Selasa, 29 Julai 2014

INI BARU NEGERI BERKEBAJIKAN !!!

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem akan memanggil satu mesyuarat bagi membincangkan jenis bantuan yang boleh dihulur kepada keluarga mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17, yang terhempas di timur Ukraine.
"Kami akan melihat apa yang boleh kami bantu terutama keluarga mangsa MH17 dari Sarawak. Saya tidak boleh memberikan butirannya sekarang," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, hari ini.
Sementara itu, Presiden Parti Rakyat Sarawak, Tan Sri James Jemut Masing, berkata ketika masyarakat meratapi tragedi MH17, insiden yang berlaku kepada sebuah lagi pesawat MAS iaitu Penerbangan MH370 juga tidak boleh dilupakan.
"Ketika kita berdoa kepada mangsa MH17, jangan pula kita lupakan mangsa MH370. Kita tahu apa yang berlaku terhadap MH17 tetapi apa yang berlaku terhadap MH370?
"Jadi marilah kita sama-sama berdoa untuk MH370 juga," kata Masing, yang juga Menteri Pembangunan Tanah Sarawak. - BERNAMA
@ Sent From HTC ONE X
            

0 ulasan:

Catat Ulasan