Selasa, 31 Mac 2015

LEBUHRAYA PAN BORNEO : SATU LAGI 'JANJI DITEPATI' BARISAN NASIONAL



Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak sepanjang 1,076 kilometer (km) menghubungkan Tanjung Datu, Lundu sehingga Merapoh, Lawas. Lebuh raya menelan kos RM15 bilion itu akan dibina dalam tiga fasa iaitu fasa pertama melibatkan laluan Nyabau-Bakun sejauh 43 km bermula Mac ini dan dijangka siap pada akhir 2017. Fasa kedua Tanjung Datu-Sematan-Miri sejauh 780 km termasuk jalan baharu Tanjung Datu-Sematan, 40 km (bermula pertengahan 2016 hingga pertengahan 2023) manakala fasa ketiga pula dari Tedungan Merapok-Sindumin, Limbang-Lawas sejauh 96 km (pertengahan 2018 hingga pertengahan 2023).





Ketua menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem juga menyentuh mengenai pelaksanaan projek lebuh raya Pan Borneo yang merupakan janji yang lama dinanti-nantikan rakyat Sarawak. 

"Ia akan menjadi projek kejuruteraaan terbesar pernah dilaksanakan di Sarawak," katanya.

Adenan berkata sebaik sahaja projek itu siap, ia akan membuka lebih banyak peluang ekonomi untuk Sarawak dan Sabah.

"Kami menjangkakan menjadi sama, daripada segi pembangunan, dengan semenanjung, dalam tahun-tahun akan datang," katanya sambil menambah bahawa Sarawak kini berada di landasan untuk menjadi negeri perindustrian.

Beliau berharap kontraktor Sarawak yang dilantik melaksanakan projek lebuh raya untuk menyahutnya sebagai satu cabaran dan menunjukkan kualiti kerja yang setanding dengan rakan mereka di semenanjung.

SEMOGA DENGAN TERBINANYA LEBUHRAYA PAN BORNEO INI, RAKYAT DI NEGERI SARAWAK DAPAT MENGECAPI PEMBANGUNAN YANG LEBIH PANTAS DAN LONJAKAN EKONOMI SELARI DENGAN APA YANG RAKYAT SARAWAK INGINKAN. SOKONGAN KEPADA YAB KETUA MENTERI SARAWAK DAN BARISAN NASIONAL HENDAKLAH DITERUSKAN DEMI KEMAJUAN YANG BERTERUSAN DI NEGERI SARAWAK.

YANG PALING PENTING, LEBUHRAYA PAN BORNEO INI TIADA TOL

@ Sent From HTC Butterfly
            

Isnin, 30 Mac 2015

GST : SIAPA YANG UNTUNG SEBENARNYA ???


Seramai 5,000 sukarelawan sahabat Majlis Belia Malaysia (MBM) akan melakukan pemantauan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bermula Rabu ini di seluruh negara.

Presiden MBM, Mu'amar Ghadafi Jamal Jamaludin berkata, pemantauan tersebut akan dilaksanakan bersama pegawai penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). 

Sukarelawan itu akan juga memberi maklumat kepada orang ramai mengenai GST, katanya ketika sidang media mesyuarat Dewan Tertinggi MBM di sini, semalam. 

Mu'amar berkata, ia juga bagi membolehkan pengguna peka dan membuat aduan sekiranya terdapat mana-mana kedai yang menaikkan harga barang yang tidak termasuk dalam senarai persijilan GST. 

MBM akan menyerahkan maklumat dan aduan yang diterima kepada pihak berkuasa.


JADI TIDAK PERLULAH RASANYA PENGGUNA MERASA TAKUT DENGAN GST SEHINGA MEMBORONG BARANGAN KEPERLUAN HARIAN. PERKARA INI SEBENARNYA MENGUNTUNGKAN PENIAGA KERANA BOLEH CLAIM SST DENGAN KERAJAAN. YANG RUGINYA KERAJAAN KERANA MEMBAYAR BALIK SST UNTUK STOK BULAN INI.




KEPANIKAN RAKYAT TERHADAP GST, MEMBERI PELUANG KEPADA PENIAGA HAPRAK MENGAMBIL KESEMPATAN DENGAN MENAIKKAN HARGA BARANGAN. FIKIRKANLAH BERAPA KALI GANDA PENIAGA HAPRAK INI UNTUNG. DAHLAH MEREKA CEKIK PENGGUNA, LEPASTU MEREKA CEKIK KERAJAAN MELALUI CLAIM SST.

PERCAYALAH, KERAJAAN MEMPERKENALKAN GST ADALAH BAGI MENINGKATKAN PENDAPATAN NEGARA DAN SETERUSNYA MEMBOLEHKAN KERAJAAN MEMBAYAR GAJI YANG LEBIH TINGGI SERTA MEMPERLUASKAN PELUANG-PELUANG PEKERJAAN. SUDAH PASTI INI SEMUA UNTUK MENSEJAHTERAKAN RAKYAT.

SEKIRANYA GST LEBIH MEMBURUKKAN SITUASI NEGARA , KITA PUNYA PILIHAN UNTUK MENUKAR KERAJAAN. KITA BAGI PELUANG KEPADA ANWAR IBRAHIM & THE GENG MEMERINTAH MALAYSIA. 

OPSSS...BUKANNYA ANWAR IBRAHIM PUN AKAN BUAT GST KE KALAU MEMERINTAH MALAYSIA.

@ Sent From SAMSUNG NOTE 4
            

Ahad, 29 Mac 2015

BENAR KATA CM ADENAN SATEM : Ada mata BUTAK ! Ada telinga BENGAL ! Ada mulut BISUK !


Ada mata BUTAK ! Ada telinga BENGAL ! Ada mulut BISUK !

Ayat di atas adalah ayat keramat YAB Ketua Menteri Sarawak. Beliau melemparkan kata-kata tersebut bukan hanya untuk saja-saja, tetapi ada kebenarannya.



Melihat sahaja Tanah Perkuburan Islam Samariang, kita sudah tahu itulah antara tanah perkuburan Islam utama rakyat di sekitar Kuching. Tapi apa yang menyedihkan TANDAS yang tidak disengara dengan baik menyebabkan orang yang hendak menggunakan tandas tersebut, terpadam niatnya.

Memang bukan kerja YB berkenaaan, ataupun parti tertentu untuk menyelenggarakan kebersihan dan keselesaan penggunaan tandas ini. Tapi sikap ambil tahu masalah rakyat perlu ada pada setiap pemimpin terutamanya pemimpin Islam. Rasanya ada rumah YB yang bertaraf Menteri Pusat dan Menteri Sarawak yang tinggal berdekatan dengan tanah perkuburan tersebut. Tak kan tak pernah hadir ke tanah perkuburan tersebut dan melihat kekurangan yang ada di situ.

Lagipun tidak rugi rasanya kalau YB Islam di kawasan berkenaan menyumbangkan kudrat untuk membina fasiliti yang lebih baik. Bila tiba masanya, keluarga mereka pun akan menggunakan fasiliti tersebut.

JANGAN SAMPAI PIHAK DAP PULAK YANG MEMBINA TANDAS INI MELALUI IMPIAN SARAWAK MEREKA. MALU WOIIIII.....

@ Sent From SAMSUNG NOTE 4

            

Jumaat, 27 Mac 2015

KISAH SEBENAR PELAJAR DI ISLAM KAN DI SMK LUTONG


"Paling penting, murid perempuan itu tidak pernah dipaksa memeluk Islam, dia masih beragama Kristian, dia secara sukarela datang berjumpa guru-guru berkenaan untuk menyatakan minatnya terhadap Islam sebelum bermulanya cuti persekolahan selama seminggu baru-baru ini,"


@ Sent From SAMSUNG NOTE 4
            

PETISYEN DITOLAK, ANWAR BEREHAT 5 TAHUN ???


Lembaga Pengampunan telah melupuskan (disposed) petisyen dari keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ia nampaknya bukan satu berita baik untuk ketua pembangkang itu.

Bagaimanapun, peguam Anwar N Surendran tidak mahu mendedahkan apa keputusan tersebut, sementara menunggu pengesahan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada hari Rabu.

Ketika ditemui, Peguam Kanan Persekutuan Amarjeet Singh memberitahu pemberita petisyen itu telah dtolak, dan dengan itu, kedudukan perlembagaan adalah jelas mengenai perkara itu.

Tambahnya, afidavit yang dibuat oleh Ketua Pengarah Bahagian Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri telah dihantar kepada pemohon.
Ketua pengarah adalah sebahagian daripada urus setia Lembaga Pengampunan, yang dipengerusikan oleh Yang di-Petuan Agong.

Dengan ini, permohonan Anwar untuk mendapatkan pengampunan mungkin akan ditolak dan dia perlu menjalani hukuman lima tahun penjara selepas disabitkan atas tuduhan liwat.
Ini juga bermakna bahawa kerusi Parlimen Permatang Pauh yang diwakilinya akan diisytiharkan kosong tidak lama lagi.


JIKA INI BERLAKU, MAKA KITA AKAN MENYAKSIKAN KETUM AKAN BEREHAT SELAMA 5 TAHUN DI PENJARA SG BULOH. DAN KITA TURUT AKAN MENYAKSIKAN KEKOSONGAN KERUSI PARLIMEN PERMATANG PAUH.

DIUCAPKAN SELAMAT BERISTIREHAT SAUDARA ANWAR DAN JUMPA ANDA KEMBALI 5 TAHUN AKAN DATANG. SEMOGA, SELEPAS MENJALANI PAKEJ PELANCONGAN INI, ANDA FOKUS PADA KELUARGA TERUTAMANYA CUCU ANDA YANG TELAH KETIADAAN BAPA.



@ Sent From SAMSUNG NOTE 4
            

TAK KAN MENTERI SORANG NI JE BOLEH PAKAI ???


Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim sememangnya diketahui ramai dengan sifat sangat ‘sempoi’ dan rendah diri.

Bukan sahaja memikul tanggungjawab sebagai menteri kabinet, malah dalam kesibukannya juga turut melakukan peranan seorang ibu dan isteri dalam menyediakan barangan keperluan rumah.


KALAU SEMUA MENTERI DI MALAYSIA NI MACAM DATUK SERI ROHANI ABDUL KARIM, SUDAH PASTI PEMBANGKANG CUMA ADA MODAL ISU PENTADBIRAN SAHAJA YANG DAPAT MEREKA MAINKAN. KAMI PENYOKONG KERAJAAN PUN SENANG KERJA.

INI MACAM NAK MAMPOS BACKUP MENTERI ATAU PEMIMPIN BN YANG PUNYA ISU PERIBADI. HAL KERETA LA, BINI LA, RAMBUT LA,  HARTA LA, SKANDAL LA. KURANG-KURANGLAH MENYERLAHKAN ISU PERIBADI MASING-MASING KALAU NAK LAMA JADI YANG BERHORMAT. JANGAN SUATU MASA NANTI ANDA DIPANGGIL YANG BODOH NAK MAMPOS, KECIK-KECIK TAK NAK MAMPOS, NAK TUA MENYUSAHKAN ORANG.

@ Sent From SAMSUNG NOTE 4
            

Khamis, 26 Mac 2015

CEKIK DARAH : SELAMAT TINGGAL ASTRO

Susulan artikel mengenai siaran analog RTM yang bakal membuatkan Astro berisiko bankrap, ramai rakyat Malaysia meluahkan rasa syukur dan juga mengucapkan tahniah kepada TS Syed Mokhtar Al Bukhary kerana mengambil inisiatif untuk memperkasakan RTM melalui MyTV.

Baca artikel sebelumnya disini ===>> RTM BAKAL TUMBANGKAN ASTRO

Tak kurang juga ramai yang ternanti-nanti bilakah siaran analog RTM tersebut bermula dan juga bagaimanakah bentuk dekoder MYTV serta harga yang dikenakan untuk melanggan siaran itu nanti.
Seperti yang dijelaskan sebelum ini, maklumat yang diberikan oleh pihak RTM menyatakan bahawa MyTV akan mula beroperasi seawal Jun 2015 yang akan bermula dari negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Manakala Dekoder untuk siaran analog HD yang dibekalkan oleh MyTV Broadcasting itu pula akan dijual dengan harga RM200 selain dari 2 Juta dekoder percuma yang akan diberikan percuma kepada penerima BR1M yang dikenalpasti sebagai miskin.

Difahamkan juga, diantara 80 saluran Definasi Tinggi secara percuma yang dibekalkan oleh RTM itu nanti akan merangkumi saluran bagi negeri-negeri secara individual sepertimana saluran radio negeri yang bersiaran selama ini.

Ini bermakna, setiap negeri akan mempunyai saluran khas mereka yang akan digunakan untuk menyampaikan berita-berita serta perkembangan tempatan.

Bagi mereka yang mempersoalkan mengenai kemampuan Syed Mokhtar Al Bukhary didalam pelaburan modal projek pendigitalan RTM ini, Billionair melayu tersebut telah melabur sebanyak RM2 billion melalui Puncak Semangat Sdn Bhd sebagai perbelanjaan modal dan juga rm2.5 billion lagi akan dilaburkan bagi permulaan perbelanjaan operasi.

Pelaburan modal itu meliputi pembangunan Hab Penyiaran Media Digital (DMBH), Pusat Pemulihan Bencana (DRC), pembinaan enam pusat panggilan serantau dan lapan pusat perhubungan pelanggan, menaik taraf dan memasang 60 pemancar di kawasan utama termasuk 32 di Semenanjung dan bakinya di Sabah dan Sarawak.

Pelaburan itu juga diperuntukkan bagi merapatkan jurang liputan di 30 kawasan kecil seluruh negara. Ia meliputi bantuan untuk mendapatkan perkhidmatan daripada penyedia rangkaian, transponder satelit , dekoder serta antena mudah alih (CPE).

Jadi, dengan adanya pilihan saluran TV percuma berkualiti oleh RTM/MyTV ini nanti, rakyat Malaysia tidak lagi perlu bergantung kepada Astro semata-mata untuk menikmati siaran berdefinasi tinggi. Malah rakyat Malaysia tidak lagi perlu terbeban dengan yuran bulanan yang mahal semata-mata untuk bersantai bersama keluarga.

Tahniah RTM! Terima Kasih TS Syed Mohktar Al Bukhary!! - Utaranews.com

@ Sent From SAMSUNG NOTE 4
            

#pecatIGP : HANYA PENJENAYAH DAN PENGGANAS YANG MAHU TAN SRI @KBAB51 DIPECAT


PDRM baharu sahaja menyambut ulang tahun ke 208 penubuhan pasukan polis tanggal 25 Mac 2015. Pada malamnya pula puak-puak jahanam ini membuat perhimpunan mendesak Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dipecat dari jawatannya.


Apa masalah puak ini dengan IGP?. IGP hanya menjalankan tugas beliau menguatkuasakan undang-undang Malaysia. Oh..mereka kata IGP hanya siasat puak mereka sahaja. Bangang ke apa, dah kerja korang menghasut dan bertindak ganas memang la pihak polis ambil tindakan. Dah sah-sah perlakuan korang ini menyalahi undang-undang Malaysia.







Korang pertikaikan lagi kenapa IGP pakai Twitter ambil tindakan. Bodoh lah korang ni. Dah kemudahan Twitter yang paling berkesan dan mudah untuk mengesan orang yang menghasut ni. Dan yang paling penting, TWITTER INI PERCUMA. Sekurang-kurangnya pihak PDRM tidak menghabiskan wang rakyat untuk membina sistem pemantauan yang harganya boleh mencecah jutaan ringgit.

Walau siapa pun IGP yang dilantik, sudah pasti tindakan dan perlakuan korang yang macam Kera Jumpa Pisang akan diambil tindakan. Kalau dibiarkan perlakuan korang ni, habis musnah negara Malaysia.

Sebenarnya isu disini adalah mereka TIDAK BEBAS melakukan hasutan kepada rakyat untuk menumbangkan Barisan Nasional. Ceramah mereka makin kurang penonton akibat KETUM mereka Honey Moon kat Sg Buloh. Jadi provokasi dan hasutan WAJIB dibuat untuk mengembalikan sokongan rakyat terhadap mereka. Bila PDRM ambil tindakan, mereka rasa tergugat dek kerana provokasi dan hasutan mereka tidak sampai kepada rakyat.


Nak tanya. Kalau IGP ni dipecat, tolong cadangkan siapa pulak korang nak lantik jadi IGP ye????

Lagi satu. Lojik akal orang yang tak suka polis ni terutamanya IGP ialah Penjenayah ataupun Pengganas. Korang ni Penjenayah atau Pengganas ke?

@ Sent From SAMSUNG NOTE 4
            

INI HARON DIN LAH !!!



Keputusan DAP memutuskan hubungan dengan Pre­siden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dianggap amat melampau sekali gus memberi isyarat hubungan pakatan pembangkang bakal berkecai.

Perkara itu disua­rakan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din yang turut menyelar tindakan DAP menggelarkan Abdul Hadi sebagai pengkhia­nat kerana ia tidak patut dikeluarkan oleh rakan sekutu parti sendiri sedangkan orang biasa pun tidak mengeluarkan perkataan seumpama itu.

Beliau turut mempersoalkan kewajaran DAP berbuat demikian seperti mahu mengajar Pas seolah-olah mengarahkan parti itu untuk menukarkan Presiden jika mahu terus kekal dalam pakatan pembangkang.


Sudah tibanya PAS menjatuhkan Talak terhadap DAP dan PKR. Cuba bayangkan kalau Anwar Ibrahim atau Lim Kit Siang dihina dan dijatuhkan martabatnya oleh salah seorang pucuk pimpinan PAS, adakah pemimpin-pemimpin mereka akan berdiam diri? 

PAS telah lama wujud berbanding DAP dan PKR. PAS punya pengalaman memerintah kerajaan negeri Kelantan lebih lama dari PKR memerintah Selangor dan DAP memerintah Pulau Pinang. Sepatutnya PAS yang mengajar DAP dan PKR bagaimana memerintah.

Jangan sampai maruah PAS dihinjak-hinjak ke paras yang terlalu hina pada pandangan rakyat Malaysia.

@ Sent From SAMSUNG NOTE 4


            

Isnin, 23 Mac 2015

OMG : KEMEWAHAN MAHLIGAI DATUK SERI ROHANI ABD KARIM



Apabila disebut menteri dari Sarawak, ramai yang beranggapan mereka adalah wakil rakyat kaya raya. Mungkin ada asasnya di situ kerana ramai pemimpin dari negeri bumi kenyalang tersebut memiliki kediaman yang besar-besar, kenderaan yang mewah-mewah.


Saya akui sering ditanya rakan-rakan mengenai ‘kemewahan’ Datuk Seri Rohani.

Saya hanya mampu tersenyum kerana saya tahu masalah persepsi ini bukan mudah untuk diperjelaskan dengan ayat dan kata-kata.

Pagi tadi saya berada di kediaman rasminya di Taman Sejoli, Kuching.

Hanya rumah biasa yang dibelinya sejak 31 tahun lalu.

Tidak ada pondok pengawal, hanya tiga buah kereta lama dan sebatang tiang bendera.

Kenderaan Land Cruiser Ninja tu pun milik jabatan.


Dalam tempoh itu YB Menteri yang memiliki Ijazah Sarjana (MBA) dari University Of Ohio, Athens, Amerika Syarikat itu hanya buat renovation tiga kali – itupun di bahagian porch dan dapur.

Dan di rumah inilah yang beliau akan tidur setiap kali pulang ke Kuching. Kami yg pegawai ni pulak beliau minta tinggal di Hilton atau Pullman…naik segan kami sheikhhh…

Jadi pada rakan-rakan yang bertanya di banglo mana dan di kawasan elit mana kediaman YB Datuk Seri Rohani Abd. Karim…lihatlah sendiri dan inilah jawabannya.








#‎integriti‬ #RESPECT

Petikan: Facebook Syahril A. Kadir (Pegawai Khas Datuk Seri Rohani Abdul Karim – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat)

@ Sent From SAMSUNG NOTE 4
            

AKIBAT DI TALAK 4 OLEH DAP, PAS SARAWAK TAGIH UNDI PATI


Tindakan YDP PAS Miri menggunakan isu serbuan pendatang asing tanpa izin (PATI) di Miri baru-baru ini sebagai bahan kempen sempena pilihanraya negeri akan datang dilihat langkah terdesak mereka kerana mereka kini ketiadaan isu yang hendak diketengahkan.

[Klik Sini] untuk artikel penuh.

Berkemungkinan bilamana DAP Sarawak menjatuhkan talak 4 terhadap PAS Sarawak akibat perlaksanaan HUDUD di Kelantan, PAS Sarawak mula mencari 'rakan kongsi' baru mereka.

Takkan demi undi PAS nak pakai PATI. Biar betul...

@ Sent From SAMSUNG NOTE 4
            

SORRY ANWAR : LU TAK ADA DALAM LIST SULTAN JOHOR


JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan memberi pengampunan dan pembebasan seorang banduan serta meringankan hukuman 10 banduan bersempena Istiadat Kemahkotaan.

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Datuk Ismail Karim berkata banduan yang dibebaskan itu merupakan juvana ketika melakukan kesalahan bunuh pada 2004, yang dilepaskan pada 19 Mac baru-baru ini selepas mengadap Sultan Johor.
"Sultan Ibrahim berkenan mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengampunan Negeri Johor pada 5 Mac lepas.

"Mesyuarat terbabit telah menimbangkan 10 kes rayuan pengampunan hukuman mati di bawah Peraturan 114, Peraturan-Peraturan Penjara 2000 dan 13 kes Kajian Hukuman Empat Tahun Sekali (KHETS) di bawah Peraturan 54, Peraturan-Peraturan Penjara 2000," katanya kepada pemberita di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan, di sini.

Beliau berkata mesyuarat tersebut dihadiri Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail bersama-sama tiga orang Ahli Lembaga Pengampunan Negeri Johor yang dilantik Sultan Johor.


@ Sent From SAMSUNG NOTE 4
            

WARKAH BUAT CM SARAWAK : PATI SUDAH, RUMAH URUT BILA LAGI ???


Kehadiran Pendatang Tanpa Izin (PATI) menjadi 'target' terbaru YAB Ketua Menteri Sarawak. Langkah ini amatlah baik bagi membendung kebanjiran PATI yang semakin hari bertambah ramai datang ke negeri Sarawak.

Kebanjiran PATI yang semakin ramai kini banyak menyumbang permasalahan terutamanya masalah jenayah terhadap rakyat di negeri Sarawak. Masalah jenayah seperti kes ragut, pecah rumah, kecurian dan yang paling kita takuti adalah pembunuhan. Tindakan pembanterasan PATI ini amat tepat sekali.

[Klik Sini] untuk berita penuh.

Sekadar cadangan kepada YAB Ketua Menteri Sarawak. Tindakan pembanterasan PATI ini seharusnya bersekali dengan tindakan pembanterasan penyalahgunaan PAS LAWATAN SOSIA.

Kebanjiran RUMAH-RUMAH URUT aka PUSAT REFLEXOLOGI dilihat kini semakin banyak bak CENDAWAN TUMBUH SELEPAS HUJAN. Apa yang pasti dan kita semua ketahui, pekerja rumah-rumah urut ini terdiri daripada warga asing yang menyalahi PAS LAWATAN SOSIAL mereka ke negeri Sarawak. Agak memalukan rasanya bila melihat deretan kedai di bandar-bandar besar penuh dengan pusat urutan. Dan dipercayai bukan setakat perkhidmatan urutan yang ditawarkan, bahkan ada yang menawarkan perkhidmatan EHEM-EHEM. [Artikel Berkaitan]

Diharap kerajaan negeri Sarawak memasukkan RUMAH-RUMAH URUT ini sebagai 'target' seterusnya. Jangan jadikan Sarawak ini sebagai syurga RUMAH-RUMAH URUT seperti di negeri Selangor.


@ Sent From SAMSUNG NOTE 4
            

Jumaat, 20 Mac 2015

DUKE TIDAK AKAN ADA LAGI DI KACA TV


Pendakwah terkenal, Datuk Mohd. Kazim Elias hari ini mengumumkan bahawa beliau menarik diri daripada menyertai sebarang program ceramah yang bersiaran di televisyen.


Bagaimanapun katanya, beliau akan tetap muncul mengadakan ceramah seperti biasa di luar te­levisyen termasuk bagi rancangan Kalau Dah Jodoh kerana masih terikat kontrak bersama Astro.

Pengumuman itu dibuat melalui Forum Perdana Hal Ehwal Islam di Padang Astaka, Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Kamaruddin Batu Kurau di sini yang juga disiarkan secara langsung di saluran TV1, Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Menurut Mohd. Kazim, punca beliau menarik diri adalah kerana berasa kecewa apabila ada pihak mengatakannya berdakwah untuk mencari duit sedangkan beliau melakukan tugas tersebut untuk membiayai Pusat Pengajian Al-Barakah di Manjoi.

Beliau juga kecewa kerana dituduh meletakkan bayaran untuk setiap ceramah sedangkan bayaran itu terpulang kepada penganjur.

“Saya kecewa apabila ada yang mengatakan saya penglipur lara sedangkan saya berceramah meninggalkan keluarga, isteri dan anak-anak untuk berdakwah tiba-tiba dituduh sebagai penglipur lara. Jadi saya kecewa.

“Saya juga mungkin terlalu over berceramah di televisyen. Setiap saluran ada saya. Jadi saya rasa saya kena bagi peluang kepada penceramah dan ustaz lain untuk mengambil tempat saya.

“Saya akan berceramah di luar televisyen dan tidak mahu menonjol seperti dulu,” ujarnya.

Turut diundang sebagai panel dalam program yang dipengerusikan Prof. Dr. Redhuan Tee Abdullah itu ialah Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin dan Datuk Mohd. Naj­muddin Elias.

Minggu lalu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menegur Mohd. Kazim atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim kerana menggunakan pendekatan jenaka dalam ceramah yang disifatkan sebagai ‘penglipur lara’.

Sebelum itu, Mohd. Kazim juga diselubungi isu penyebaran surat dari Jabatan Mufti Perlis yang tidak bersetuju dengan pemilihan pendakwah terkenal itu untuk menjadi panel satu forum dengan alasan beliau membacakan riwa­yat-riwayat palsu.

Terdahulu, Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir secara peribadi meminta Mohd. Kazim agar tidak berhenti daripada berceramah.

Zambry dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco kerajaan ne­geri berkata, sumbangan Mohd. Kazim masih diperlukan kerana kaedah dakwah yang disampaikannya menarik minat pelbagai lapisan usia dan kaum.

“Saya berharap isu melibatkan Mohd. Kazim tidak dijadikan polemik, jangan diperbesar-besarkan lagi tetapi diselesaikan dengan cara baik.

“Mohd. Kazim tidak perlu bersara. Jangan ambil keputusan berhenti (berceramah), saya yakin beliau sebagai orang yang ikhlas dalam kerjanya akan terus memberikan khidmat ini kepada masyarakat,” katanya.

@ Sent From HTC Butterfly
            

Khamis, 19 Mac 2015

VIDEO INSIDE : MALAYSIAKINI CARI PASAL SAMA ADENAN SATEM




Sebut sahaja pasal portal MalaysiaKini, kita sudah tahu portal ini merupakan portal yang suka MEMUTARBELITKAN kenyataan seseorang. Ramai dah terkena dengan putar belit portal ini termasuklah YAB Perdana Menteri sendiri.

Semalam, portal Malaysiakini telah mengeluarkan satu artikel yang bertajuk Oil royalty talks have failed, Adenan confirms.


Oil royalty talks have failed, Adenan confirms


Sarawak Chief Minister Adenan Satem confirmed today that negotiations between the state and Petronas over Sarawak’s request to increase its oil royalty payment from five percent to 20 percent have failed. [Klik Sini]

Kenyataan sebenar YAB Ketua Menteri Sarawak

JANJI YAB CM TUNTUT ROYALTI


Kuching: Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem, memberi jaminan kerajaan negeri tidak akan menghentikan rundingan untuk mendapatkan kenaikan royalti minyak dan gas sehingga keputusan positif diperolehi. 



Beliau berkata, tuntutan itu wajar kerana rakyat Sarawak berhak menikmati wang hasil bumi itu untuk meningkatkan taraf hidup setanding penduduk negeri lain. 


Bagaimanapun katanya, beliau tidak mampu untuk mendesak Kerajaan Pusat supaya mempertimbangkan kenaikan royalti daripada lima peratus kepada 20 peratus itu tanpa sokongan padu rakyat. 

"Sokongan yang saya maksudkan bukan hanya pada waktu pilihanraya sahaja, tetapi sokongan sepanjang masa terutamanya dalam isu tuntutan royalti ini. 

"Dengan adanya sokongan padu segenap lapisan rakyat tanpa mengira fahaman politik, suara saya akan lebih didengari oleh Kerajaan Pusat dan PETRONAS," katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Pekebun Kecil dan Usahawan Komoditi Kebangsaan, di sini, semalam. 

Turut hadir, Timbalannya, Tan Sri Alfred Jabu Numpang dan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Amar Douglas Uggah Embas. 

Adenan berkata, Sarawak menuntut kenaikan royalti itu untuk memastikan kemudahan infrastruktur yang lebih sempurna dapat disediakan untuk rakyat. 

"Kita mengutamakan penyediaan kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan elektrik dan air untuk rakyat khususnya di kawasan luar bandar. 

"Selepas semua kemudahan itu disediakan di semua kawasan luar bandar, barulah kita memikirkan pembangunan yang lain. Kemudahan infrastruktur ini dapat kita sediakan dengan lebih baik jika kita mendapat penambahan royalti minyak dan gas," katanya. 

Katanya lagi, apabila pembangunan infrastuktur antara luar bandar dan bandar diseimbangkan, hasrat untuk mengurangkan penghijrahan penduduk akan dapat dikurangkan. 

"Penghijrahan penduduk dari luar bandar berlaku kerana mereka mahu mencari peluang kehidupan yang lebih baik di bandar. 

"Sebab itu saya merayu supaya diberi peluang kerana dengan mandat serta sokongan saya akan lebih keupayaan untuk memantapkan pembangunan negeri selain meneruskan rundingan dengan PETRONAS " katanya.






YAB KETUA MENTERI SARAWAK JELAS MENYATAKAN BAHAWA RUNDINGAN INI BELUM BERJAYA DAN BUKANNYA GAGAL SEPERTI YANG DIPUTARBELITKAN OLEH MALAYSIAKINI. DENGAR BAIK-BAIK PANTUN YAB KETUA MENTERI SARAWAK

NYIUR GADING PUNCAK MAHLIGAI
SAYANG KETUPAT BERISI INTI
HANCUR DAGING TULANG BERCERAI
BELUM DAPAT BELUM BERHENTI

YAB KETUA MENTERI SARAWAK TIDAK AKAN BERHENTI MEMPERJUANGKAN RUNDINGAN DENGAN PETRONAS.
            

Khamis, 12 Mac 2015

Jumaat, 6 Mac 2015

KONSPIRASI INI LEBIH HEBAT DARI LIWAT II !!!



Ini bukan macam zaman 1998 dimana rakyat boleh dikencing penjilat-penjilat Anwar buta-buta. Esok 7 Mac 2015 menjadi sejarah ANWAR & THE GENG tidak relevan lagi dalam Pakatan Rakyat.

Lim Guan Eng sudah bagi arahan supaya DAP tidak payah nak bermandi peluh esok untuk menyokong PELIWAT.

Hadi Awang sudah keluar arahan supaya ahli  PAS tidak perlu bermandi air pancutan FRU.



Sedarilah ANWAR & THE GENG, sekutu yang kamu harapkan lebih sayangkan jawatan Ahli Parlimen @ ADUN daripada bersama-sama kamu. Bersemadilah di Penjara Sungai Buluh dengan aman.

@ Sent From HTC Butterfly
            

Khamis, 5 Mac 2015

Selasa, 3 Mac 2015

ADENAN SATEM 'SEKOLAHKAN' AZMIN ALI



Pimpinan Kerajaan Negeri Sarawak yang diketuai oleh YAB Tan Sri Adenan Satem patut dipuji dek kerana sikap yang tidak berdendam dengan 'musuh politik'. Walaupun sentiasa dihujani dengan cacian dan cercaan dari pihak pembangkang, mereka tetap sabar dan tidak mengambil tindakan walaupun berupaya untuk melakukannya.

Seperti yang kita semua ketahui, hari ini Menteri Besar Selangor melakukan kunjungan hormat ke atas YAB Ketua Menteri Sarawak. Selama 2 hari di Sarawak, Azmin Ali telah melemparkaan cacian terhadap pimpinan negeri Sarawak, kerajaan negeri Sarawak tetap menyambut dan mengalukan kehadiran Azmin Ali dengan terhormat.





Kerajaan negeri telah mengaturkan pengiring motosikal polis dan kenderaan rasmi Menteri Besar Selangor untuk Azmin Ali bergerak dengan selesa ke Wisma Bapa Malaysia. Tidakkah penghormatan ini terlalu tinggi buat Azmin Ali yang  selama 2 hari berada di Sarawak mengutuk pimpinan negeri Sarawak.

Kemurahan hati kerajaan negeri Sarawak turut diserlahkan bilamana dikhabarkan sebenarnya Azmin Ali termasuk dalam senarai Not To Land (NTL) Kerajaan Negeri Sarawak. Oleh kerana Azmin Ali ketua kerajaan negeri Selangor, kerajaan negeri Sarawak meluluskan kemasukan Azmin Ali ke Sarawak dan menyambut beliau sebagaimana yang ketua kerajaan lain terima.


Kebaikan kerajaan negeri Sarawak ini sepatutnya menginsafkan dan mengajar Azmin Ali erti menghormati orang lain.

Tabik kepada kepimpinan YAB CM Sarawak.

@ Sent From HTC Butterfly