Projek tersebut adalah pembinaan Jambatan Sungai Sibuti yang dianggarkan menelan kos sebanyak RM 26 Juta.




Jambatan sepanjang 70 meter akan menjadi pemangkin utama pertumbuhan dan pembangunan ekonomi dan sosial di daerah Bekenu. Bila siapnya jambatan ini nanti ianya akan memberi manfaat secara langsung kepada penduduk Kampung Rambai, Pasar Bekenu dan kawasan sekitarnya.



Di dalam ucapan perasmian, CM Adenan berjanji pada penggal akan datang beliau akan memohon lagi peruntukan tambahan sebanyak RM 500 juta dari kerajaan pusat bagi meneruskan pembangunan luar bandar. Beliau turut mengulangi UMNO tidak akan bertapak di bumi Saraw kerana Sarawak sudah ada PBB yang lebih tahu keadaan dan sentimen rakyat di negeri Sarawak. Dalam masa yang sama beliau mengajak rakyat Sarawak menolak parti dari Semenanjung seperti DAP dan PKR.

CM ADENAN SEKALI LAGI MENUNAIKAN JANJI BELIAU SEBELUM INI IAITU MENGUTAMAKAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR. 

SEDIKIT PERBEZAAN PENDAPAT JANGAN DIJADIKAN ALASAN UNTUK MENAFIKAN HAK RAKYAT DI BEKENU UNTUK MERASAI USAHA CM ADENAN SATEM YANG INGIN MELIHAT KAWASAN LUAR BANDAR MEMBANGUN SEIRING DENGAN KAWASAN BANDAR.

CM ADENAN SELAKU PENGERUSI BARISAN NASIONAL SARAWAK HENDAKLAH DIBERI KEPERCAYAAN PENUH UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN AGAR "KELUARGA" BN TETAP HARMONI DAN NASIB RAKYAT DI LUAR BANDAR TERUS TERBELA.

KALAU FAHAM, FAHAM. TAK FAHAM, SUDAH.

@ Sent From Samsung Note III
Wechat : sarawakguerreiro
            

Selasa, 20 Oktober 2015

KHAS BUAT DAP : PROJEK INI SEBAHAGIAN PERUNTUKAN TAMBAHAN RM 500 JUTA YANG DIBANTAH OLEH KAMU



Masih ingatkah anda, pada tanggal 24 April 2015, DAP telah membantah pemohonan peruntukan tambahan RM500 juta yang dibentangkan Menteri Kewangan Dato Sri Wong Soon Koh semasa membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan (2015) 2015 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Nah, inilah satu hasil daripada peruntukan tambahan yang ditentang oleh DAP. Pembinaaan Jambatan Sungai Limbang yang mana bila siapnya jambatan ini nanti penduduk Limbang akan dapat menjimatkan tempoh masa perjalanan mereka disebabkan Jambatan Sungai Limbang ini boleh menghubungkan banyak kawasan di Limbang.




DAP NAK KATA APA, KATAKANLAH. MEMANG TUGAS PEMBANGKANG UNTUK MEMBANGKANG APA SAHAJA USAHA YANG DILAKUKAN OLEH KERAJAAN. YANG MEMBEZAKAN PEMBANGKANG DI MALAYSIA DAN TEMPAT LAIN, PEMBANGKANG DI MALAYSIA AKAN MEMBANGKANG APA SAHAJA USAHA KERAJAAN WALAUPUN USAHA TERSEBUT ADALAH UNTUK KEBAIKAN RAKYAT SARAWAK. 

YANG PASTI CM ADENAN TELAH MENUNAIKAN JANJI BELIAU UNTUK FOKUS KEPADA RAKYAT DI LUAR BANDAR. #KIPIDAP CM ADENAN.


@ Sent From Samsung Note III
Wechat : sarawakguerreiro


            

Ahad, 27 September 2015

GAYA PEMERINTAHAN ANAK SARAWAK SEJATI


Kekurangan Sarawak pada hari ini adalah parti pembangkang dan gabungan pembangkang yang berasal dari negeri ini sendiri.

Pembangkang yang kita ada hari ini adalah parti dari Malaya. Dengan seruan-seruan untuk autonomi yang lebih besar, penurunan kuasa kepada negeri, pemenuhan Perjanjian Malaysia 1963 dan Sarawak untuk orang Sarawak (S4S). Dengan mengambil kira hal-hal ini, DAP, PKR dan PAS – kesemuanya parti dari Malaya – akan mendapati mereka semakin terpinggir daripada sentimen umum warga Sarawak.

Sementara itu Ketua Menteri Adenan Satem akan terus memberi penekanan dengan kenyataannya seperti “kami mahu autonomi penuh dikembalikan”, “pencuri balak perlu dibanteras”, “kawasan hutan kekal perlu diperbanyakkan” dan “Putrajaya mengambil pendekatan yang salah dan kami lebih tahu situasi tempatan dan bagaimana untuk mentadbir negeri”.

Suka atau tidak, kenyataan-kenyataan ini selari dengan sentimen warga Sarawak kerana hanya Adenan yang berani bercakap tentangnya. Dan tanpa perlu menjadi populis.

Adenan bukannya menjadi populis. Beliau hanya berkata bahawa Sarawak satu ketika dahulu memiliki segalanya, namun telah dirompak selepas diperdaya bahawa Malaysia akan menjadikannya lebih makmur.

“Sebelum 16 September 1963 kita memiliki status autonomi penuh,” beliau dilaporkan berkata. Hari ini beliau memimpin perjuangan untuk mengambil semula apa yang menjadi kepunyaan negeri.

Inilah apa yang akan dilakukan anak Sarawak sejati. Memang kerajaannya adalah kerajaan Barisan Nasional. Tetapi ini kerana beliau tidak mahu menjadi kerajaan pembangkang.

Parti Bersatu Sabah (PBS) di bawah pimpinan Joseph Pairin Kitingan pernah menjadi kerajaan pembangkang. Lihatlah apa yang terjadi kepadanya dan negeri itu.

Sarawak boleh mengawal hal-ehwalnya sendiri, namun ia tidak akan dapat mengawal Parlimen. Dengan menjadi sebahagian daripada BN, Sarawak bukan sahaja dapat ditadbir secara sepatutnya, ia juga dapat memberikan tekanan kepada Putrajaya.

Putrajaya memiliki tanggungjawab memberikan dana kepada Sarawak. Ia juga bertanggungjawab untuk membantu membangunkan negeri. Itulah tugas kerajaan pusat.

Kerajaan Adenan memiliki pegangan dalam kerajaan pusat melalui keahlian BN-nya. Ia memudahkan komunikasi dan persefahaman antara Sarawak dan Putrajaya.

Permainan Adenan adalah permainan untuk orang Sarawak dari orang Sarawak, dan dengan gaya Sarawak.

Bukankah beliau telah mengatakannya? “Kita lebih tahu tentang situasi tempatan dan bagaimana untuk mentadbir negeri dengan lebih baik.”

Saya ingin melihat pengusiran MP DAP Petaling Jaya Utara Tony Pua daripada negeri sebagai sebahagian daripada keseluruhan perjuangan Adenan bagi Sarawak untuk orang Sarawak.

Mesej Adenan nampaknya adalah orang Sarawak perlu mempunyai keyakinan untuk melaksanakan perjuangannya sendiri. Orang Sarawak tidak boleh bergantung kepada pihak Malaya untuk kekuatan fizikal dan moral.

Ketika era Darurat, warga Sarawak telah berjuang menentang komunis di Malaya. Ada yang terkorban. Orang Malaya tidak akan dapat menyekat komunisme dengan sendiri, tanpa renjer dan pengesan dari Sarawak.

Manakala askar Malaya yang berhadapan serangan Indonesia di Tebedu ketika penghujung konfrontasi Malaysia-Indonesia hanya meninggalkan ingatan-ingatan melucukan. Menurut cerita orang tempatan, mereka menembak ke atas pokok! Ada yang berlawak bahawa mungkin askar-askar ini merasakan orang Indonesia juga tinggal di atas pokok!

Secara ringkasnya, warga Sarawak sentiasa mampu berdikari, ketika zaman perang dan juga aman. Mengapa pada masa ini pihak Malaya seperti Pua dianggap seperti wira pula?

DAP Sarawak tidak akan mendapat simpati daripada warga negeri ini dengan terlalu bergantung kepada rakan mereka di Malaya.

DAP Sarawak perlu berjuang seperti orang Sarawak dan untuk orang Sarawak. Bukan untuk Malaya.

Apa yang negeri ini perlukan adalah parti atau gabungan pembangkang Sarawak yang sebenar, yang lahir dan bertapak di negeri ini.

DAP Sarawak boleh menjadi parti itu jika ia adalah Parti Tindakan Demokratik Sarawak, dan bukannya Parti Tindakan Demokratik Malaya cawangan Sarawak. - The Ant Daily

@ Sent From Samsung Note II
Wechat : sarawakguerreiro
BBM Pin : 567E95DF
            

Khamis, 24 September 2015

PESAING AYAHANDA RANI KULUP #KIPIDAP TELAH DIKENALPASTI


"Saya telah membuat sekurang-kurangnya 17 laporan polis termasuklah tuduhan yang kononnya saya mahu meludah Tun Mahathir. Satu lagi laporan adalah berkenaan tentang saya kononnya menerima RM3 juta untuk menganjurkan himpunan 16 September. Terdapat juga dakwaan kononnya saya tidak benarkan orang Cina masuk restoran saya selain tuduhan kononnya saya adalah seorang pengedar dadah." 

SUMBER

@ Sent From Samsung Note II
Wechat : sarawakguerreiro
BBM Pin : 567E95DF
            

Isnin, 21 September 2015

SARAWAKIANS YANG BUDIMAN, BANTULAH ADIK KECIL KITA INI


Petikan berita di bawah adalah dari sumber Facebook. Semoga hartawan dan dermawan terutamanya dari Sarawak dapat membantu adik kecil ini. 

Salam saudara. Dengan rasa rendah diri, saya ingin kita bersama-sama membantu seorang saudara kita yang bernama Jennifer Serani Anak Angak yang tengah menjaga anaknya yang bernama Joanna Jelynie Bajik (berumur 2 bulan) di Institut Jantung Negara (IJN). Jumlah kos untuk mengubati anaknya adalah RM95,000.00 dan sekarang ini mereka telah membayar RM1,000.00 (deposit dan telah dibayar pd 3/9/15) untuk pembedahan anaknya atas sebab tidak mempunyai pendapatan tetap. Bg sesiapa yang terbuka hati untuk membantu mereka, boleh bank in duit ke akaun Jennifer Serani Anak Angak...164780134775 (MAYBANK). Dan bagi sesiapa nak datang melawat mereka, bolehlah pergi ke Blok 5B, Tingkat 5, Katil B564. Ingin maklumat lanjut, boleh contact Pn Jennifer dengan no 0145780087







INILAH MASANYA KITA RAKYAT SARAWAK YANG TERKENAL DENGAN TOLERANSI DAN SEMANGAT PERPADUAN MEMBANTU ADIK KECIL INI. SEMOGA DENGAN PERTOLONGAN YANG DIBERIKAN DAPAT MEMBERI SINAR BARU KEPADA ADIK KECIL INI.

@ Sent From Samsung Note II
Wechat : sarawakguerreiro
BBM Pin : 567E95DF
            

SIAPA KATA ANAK MUDA TIDAK SOKONG NAJIB RAZAK !!!


Kumpulan Pro Aspirasi iaitu kumpulan mahasiswa pro kerajaan telah mendominasi pilihan raya di tujuh universiti awam pada pemilihan perwakilan pelajar sesi 2015/2016 membuktikan pilihan politik generasi baharu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kemenangan mahasiswa pro kerajaan dalam bilangan yang banyak itu merupakan pertama kali dalam sejarah pilihan raya kampus sekali gus menjelaskan betapa generasi Y memahami perjuangan kerajaan Barisan Nasional selama ini.

“Siapa kata kita tidak laku dengan kalangan Gen Y? Mereka boleh sokong, dengan syarat kita dapat memaparkan perjuangan kita kepada mereka.

“Beri mereka faham apa sebenarnya dasar kita, matlamat perjuangan kita dan cara kita,” katanya yang dipetik daripada Mstar Online, ketika berucap merasmikan bangunan baru UMNO Bahagian Muar di Jalan Meriam di Muar.

Kumpulan Pro Aspirasi menang di Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

UKM, UM dan UIAM mencatat sejarah apabila dimonopoli mahasiswa pro pembangkang selama ini.

“Kalau mereka (generasi baharu) faham, mereka boleh terima yang masa depan mereka sebenarnya adalah kemenangan kita. Wujudnya mereka di universiti juga kerana kita,” kata Najib. - FMT

@ Sent From Samsung Note II
Wechat : sarawakguerreiro
BBM Pin : 567E95DF
            

Jumaat, 11 September 2015

PRN NEWS : POLITIK KOTOR MULA DIMAINKAN DI SARAWAK


Orang Sarawak tidak akan melakukan sesuatu yang diluar batasan dan kurang ajar.

Petang tadi sewaktu melintas jalan menuju ke Petrajaya, telah dikesan satu banner di gantung di Jejantas Petrajaya yang amat-amat kurang ajar. Dirasakan orang yang melakukan perkara ini merupakan golongan yang terlalu ekstrim dan terdesak menarik perhatian.


Dikhabarkan melalui whatapp group banner ini telahpun diturunkan oleh pihak DBKU.


LAIN KALI KALAU NAK GANTUNG TU, CARI LAH TEMPAT YANG ORANG TAK BOLEH TURUNKAN. BUAT RUGI DUIT JE PRINT BANNER MENGARUT MACAM TU. KESIAN

@ Sent From Samsung Note II
Wechat : sarawakguerreiro
BBM Pin : 567E95DF
            

Khamis, 10 September 2015

TAK PILIH BULU NEWS : GENG BAJU MERAH PUN TAK DIBENARKAN BERHIMPUN


Polis menasihatkan supaya penganjur Himpunan Rakyat Bersatu atau Baju Merah yang dirancang pada 16 September ini memilih lokasi perhimpunan yang sesuai dan tidak mengadakannya di ibu negara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pemilihan tempat yang sewajarnya bagi mengadakan perhimpunan yang dirancang itu bertujuan untuk menjaga keselamatan dan kesejahteraan orang awam.
“Kami telah memutuskan untuk tidak membenarkan mereka berkumpul di bandar Kuala Lumpur. Kami meminta pihak penganjur untuk memikirkan tempat yang lebih sesuai. Hak untuk berhimpun dan meluahkan perasaan diperuntukkan di bawah Perlembagaan dan pihak polis menghormati hak mereka itu.
“Bagaimanapun, pihak polis perlu juga memikirkan keselamatan, ketenteraman dan kesejahteraan rakyat di Kuala Lumpur … ia akan mengganggu banyak pihak termasuk peniaga, pelawat dan pemandu teksi,” katanya pada sidang media selepas majlis penyampaian Anugerah Jasa Pahlawan Negara, lapor New Straits Times.

Khalid berkata, apa yang berlaku pada perhimpunan Bersih 4.0 pada 29 dan 30 Ogos yang lalu perlu dijadikan pengajaran.

Himpunan Rakyat Bersatu dirancang diadakan di Bukit Bintang dan Jalan Petaling, Kuala Lumpur.

Perhimpunan itu diadakan sebagai reaksi dan bantahan terhadap perhimpunan Bersih 4.0 lalu yang dikatakan telah menjejaskan kawasan perniagaan Melayu di ibu negara.

Penganjur Himpunan Rakyat Bersatu akan mengadakan sidang media hari ini (Khamis) untuk memaklumkan perkembangan terkini berkenaan perhimpunan itu yang mendapat liputan meluas media. (FMT)
            

Jumaat, 4 September 2015

WAJIB BACA : KHAS BUAT IBU BAPA YANG ANAKNYA BELAJAR DI SARAWAK


Tadi, semasa lunch hour, sempat berjumpa dengan seseorang yang berkaitan dengan kerja. Dia kata anak dia nanti sambung belajar di Sarawak.

"Pakcik takut dengar cerita bukan-bukan di sana," katanya.

Dengan pantas saya mencantas perbualan pakcik itu. 

Bagi pendapat saya sendiri, tidak semestinya kita mendengar apa yang tak elok tentang sesuatu perkara, semua benda dianggap tidak elok. 

Semasa awal-awal belajar di Sarawak dulu, saya ingat lagi gambaran awal sebelum tiba di Sarawak. Benda yang sangat stereotype (tak perlu sebut pun tak apa). Tetapi akhirnya, saya sendiri yang menjadi individu antara yang paling sukar untuk meninggalkan negeri Sarawak. 

Pergaulan orang yang berlainan agama sangat bertoleransi. Saya ingat lagi bila dapat roomate berbangsa Iban, Frankie. Dia yang kejutkan saya untuk subuh. Malu kan? Dia juga yang belajar puasa macam mana. 

Seorang lagi kawan berbangsa Kayan, Roy, juga pernah menyuruh kami berhenti bermain gitar apabila sudah masuk waktu Maghrib. Dah dua kali malu okay? Tetapi, kadang-kadang kita buat salah di tempat orang, mengaku yang itu salah kita. Tidak salah untuk mengaku kesilapan kita kerana kita hanyalah manusia biasa dan selalu buat silap. 

Alhamdulillah, sehingga kini kami masih berkawan lagi walaupun berbeza umur. 

Komuniti orang Sarawak sangat utuh. Kawan-kawan semuanya friendly. Boleh dikatakan jika berjalan di Kuching, terserempak dengan kawan, mereka akan membuatkan kita rasa selesa bila berada di sana. Keluarga orang Sarawak juga sangat terbuka menerima kehadiran orang asing. Datang saja ke rumah mereka, dihidang dengan makanan seperti makan di kenduri kahwin. 

Itu yang membuatkan saya lemah dan menjadi gemuk. Hahaha!

Selain itu, paling susah semasa awal-awal berada di Kuching, masalah komunikasi. Bayangkan, dapat roomate semua orang Sarawak. Saya sendiri tidak memahami perbualan mereka. Namun, setelah dua tahun di Sarawak, sehingga kini saya masih lagi fasih berbahasa Sarawak.

Kalau tentang makanan, kalau tak tahu swee kang, RJ Ayam Penyet, baik ketuk saja kepala. Cuba makan Umai Ikan, ianya antara makanan yang paling sedap yang saya pernah rasa di Sarawak. 

"Tetapi pakcik takut nanti anak pakcik bawa orang jauh buat menantu," katanya.

Jangan risau pakcik, saya sendiri sangkut dengan orang Miri. Sehingga sekarang saya masih lagi sangkut, tak boleh lepas. Diulangi, tak boleh lepas. 

Pokok pangkalnya ialah, kita jangan terlalu stereotype. Kita terlalu melihat pada luaran berbanding melihat secara mendalam. 

Semasa belajar di Sarawak, bukan saja belajar untuk mendapatkan diploma, tetapi saya juga belajar tentang pengalaman hidup. Berkawan, bersosial, menangis, ketawa, memori semua itu yang akan membentuk kita nanti. Kita tidak tahu bila perkara-perkara itu akan membentuk kita. Tetapi bagi saya, selepas habis belajar di Sarawak, saya dibentuk sedikit dengan pengalaman semasa berada di sana. 

Itulah penerangan saya kepada pakcik dengan panjang lebar. Disebabkan perbualan pakcik itu disailang oleh saya dengan hujahan yang panjang lebar, pakcik itu mengangguk sahaja. 

Minta maaf ye pakcik. - Khairul Asyraf

Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM

@ Sent From Samsung Note II
Wechat : sarawakguerreiro
BBM Pin : 567E95DF
            

Khamis, 3 September 2015

TREND TERKINI : MUKA CANTIK LESEN UNTUK HENTAM PM NAJIB


Penyanyi Soo Wincci sanggup menerima padah termasuklah disenaraihitamkan oleh mana-mana pihak berikutan tindakannya mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan.


Desakan itu dibuat menerusi rakaman videonya yang dimuat turun di laman rasmi Facebook miliknya pada 30 Ogos lalu.

Wincci, 29, berkata, sebagai selebriti dia berani bertindak sedemikian kerana mahu menjadi wakil buat rakyat yang menentang pentadbiran perdana menteri dan bersedia sekiranya dilucut taraf kerakyatan.

”Sebelum memuat turun video berkenaan, saya sudah bersiap sedia dengan segala risiko yang bakal diterima.

"Andai kata nama saya disekat di mana-mana saluran media, saya akur dengan perkara itu," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada petang Selasa.

Wincci kini sedang berada di Taiwan atas urusan kerja.

Pada 30 Ogos lalu, Wincci telah memuat naik klip video perhimpunan Bersih 4.0 yang berlangsung pada Sabtu lalu serta luahan rasanya yang terharu melihat sebahagian masyarakat yang turun padang menyertai perhimpunan berkenaan.

Pada masa sama, dia turut mendesak Najib meletak jawatan segera memandangkan sudah lama perdana menteri itu mentadbir negara selain begitu selesa dengan kedudukannya sekarang.

Wincci turut memuat naik video lagu baharunya berjudul This Is The Time yang akan dilancarkan di Amerika Syarikat pada penghujung tahun ini.

Video tersebut menunjukkan visual-visual perhimpunan Bersih 4.0.

Sementara itu, Wincci berkata, dia tiada niat untuk melukakan hati mana-mana pihak, namun apa yang dilakukannya hak sebagai seorang rakyat.

"Andai kata perjalanan kerjaya saya menjadi sukar di negara sendiri, tidak mengapa. Saya akan terus berusaha dalam cara saya yang tersendiri.

”Apa yang dibuat bukan untuk kesenangan saya, tetapi demi generasi kita pada masa akan datang," tegasnya.

@ Sent From Samsung Note II
Wechat : sarawakguerreiro
BBM Pin : 567E95DF
            

TERHARU NEWS : SULTAN BRUNEI PAMERKAN SIKAP TERPUJI SEORANG PEMIMPIN


Peribadi Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah yang amat merendah diri dan berjiwa rakyat dapat dilihat menerusi satu kejadian di Lapangan Terbang Pulau Pinang. Joery Hairi menceritakan kejadian itu dan turut memuatnaik beberapa keping gambar.



Sebaik baik pemimpin adalah pemimpin yang sentiasa menghargai orang bawahan..

Kagum dan respect bila melihat Sultan Hassanal Bolkiah turun dari kenderaannya terus meluru kepada anggota polis yang escotnya untuk bersalam tanda terima kasih sewaktu d Lapangan Terbang Pulau Pinang biarpun pada waktu itu ramai orang kenamaan menanti untuk bersalam dan mengucap selamat jalan pada tuankuinilah pemimpin Islam yang harus dicontohisemoga Allah panjangkan umur Sultan Hassanal Bolkiah. Tulis Joery.

Tindakan Sultan Brunei itu pasti menjadi kenangan manis buat para anggota Polis tersebut. Walaupun sudah biasa memberi Escort VIP, namun sudah tentu mereka tidak pernah mengalami pengalaman seperti itu yang datangnya dari seseorang yang berstatus Sultan.





Tindakan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah bersalam dengan anggota Polis Traffik Malaysia sebelum menaiki pesawat membuatkan ramai orang terkejut dan berasa kagum. KREDIT TENGOKTVONLINE.

@ Sent From Samsung Note II
Wechat : sarawakguerreiro
BBM Pin : 567E95DF