Lembaga Pengampunan telah melupuskan (disposed) petisyen dari keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ia nampaknya bukan satu berita baik untuk ketua pembangkang itu.
Bagaimanapun, peguam Anwar N Surendran tidak mahu mendedahkan apa keputusan tersebut, sementara menunggu pengesahan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada hari Rabu.
Ketika ditemui, Peguam Kanan Persekutuan Amarjeet Singh memberitahu pemberita petisyen itu telah dtolak, dan dengan itu, kedudukan perlembagaan adalah jelas mengenai perkara itu.
Tambahnya, afidavit yang dibuat oleh Ketua Pengarah Bahagian Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri telah dihantar kepada pemohon.
Ketua pengarah adalah sebahagian daripada urus setia Lembaga Pengampunan, yang dipengerusikan oleh Yang di-Petuan Agong.
Dengan ini, permohonan Anwar untuk mendapatkan pengampunan mungkin akan ditolak dan dia perlu menjalani hukuman lima tahun penjara selepas disabitkan atas tuduhan liwat.
Ini juga bermakna bahawa kerusi Parlimen Permatang Pauh yang diwakilinya akan diisytiharkan kosong tidak lama lagi.
JIKA INI BERLAKU, MAKA KITA AKAN MENYAKSIKAN KETUM AKAN BEREHAT SELAMA 5 TAHUN DI PENJARA SG BULOH. DAN KITA TURUT AKAN MENYAKSIKAN KEKOSONGAN KERUSI PARLIMEN PERMATANG PAUH.
DIUCAPKAN SELAMAT BERISTIREHAT SAUDARA ANWAR DAN JUMPA ANDA KEMBALI 5 TAHUN AKAN DATANG. SEMOGA, SELEPAS MENJALANI PAKEJ PELANCONGAN INI, ANDA FOKUS PADA KELUARGA TERUTAMANYA CUCU ANDA YANG TELAH KETIADAAN BAPA.
@ Sent From SAMSUNG NOTE 4
0 ulasan:
Catat Ulasan