Menjadikan Pulau Pinang sebagai syurga untuk kelompok berada yang mampu meninggikan taraf pemimpin-pemimpin dan kerajan negeri merupakan satu cita-cita. Menghalau dan menghapuskan kelompok yang membolehkan Pulau Pinang dilihat sebagai sebuah tempat miskin yang tidak tersusun dan lintang pukang dengan perumahan daif, bukanlah sesuatu yang menyenangkan mata.
Itulah yang dilakukan oleh DAP dan Lim Guan Eng.
Satu lagi perkampungan Melayu di Batu Feringgi menjadi mangsa apabila tindakan menerusi tuan tanah perkampungan tersebut memilih untuk menghalau penduduk yang telah mendiami kawasan berkenaan.
Agak aneh memandangkan sebelum DAP memerintah Pulau Pinang semenjak 7 tahun lalu, amalan menghalau penduduk di atas tanah-tanah yang telah dimiliki secara warisan atau baru dimiliki menerusi pertukaran status menerusi prosedur undang-undang, tidak berlaku sekalipun parti yang memerintah Pulau Pinang adalah parti berteraskan kaum Cina iaitu GERAKAN.
Walaupun ada perpindahan dibuat, tetapi kebanyakan penduduk bukan sahaja diberikan pampasan bahkan juga turut ditempatkan di rumah-rumah pangsa.
Difahamkan Kampung Mutiara, Batu Feringgi, Pulau Pinang akan menjadi satu lagi legasi kezaliman DAP ke atas kelompok selain penyokong mereka. Bermula dengan retorik Lim Guan Eng kononnya, pentadbirannya sangat berjaya, lebihan pendapatan negeri melonjak tinggi, terhapus sudah kemiskinan tegar dan akhir sekali, dengan penuh bangga mengumumkan tiada lagi kemiskinan tegar di Pulau Pinang, perobohan dan penghapusan apa yang disifatkannya sebagai mengganggu dan mencacatkan kemewahan di Pulau Pinang dimulakan dengan jayanya.
Kampung Mutiara adalah salah satu mangsanya daripada sekian banyak perkampungan Melayu yang telah dirobohkan dan dihapuskan. Dalam insiden terbaharu ini, sebanyak 42 buah rumah - 40 buah rumah Melayu dan 2 buah rumah India - yang mengandungi 96 keluarga yang terdiri daripada 350 orang terlibat.
Dato' Jahara, orang yang digelarkan oleh Lim Guan Eng sebagai 'NENEK RASIS' tetapi kemudian berkata, dia menarik balik gelaran yang telah diberikannya apabila kalah di mahkamah, telah berusaha menawarkan kepada pemilik tanah tersebut untuk membeli tanah yang menempatkan Kampung Mutiara. Bagaimanapun, setelah puas dipujuk, tuan tanah enggan menjual tanah itu kepada Dato' Jahara.
Sekaligus mengingatkan kita bagaimana Lim Guan Eng melakukan pelbagai tipu daya dalam isu Taman Manggis di Jalan Burmah yang tanahnya telah dijual kepada pihak swasta sekaligus mengenepikan projek perumahan rakyat yang telah dirancang oleh Kerajaan Negeri GERAKAN Pulau Pinang sebelum itu.
Dalam isu Kampung Mutiara, UMNO Bukit Bendera melalui peguam mereka telah menfailkan agar perintah mahkamah yang lalu, dibatalkan. Pendengaran kes tersebut akan didengar pada 6 Januari 2016 di Putrajaya.
Sedangkan pada masa yang sama, pemilik tanah tersebut sedang berusaha membersihkan tanahnya daripada rumah-rumah orang Melayu.
Siapakah pemilik tanah berkenaan? Semenjak bilakah dia memperolehi tanah itu?
Menariknya, Lim Guan Eng dikhabarkan telah menghantar seorang budak Cina yang mengaku dia Melayu iaitu Zairil Khir Johari yang merupakan pengundi di DUN Pulau Tikus dan Parlimen Bukit Bendera untuk memujuk Melayu-Melayu Kampung Mutiara yang akan dihalau sehelai sepinggang.
Copy Paste dari blog THE DEVOURED SAVIOUR
Wechat : sarawakguerreiro
0 ulasan:
Catat Ulasan