Khamis, 26 Mac 2015

INI HARON DIN LAH !!!



Keputusan DAP memutuskan hubungan dengan Pre­siden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dianggap amat melampau sekali gus memberi isyarat hubungan pakatan pembangkang bakal berkecai.

Perkara itu disua­rakan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din yang turut menyelar tindakan DAP menggelarkan Abdul Hadi sebagai pengkhia­nat kerana ia tidak patut dikeluarkan oleh rakan sekutu parti sendiri sedangkan orang biasa pun tidak mengeluarkan perkataan seumpama itu.

Beliau turut mempersoalkan kewajaran DAP berbuat demikian seperti mahu mengajar Pas seolah-olah mengarahkan parti itu untuk menukarkan Presiden jika mahu terus kekal dalam pakatan pembangkang.


Sudah tibanya PAS menjatuhkan Talak terhadap DAP dan PKR. Cuba bayangkan kalau Anwar Ibrahim atau Lim Kit Siang dihina dan dijatuhkan martabatnya oleh salah seorang pucuk pimpinan PAS, adakah pemimpin-pemimpin mereka akan berdiam diri? 

PAS telah lama wujud berbanding DAP dan PKR. PAS punya pengalaman memerintah kerajaan negeri Kelantan lebih lama dari PKR memerintah Selangor dan DAP memerintah Pulau Pinang. Sepatutnya PAS yang mengajar DAP dan PKR bagaimana memerintah.

Jangan sampai maruah PAS dihinjak-hinjak ke paras yang terlalu hina pada pandangan rakyat Malaysia.

@ Sent From SAMSUNG NOTE 4


            

0 ulasan:

Catat Ulasan