Selasa, 29 Julai 2014

BERITA YANG AKAN MEMBUATKAN NAJIB MENANGIS !!!

Kemelut dalam Pakatan Rakyat dilihat banyak pihak semakin meruncing dan tarikh 10 Ogos nanti akan menjadi penentu kesudahan kerjasama PAS, DAP dan PKR.
Penganalisis politik, Ibrahim Suffian berpendapat, gabungan parti pembangkang itu bergantung nasib kepada keputusan mesyuarat PAS Pusat pada 10 Ogos nanti.
Katanya, keputusan sama ada PAS akan menyokong pendirian PKR untuk menggugurkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan menentukan masa depan Pakatan Rakyat.
"Isu Tan Sri Khalid ini bukan hanya sekadar isu menukar menteri besar tetapi ia juga melibatkan kerjasama antara PAS, DAP dan PKR.
"Kemungkinan akan berpecah itu ada dan sangat besar kerana PAS dilihat tidak bersetuju dengan pendirian yang telah dibuat oleh Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.
"Jika dalam mesyuarat PAS Pusat 10 Ogos nanti PAS kekal dengan pendirian mahu Tan Sri Khalid kekal sebagai menteri besar Selangor, besar kemungkinan Pakatan Rakyat akan berpecah," katanya kepada Astro AWANI.
Katanya, biarpun ada pandangan dalam PAS yang mahu supaya Abdul Khalid melepaskan jawatannya, namun pada akhirnya ia akan bergantung kepada keputusan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Jelas beliau, disiplin dalam parti itu sangat tinggi, setiap ahli telah dididik supaya patuh kepada keputusan yang telah dibuat oleh pemimpinnya terutama presiden.
"Untuk memastikan keputusan PAS selari dengan kemahuan Pakatan Rakyat, maka perlu ada pihak yang terpaksa memujuk Hadi Awang supaya bersetuju dengan cadangan menukar Tan Sri Khalid.
"Jika tidak, kita akan melihat PAS kembali seperti duhulu menjadi parti yang kuat di Pantai Timur terutama di Kelantan," katanya.
Pandangan sama diberikan oleh beberapa pemimpin PAS yang melihat parti itu semakin menunjukkan sikap sukar untuk bekerjasama.
Portal berita The Malaysia Insider sebelum ini melaporkan terdapat pemimpin PAS yang menjangkakan Pakatan Rakyat munkin berpecah selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri berikutan tindakan Abdul Hadi menidakkan keputusan Majlis Pimpinan gabungan pembangkang itu yang sudah bersetuju supaya Abdul Khalid digantikan dengan calon lain dari PKR sebagai menteri besar Selangor.
Laporan itu memetik sumber yang didakwa pemimpin tertinggi PAS yang dilaporkan sebagai berkata kumpulan yang menyokong keputusan Pakatan Rakyat dalam isu penggantian menteri besar Selangor terdiri daripada kumpulan profesional manakala yang mahu Khalid terus kekal adalah dari kumpulan konservatif Dewan Ulama dan Pemuda parti itu.
"Nampak gayanya PR akan berpecah selepas Aidilfitri ini. Nampak kuat sangat ke arah itu. Hadi langgar keputusan mesyuarat PAS dan PR yang beliau sendiri tidak hadir," The Malaysian Insider memetik sumber yang didakwa pemimpin kanan PAS.
Sumber : Awani
@ Sent From HTC ONE X
            

0 ulasan:

Catat Ulasan