Ahad, 6 November 2016

AHLI DAP PULAU PINANG NASIHAT SULTAN JOHOR "SEDAR DIRI"


Seorang individu memuatnaik satu status dilaman sosial Facebook yang meminta Sultan Johor supaya 'sedar diri' dengan kuasa undang-undang yang didakwanya melebihi kuasa Raja Melayu.


Individu berkenaan, Satees Muniandy yang merupakan Setiausaha Peribadi kepada Timbalan Ketua Menteri P.Pinang, P.Ramasamy, juga mahu Sultan Johor agar jangan menghalang rakyat mengadakan demonstrasi.

Selain itu, ahli DAP tersebut juga memberi amaran kepada Sultan Johor agar jangan melampaui batas dengan membuat undang-undang sendiri yang disifatkannya sebagai melangkaui kuasa Raja.

Perbuatan individu berkenaan jelas sekali bertentangan dengan adab rakyat dan boleh disifatkan sebagai menderhaka kepada institusi DiRaja yang jelas termaktub dalam Perlembagaan negara ini.

Ahli DAP tersebut juga terbukti mahu menghasut rakyat Malaysia apabila memuatnaik status berkenaan yang jelas bertujuan menghina Sultan Johor dan mempertikaikan kuasa Institusi DiRaja.

Perbuatan sebegini sewajarnya dikenakan hukuman yang berat agar rakyat didalam negara tahu menghormati Institusi DiRaja, dan juga Sultan-sultan Melayu sesuai dengan apa yang tertulis dalam Perlembagaan.

Apa yang terjadi ini juga menunjukkan yang pihak pembangkang semakin berani kurang ajar dan menunjukkan sikap besar kepala biarpun berhadapan dengan Raja Melayu yang dihormati serta disanjungi rakyat.

Jika dibiarkan, tak mustahil suatu hari nanti pembangkang khususnya DAP ini akan memusnahkan ketenteraman dan juga suasana muhibbah didalam negara yang diterajui keharmoniannya oleh Raja-Raja Melayu.


BARU PERINTAH SATU NEGERI, DAP SUDAH MENUNJUKKAN TARING BIADAP TERHADAP INSTITUSI RAJA. BAYANGKAN KALAU MEREKA PERINTAH NEGARA. SUDAH PASTI TIADA APA YNG TIDAK DISENTUH DAN DIUBAH.

@ Sent From Samsung Note III
Wechat : sarawakguerreiro
            

HANYA ORANG GAGAL BANGKIT ISU "SABAH FOR SABAHAN"


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bugaya Datuk Ramlee Marahaban menyifatkan hanya orang gagal yang membangkitkan isu ‘Sabah for Sabahan’ bagi tujuan memancing undi rakyat negeri ini.

Beliau berkata Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang kini presiden Parti Warisan Sabah yang memainkan isu itu telah gagal membawa pembangunan sepatutnya di Sabah semasa beliau menerajui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah untuk tempoh lama.

“Kita lihat Program Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) dan Program Bekalan Air Luar Bandar (BALB) di pulau-pulau daerah ini sahaja, beliau tidak dapat menyusun atur secara baik soal asas ini pada rakyat Semporna.

“Kerana kegagalan sendiri, kini Mohd Shafie (yang juga bekas ketua UMNO Bahagian Semporna) cuba menuding jari kepada pihak lain,” katanya kepada pemberita selepas program Himpunan Komuniti Peserta Geran Komunal Mount Pock dan Nagos.


@ Sent From Samsung Note III
Wechat : sarawakguerreiro

            

Jumaat, 4 November 2016

NAZRI AZIZ DAKWA TUN MAHATHIR CEMBURUKAN PM NAJIB


Datuk Seri Nazri Aziz berkata kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap hubungan China-Malaysia hanya kerana alasan mudah iaitu cemburu.

Menteri pelancongan dan kebudayaan itu berkata ini kerana tidak seperti zaman pentadbiran Dr Mahathir, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini berjaya mendapatkan pelaburan terbesar untuk negara.

“Pelaburannya besar dan bukan mudah untuk sesebuah negara melabur sebanyak itu.

“Bila China mahu melabur sebesar itu di Malaysia, ia menunjukkan mereka yakin dengan cara perdana menteri mentadbir negara,” katanya kepada wartawan di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian susulan dakwaan Dr Mahathir yang Najib menjejaskan kedaulatan Malaysia kerana “terlampau bergantung” kepada China selepas kedua-dua negara menandatangani pelbagai urus niaga bernilai RM144 bilion minggu ini.

Dr Mahathir juga memberi amaran yang China mungkin hanya cuba untuk menyimpang dalam kes tuntutan pertindihan wilayah di Laut China Selatan.

“Saya rasa Dr Mahathir fikir masa dia jadi perdana menteri dulu. Masa itu China negara komunis, tapi kini ia ekonomi kedua terbesar dunia.

“Dalam zaman ini isu kedaulatan tidak timbul langsung. Ia tidak akan menjejaskan kita. Dia (Dr Mahathir) cemburu,” katanya.

Nazri mendakwa Dr Mahathir tidak gembira dengan urus niaga bilateral yang bersejarah itu kerana ia menolak dakwaan negarawan berusia 91 tahun yang Malaysia di bawah pentadbiran Najib akan bankrap.

“Pandangannya itu busuk hati dan dia hanya mahu lihat Najib jatuh,” katanya.

Mengulas mengenai perjanjian bilateral itu, Nazi berkata ia akan memberi manfaat kepada ekonomi negara dan pelancongan.

Katanya, tidak seperti Dr Mahathir yang lemah semangatnya dan akan mengalah kepada mana-mana pihak yang melabur ke Malaysia, Najib berprinsip orangnya dan tidak akan merisikokan kedaulatan negara.

“Dr Mahathir tidak mempunyai mental yang kuat, dia akan mengalah dengan China. Najib lain, dia sendiri beritahu saya pelaburan adalah pelaburan, tetapi kedaulatan tetap kedaulatan.

“Tidak ada kompromi dalam isu seperti Laut China Selatan. Itulah dia pemimpin sebenar,” katanya.

-FMT

@ Sent From Samsung Note III
Wechat : sarawakguerreiro
            

Khamis, 3 November 2016

PENJELASAN MENGAPA "BALDI TERBANG" DI DEPAN SUK SELANGOR


Umno Selangor menegaskan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor perlu bertanggungjawab menyelesaikan segera isu gangguan bekalan air yang berlarutan di negeri ini.

Ketua Penerangannya Datuk Zein Isma Ismail berkata tindakan membaling baldi dan botol air di perkarangan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) di sini semalam, disebabkan rasa tidak puas hati mereka berikutan keengganan menteri besar menerima memorandum daripada Pemuda Umno berhubung isu gangguan bekalan air itu.

"Ini isu air... isu yang wajib dan perlu diselesaikan oleh kerajaan negeri...air satu keperluan dan sebagai penduduk di Selangor yang terbelenggu dengan masalah itu, mereka berhak untuk menuntut supaya isu itu diselesaikan," katanya kepada pemberita, di Shah Alam hari ini.

Sehubungan itu, katanya Umno Selangor menyelar pihak tertentu yang melabelkan Pemuda Umno sebagai samseng berhubung tindakan sebahagian daripada kira-kira 200 orang yang mengiringi Exco Pemuda Umno Datuk Armand Azha Abu Hanifah untuk menyerahkan memorandum itu kepada Mohamed Azmin.

Zein Isma berkata tindakan itu bukan bersifat kekerasan seperti didakwa tetapi untuk menyatakan rasa tidak puas hati terhadap gangguan bekalan air berlarutan yang dihadapi penduduk di beberapa kawasan di Selangor.

"Kalau mahu dibandingkan tindakan kumpulan itu dan kumpulan BERSIH mana lagi samseng... mereka hanya baling baldi sebab mahu kerajaan selesaikan masalah air, tetapi BERSIH ganggu keselamatan, rosakkan kemudahan awam dan ada yang bertindak terbalikkan kereta polis.

"Kumpulan itu bertindak membaling baldi dan botol air berikutan keengganan Azmin untuk menerima memorandum yang dihantar Pemuda Umno berhubung isu air kepada beliau," katanya.

Mereka dilaporkan berkumpul di hadapan bangunan SSAAS ekoran sudah tidak tahan dengan masalah gangguan bekalan air di Selangor yang tidak berkesudahan.

Terbaru pada 23 Okt, Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih ditutup buat kali keempat dalam tempoh dua bulan susulan pencemaran bau. Sebelum itu, ia ditutup pada 22 dan 23 Sept serta 4 Okt.

Pencemaran juga membawa kepada penutupan sementara LRA Langat dan Cheras pada 8 Okt susulan bekalan air mentahnya dikesan mempunyai bau yang luar biasa.

Penutupan itu menyebabkan beberapa kawasan di daerah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang mengalami gangguan bekalan air.

- Bernama

@ Sent From Samsung Note III
Wechat : sarawakguerreiro