Selasa, 3 Mac 2015

ADENAN SATEM 'SEKOLAHKAN' AZMIN ALI



Pimpinan Kerajaan Negeri Sarawak yang diketuai oleh YAB Tan Sri Adenan Satem patut dipuji dek kerana sikap yang tidak berdendam dengan 'musuh politik'. Walaupun sentiasa dihujani dengan cacian dan cercaan dari pihak pembangkang, mereka tetap sabar dan tidak mengambil tindakan walaupun berupaya untuk melakukannya.

Seperti yang kita semua ketahui, hari ini Menteri Besar Selangor melakukan kunjungan hormat ke atas YAB Ketua Menteri Sarawak. Selama 2 hari di Sarawak, Azmin Ali telah melemparkaan cacian terhadap pimpinan negeri Sarawak, kerajaan negeri Sarawak tetap menyambut dan mengalukan kehadiran Azmin Ali dengan terhormat.





Kerajaan negeri telah mengaturkan pengiring motosikal polis dan kenderaan rasmi Menteri Besar Selangor untuk Azmin Ali bergerak dengan selesa ke Wisma Bapa Malaysia. Tidakkah penghormatan ini terlalu tinggi buat Azmin Ali yang  selama 2 hari berada di Sarawak mengutuk pimpinan negeri Sarawak.

Kemurahan hati kerajaan negeri Sarawak turut diserlahkan bilamana dikhabarkan sebenarnya Azmin Ali termasuk dalam senarai Not To Land (NTL) Kerajaan Negeri Sarawak. Oleh kerana Azmin Ali ketua kerajaan negeri Selangor, kerajaan negeri Sarawak meluluskan kemasukan Azmin Ali ke Sarawak dan menyambut beliau sebagaimana yang ketua kerajaan lain terima.


Kebaikan kerajaan negeri Sarawak ini sepatutnya menginsafkan dan mengajar Azmin Ali erti menghormati orang lain.

Tabik kepada kepimpinan YAB CM Sarawak.

@ Sent From HTC Butterfly
            

3 ulasan:

  1. Itulah bodoh nya kamua dmin tak tahu membezakan protokol dna politik. mustahil pembangkang memuji kerajaan. pembangkang mestilah hentam kerajaan tidak jgn di panggil pembangkat.Azmin ali di sambut kerana protokol. dia ketua sebuah negeri. ape bodoh bangat. yg tak betul orang tegur,.yg betul orang ikut.

    BalasPadam
  2. Betul juga kata Saudara JamilKuching..Saya sependapat dgn beliau.

    BalasPadam
  3. datang rumah orang.... kutuk2 tuan rumah... memang kurang ajar... tak pernah belajar agama nampak ehhh

    BalasPadam