Ahad, 29 Mac 2015

BENAR KATA CM ADENAN SATEM : Ada mata BUTAK ! Ada telinga BENGAL ! Ada mulut BISUK !


Ada mata BUTAK ! Ada telinga BENGAL ! Ada mulut BISUK !

Ayat di atas adalah ayat keramat YAB Ketua Menteri Sarawak. Beliau melemparkan kata-kata tersebut bukan hanya untuk saja-saja, tetapi ada kebenarannya.



Melihat sahaja Tanah Perkuburan Islam Samariang, kita sudah tahu itulah antara tanah perkuburan Islam utama rakyat di sekitar Kuching. Tapi apa yang menyedihkan TANDAS yang tidak disengara dengan baik menyebabkan orang yang hendak menggunakan tandas tersebut, terpadam niatnya.

Memang bukan kerja YB berkenaaan, ataupun parti tertentu untuk menyelenggarakan kebersihan dan keselesaan penggunaan tandas ini. Tapi sikap ambil tahu masalah rakyat perlu ada pada setiap pemimpin terutamanya pemimpin Islam. Rasanya ada rumah YB yang bertaraf Menteri Pusat dan Menteri Sarawak yang tinggal berdekatan dengan tanah perkuburan tersebut. Tak kan tak pernah hadir ke tanah perkuburan tersebut dan melihat kekurangan yang ada di situ.

Lagipun tidak rugi rasanya kalau YB Islam di kawasan berkenaan menyumbangkan kudrat untuk membina fasiliti yang lebih baik. Bila tiba masanya, keluarga mereka pun akan menggunakan fasiliti tersebut.

JANGAN SAMPAI PIHAK DAP PULAK YANG MEMBINA TANDAS INI MELALUI IMPIAN SARAWAK MEREKA. MALU WOIIIII.....

@ Sent From SAMSUNG NOTE 4

            

0 ulasan:

Catat Ulasan