Khamis, 26 Februari 2015

OOOHAA : ADENAN SATEM PUKUL KELILING !!!



KUCHING: Siaran Langsung Rancangan Khas Bersama Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem di RTM Auditorium P.Ramlee, Kuching malam tadi menampilkan pesonaliti sebenar beliau iaitu; "easy-going", santai tetapi tegas dan perihatin.

Rancangan selama satu jam yang dihoskan oleh pengecara Sayed Munawar dan disiarkan secara langsung di RTM TV1 sempena tepat setahun beliau menjadi Ketua Menteri Sarawak menyentuh beberapa isu berkaitan dengan Sarawak.

Adenan menegaskan, dasar kerajaan Sarawak kini adalah untuk menumpukan pembangunan kepada luar bandar agar tahap keselesaan dari aspek kemudahan di luarbandar dan bandar adalah sama ataupun hampir sama.

Mengingatkan mantan Ketua Menteri Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud telah membawa pembangunan di negeri ini selama lebih 30 tahun, Adenan secara berseloroh berkata, beliau hanya setahun menjadi Ketua Menteri maka berilah beliau peluang (dan masa) untuk membawa pembaharuan di Sarawak.

Menyentuh mengenai pendidikan, menyediakan pendidikan adalah tanggungjawab kerajaan maka kerajaan harus membantu sekolah-sekolah Cina dan kita di Sarawak mengiktiraf sekolah-sekolah Cina di sini.

"Tahun lepas sahaja Kerajaan Negeri Sarawak telah memperuntukkan sebanyak RM3 juta bagi sekolah-sekolah Cina di negeri ini," katanya lagi.

Berkaitan dengan sikap terbukanya kepada pembangkang, Adenan menegaskan, pembangkang juga adalah "anak Sarawak" maka suara mereka juga harus didengari.

""Jika pembangkang kata cadangan saya popular? Join us (sertailah kami)," kata Adenan berseloroh namun penuh bermakna.

Untuk mengurangkan beban rakyat, Adenan menyatakan, semua tol di Sarawak mungkin akan di lupuskan atau diturunkan.

"Tapi kami (kerajaan negeri) harus berbincang dengan syarikat-syarikat yang menjaga tol ini untuk tujuan tersebut dalam masa yang terdekat ini, tambahnya lagi.

Ditanya Sayed mengapa Adenan begitu konsisten dan serius untuk membasmi pembalakan haram, Adenan berkata, ianya harus dibasmi sama sekali kerana selama ini, pencuri kayu (balak) telah bermaharajalela, banyak kayu balak sudah dirompak dan ini mengurangkan pendapatan negeri.

"Kadangkala pegawai forestry corporation (perhutanan) juga terlibat -ada mata butak (buta), ada telinga bengal (pekak) ada mulut bisuk (bisu), maka, kami dah arahkan SPRM untuk menangani gejala ini dengan serius."

Mengenai terdapat banyak pembohongan yang tersebar di media sosial (mengenai Sarawak), Adenan secara berseloroh berkata, pembohongan di media sosial oleh pihak pembangkang, berkemungkinan kerana terdapat terlalu banyak "pembohong" di sana (pembangkang).

Kepada satu soalan dari media sosial mengenai kekurangan guru di negeri ini, Adenan menyatakan orang Sarawak yang menjadi menjadi guru perlu berkerja sebagai guru di Sarawak kerana mereka lebih memahami keadaan negeri ini.

"Kalau tak cukup, barulah tambah guru (dari negeri) lain," katanya sambil menambah sudah menjadi tanggungjawab beliau sebagai Ketua Menteri untuk memastikan anak-anak di Sarawak Mendapat pendidikan yang terbaik.

Berkaitan dengan kawalan kemasukan individu ke Sarawak, Adenan menegaskan, memang itu sudah menjadi hak Sarawak berbuat demikian sepertimana yang termaktub didalam perjanjian penubuhan Malaysia dahulu.

"Di Semenanjung kini terdapat pelbagai ketegangan yang berkaitan kaum dan agama sebab itu Sarawak menghalang mana-mana individu yang kami rasa boleh mengundang situasi yang sama di negeri ini."
"Dan kemungkinan kami akan menambah nama-nama mereka (yang akan dihalang memasuki Sarawak) .. kita kena check list (periksa senarai) dulu," katanya lagi dan ini di sambut dengan tepukan gemuruh oleh hadirin yang ada studio tersebut.

Mengenai isu diskripsi kaum yang mendefinasikan Iban, Bidayuh, Kayan, Ulu, Kadazan dan Bajau, Adenan berkata, perkara ini sebenarnya telah lama mendapat perhatian dari kerajaan Sarawak.

"Kaum Iban, Kadazan, Bajau ..patut di iktirafkan bukannya "lain-lain" .. mereka juga manusia," katanya lagi.

Kepada solan dari penonton di studio mengenai peranan wanita di Sarawak, Adenan menyatakan, walaupun wanita dan lelaki tidak sama namun layanan terhadap mereka mestilah sama.

"Jika ada undang-undang yang mendiskrimasikan wanita, beritahu saya, saya akan menukarkannya," tegas Adenan. - Sarawakiana

@ Sent From HTC Butterfly
            

Ahad, 15 Februari 2015

MAHARAJA LAWAK MEGA SEBENARNYA BELUM BERAKHIR !!!



Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah ditawarkan kerusi timbalan perdana menteri dalam kerajaan BN selepas pembangkang meraih sokongan 52 peratus undi popular dalam pilihan raya umum 2013, dakwa anaknya


Nurul Izzah mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menawarkan kedudukan itu dengan syarat ketua umum PKR itu tidak mempedulikan parti lain dalam Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun, kata Izzah, Anwar menolak tawaran itu bulat-bulat kerana Pakatan dibentuk atas dasar prinsip dan “tidak boleh dibeli atau dijual”.

Anwar pernah menjadi TPM semasa berada dalam BN, sebelum dipecat daripada jawatan itu oleh Tun Mahathir Mohamad, sebelum menghadapi pertuduhan rasuah dan liwat buat kali pertama.
Nurul Izzah, yang juga naib presiden PKR dan anggota parlimen Lembah Pantai membuat dakwaan itu dalam ceramah di Seberang Jaya, Pulau Pinang malam tadi.

Kira-kira 1,000 orang hadir dalam ceramah itu.


INI SEMUA POYOOOO

@ Sent From HTC Butterfly
            

Khamis, 12 Februari 2015

@KBAB51 : MALAYSIAKINI SENGAJA BAGI JALAN UNTUK HINA KETUA POLIS NEGARA


Apakah motif portal media Malaysiakini menerbitkan artikel " Kerancakan tweet IGP undang perhatian dunia " kalau bukan untuk memberi ruang kepada penyokong tegara Anwar Ibrahim menghina Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Lihat sahaja screenshot di bawah. Tiada sedikitpun rasa hormat dan berterima kasih kepada PDRM yang selama ini bersusah payah siang dan malam menjaga keamanan Malaysia sehinggakan mereka hidup selesa bermain Facebook di rumah. Kalau PDRM tidak buat kerja, mungkin mereka ini calon-calon mangsa rompakan ataupun pembunuhan kejam.






Entah apa nak jadi dengan perangai segelintir rakyat Malaysia. KPN hanyalah menggunakan kemudahan media sosial untuk menjalankan tugas. Apa bezanya dengan pimpinan pembangkang yang menggunakan media sosial untuk menabur fitnah dan segala macam pembohongan.

Mungkin sudah tiba masanya kerajaan menilai kembali kebebasan internet di Malaysia. Rakyat Malaysia semakin rosak dek kerana terlalu taksub dengan media sosial.

@ Sent From HTC Butterfly
            

SUDAH MASUK DALAMPUN BOLEH BIKIN ORANG MELAYU SESAT


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Penglibatan Orang Islam Dalam Aktiviti Candlelight Vigil. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

1) Islam melarang umatnya daripada terlibat dalam apa jua amalan yang bersifat ritual atau upacara agama bukan Islam.

2) Umat Islam dilarang menyertai aktiviti Candlelight Vigil kerana ia mengandungi unsur-unsur tasyabbuh dengan agama bukan Islam yang akan menjejaskan akidah umat Islam.


Keterangan/Hujah:

1) Di dalam Islam, cahaya atau api yang dihasilkan oleh lilin dan selainnya tidak memberi apa-apa pengertian berkaitan aqidah dan kepercayaan. Cahaya atau api hanya merupakan satu alat yang dikurniakan oleh Allah SWT bagi memudahkan urusan kehidupan manusia. Bagaimanapun, api atau cahaya menjadi satu perkara yang amat signifikan bagi agama-agama bukan Islam terutamanya bagi agama majoriti di negara ini iaitu Kristian, Hindu dan Buddha. Amalan Candlelight Vigil khasnya atau kuasa cahaya atau api amnya mempunyai perkaitan langsung dengan ketiga-tiga agama tersebut.




2) Upacara berhimpun di suatu tempat dengan membakar lilin sebagai tanda protes adalah menyerupai amalan agama orang bukan Islam. Hukum Islam jelas melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah S.A.W. dalam Mausu’ah al-Sunnah, al-Kutub al-Sittah Sahih Muslim: Kitab Al-Aqdiyyah, Hadis ke-18, m.s. 1343 yang bermaksud:


    “Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. telah bersabda: Barangsiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia adalah tertolak”. (Riwayat Muslim)
     
3) Rasulullah S.A.W turut melarang umatnya daripada melakukan sesuatu perkara yang bukan datangnya dari urusan agama, sepertimana disebutkan di dalam Mausu’ah al-Sunnah, al-Kutub al-Sittah Sahih Muslim: Kitab Al-Aqdiyyah, Hadis ke-17, m.s. 1343 yang bermaksud:


    “Telah diberitakan kepada kami oleh Abu Ja’far Muhammad bin al-Subhi dan Abdullah bin Aun al-Hilali kesemua daripada Ibrahim bin Sa’ad telah berkata Ibn al-Subhi, diceritakan kepada Ibrahim bin Sa’ad bin Ibrahim bin Abd al-Rahman bin Auf, diberitakan kepada kami oleh ayahku daripada al-Qasim bin Muhammad daripda Aisyah berkata; Rasulullah S.A.W telah bersabda “Sesiapa yang mengada-adakan (mereka-reka) perkara yang baru dalam urusan kami dan perkara tersebut bukan tergolong di dalamnya maka ia adalah tertolak”.  (Riwayat Muslim)

KEPADA PENTAKSUB ANWAR TERUTAMANYA YANG MUSLIM, BERTAUBATLAH. TAK PERLULAH NAK BEREBUT-REBUT MENGUTIP DOSA DI HADAPAN ISTANA BARU ANWAR.

KALAU BETUL SAYANGKAN ANWAR, BUATLAH SOLAT ISTIKHARAH. MINTA PETUNJUK. IN SHA ALLAH, ALLAH AKAN TUNJUKKAN KEBENARAN.

@ Sent From HTC Butterfly
            

Rabu, 11 Februari 2015

7 FAKTA PERUNDANGAN YANG ANDA PERLU TAHU DALAM KES ANWAR IBRAHIM


Ramai dalam kalangan anda mungkin sangat gembira kerana Anwar memasuki penjara. Namun , jangan sesekali kita bergembira hanya disebabkan perbezaan ideologi dan landasan politik kita. Ini bukan satu isu politik. 

Sekiranya kita mahu bergembira maka biarlah kegembiraan itu berpaksi kepada fakta , kebenaran dan perundangan. Isu ini adalah satu isu yang melibatkan perundangan tanpa mana - mana elemen politik. Biarlah kegembiraan ini berlandaskan kepada keadilan. 

Anwar dipenjarakan pada hari ini bukan disebabkan beliau adalah Ketua Umum Pakatan Rakyat dan Ketua Pembangkang. 

Anwar dipenjarakan pada hari atas kesalahan meliwat berdasarkan kepada fakta - fakta perundangan. 

Fakta - fakta Perundangan yang penting

1. Anwar Ibrahim mengatakan beliau ada 14 saksi sebagai saksi alibi tetapi akhirnnya tiada seorang pun yang tampil ke hadapan menjadi saksinya di Mahkamah. 

2. DNA Anwar sememangnya berada di tempat sulit si Pengadu. Jika benar sekalipun konspirasi politik maka ahli politik mana di dunia ini mampu mengambil dan mencuri sperma DNA Anwar untuk dimasukkan ke dalam tempat sulit si Pengadu ? 

3. Video rakaman CCTV sememangnya menunjukkan Anwar sememangnya di tempat dan bangunan kejadian. 

4. Anwar tidak pernah sesekali menafikan Sperma DNA tersebut adalah milik beliau. Beliau juga tidak berani untuk mengambil ujian DNA sampelnya untuk menafikan dakwaan pihak pendakwa. Yang dipertikaikan hanyalah pencemaran DNA sperma Anwar. 

5. Hujah konspirasi politik bukanlah merupakan satu penghujahan yang kukuh di Mahkamah. Di Mahkamah segala - galanya adalah berlandaskan kepada prinsip , hujah , bukti dan fakta PERUNDANGAN. Sekirannya kita mahu melihat dari aspek politik maka kita perlu diingatkan bahawa peguam yang sendiri mewakili Anwar iaitu mendiang Karpal Singh merupakan orang pertama dalam negara yang membangkitkan isu liwat Anwar di Parlimen. 

6. Kes ini seharusnya dilihat dari sudut perundangan dan bukannya melalui naluri dan emosi politik kita. Tidak kira mereka yang dalam BN membenci Anwar atau mereka yang berada dalam PR yang menyokong Anwar. Ini bukan satu perbalahan antara BN vs PR. Isu ini adalah isu perundangan yang melibatkan Pengadu ( Mangsa ) dan Pemangsa. 

7. Kita perlu percaya kepada prinsip perundangan dimana seseorang tidak bersalah sehingga dibuktikkan bersalah berdasarkan kepada fakta dan prinsip perundangan. Dalam fakta dan prinsip perundangan DNA SPERMA tertuduh sememangnya berada di dalam alat sulit pengadu. Tertuduh sememangnya berada di tempat kejadian pada ketika peristiwa ini berlaku. Kredibiliti tertuduh terjejas apabila membentangkan kes yang mengatakan terdapat 14 saksi alibi tetapi tiada seorang pun yang mampu dihadapkan ke Mahkamah untuk menjadi saksi. Faktor - faktor perundangan sedemikian adalah amat penting untuk membuat sebarang kesimpulan penghakiman.

@ Sent From HTC Butterfly
            

Selasa, 10 Februari 2015

HARI BAHAGIA BUAT RAKYAT MALAYSIA


Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.
Panel lima hakim menolak rayuan akhir Anwar terhadap kesalahan berkenaan, hampir tujuh tahun lalu.

Panel berkenaan yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria akan mendengar rayuan balas pendakwa raya untuk menambah hukuman penjara lima tahun yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac tahun lalu.

SEMOGA DENGAN KEPUTUSAN INI, TIADA LAGI DEMONSTRASI JALANAN DAN CERAMAH YANG MEMBUANG MASA.

KITA PERLU FOKUS KEPADA PEMBANGUNAN NEGARA. WAWASAN 2020 TIDAK LAMA LAGI. SASARAN UNTUK MENJADI NEGARA MAJU TIDAK AKAN TERCAPAI SEKIRANYA RAKYAT DIHASUT UNTUK TURUN BERDEMO DAN MENDENGAR CERAMAH SAHAJA.

@ Sent From HTC Butterfly
            

Isnin, 9 Februari 2015

10 DALIL KENAPA ANWAR WAJIB BERPINDAH KE RUMAH BARU



Esok tamatlah penantian selama 6 tahun kes yang paling panjang, paling banyak penangguhan dan paling banyak rayuan di negara kita. Samaada Anwar terlepas atau masuk ke dalam, itu semua di tangan YA Hakim.

Mari kita lihat 10 dalil yang patut anda semua renung-renungkan.










@ Sent From HTC Butterfly 





            

Ahad, 8 Februari 2015

KM ADENAN BUAT HAL LAGI, BUATKAN PEMBANGKANG PENING KEPALA



KM Sarawak merupakan pemimpin untuk semua kaum di Sarawak. Segala tindakan dan keputusan beliau sentiasa mengutamakan kehendak dan naluri rakyat Sarawak.

Terkini Kerajaan Negeri Sarawak telah mengesa  peraturan yang menjadi isu yang melibatkan pelajar bukan muslim di MRSM di tarik balik. YAB KM sendiri telah memberitahu Datuk Seri Shafie Apdal selaku menteri yang bertanggungjawab ke atas MRSM. Sarawak mahukan keharmonian diantara kaum & agama dipelihara demi kesejahteraan Sarawak & Malaysia am nya.



Pagi tadi sidang akhbar telah diadakan oleh  Datuk Seri Shafie Apdal di Hotel Hilton Kuching. 

"Semenjak ditubuhkan MRSM tidak pernah menghalang agama-agama lain selain Islam menjalankan aktiviti agama masing-masing di MRSM. Untuk menjaga sensitiviti & keharmonian, peraturan yg melibatkan pelajar bukan Islam yg telah menjadi isu akan ditarik balik"


HIDUP ADENAN SATEM

HIDUP KM SARAWAK


OOOHAAAAA

@ Sent From HTC Butterfly
            

Isnin, 2 Februari 2015

#RESPECT : TINDAKAN MULIA DARI INDIVIDU BERNAMA #ANWARIBRAHIM



Menjelang keputusan kes Liwat II minggu depan, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan beliau ada dinasihatkan untuk tinggal dan berkhidmat di luar negara

Nasihat itu, katanya, termasuk daripada sarjana terkenal dunia Islam Sheikh Yusof Al-Qardawi.

“Saya yakin saya boleh bebas kalau ikut undang-undang.
“Sheikh Yusof Al-Qardawi menasihatkan saya duduk di luar. Ada pemimpin Turki tawar jawatan penasihat agama dan ajak saya duduk sana.


Ini tempat lahir saya, ini negara saya, walau apa pun keputusannya nanti, saya tetap akan teruskan perjuangan dan tidak takut masuk penjara sebab dah pernah masuk penjara lapan tahun,” katanya.

SOALAN AKU , 

BOLEH PERCAYA KA CAKAP MAMAT NI ???

@ Sent From HTC Butterfly