Khamis, 3 Julai 2014

TOLAK PARTI TERAS ATAU DIPERANGI KAWAN SENDIRI !!!

YAB Ketua Menteri Sarawak semestinya mempunyai solusi tersendiri untuk menangani permasalahan dalaman Barisan Nasional Sarawak. Dikhabarkan juga Putrajaya akan menerima apa sahaja keputusan KM Sarawak berkaitan kemasukan parti Teras ke dalam BN.
Cuma ada beberapa pihak yang kini mula merasa gundah gulana bak cacing kepanasan mula membakar bara menjadi api yang marak. Di dalam media sosial seperti Facebook, ada pihak dari BN sendiri mula menyerang kepimpinan PBB seakan-akan cuba menuduh PBB adalah perancang utama kewujudan Teras.
Harus diingat kewujudan Teras adalah hasil pergolakan dalaman parti SPDP yang semua orang tahu sentiasa dilanda gelora semenjak dari penubuhannya. Apa asas mereka menuduh PBB yang menjadi dalang kewujudan Teras.
Oleh kerana pihak anda yang membuat masalah, sepatutnya anda menunggu keputusan KM Sarawak selaku Pengerusi  BN Sarawak membuat keputusan. Sekiranya itu hak anda, hak tersebut akan kekal bersama anda.
# Jangan marah-marah, nanti cepat BERKUBUR
@ Sent From HTC ONE X
            

0 ulasan:

Catat Ulasan