Isnin, 14 Julai 2014

SEORANG LAGI MELAYU TAK TAHU BERSYUKUR !!!

DAP merupakan parti yang lebih ideal dan sesuai untuk anak muda khususnya mereka yang berbangsa Melayu, kata Young Syefura Othman.
Menurutnya lagi, perkara ini terbukti apabila pucuk pimpinan DAP telah memberikan ruang kepada Dyana Sofya untuk bertanding sebagai calon di Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan.
“Kalau DAP sudah memberikan ruang kepada Dyana, kenapa tidak pada masa akan datang, ruang itu akan menjadi lebih besar untuk orang lain pula,” katanya sewaktu dihubungi oleh FMT.
Dalam masa yang sama, Syefura juga menyatakan bahawa tujuanya menjadi ahli DAP adalah kerana ingin menarik lebih ramai lagi masyarakat Melayu di luar sana untuk menyertai DAP.
“DAP nampak lebih ‘cool’ dan juga lebih realistik,” ujarnya.
Selain itu dia juga tidak menafikan bahawa Dyana Sofya merupakan antara pengggalak untuk dirinya mendaftar sebagai ahli DAP.
Ujarnya lagi, dia juga tidak kisah dengan tanggapan dan pandangan orang lain terutamanya masyarakat di luar sana, kerana baginya dia tahu apa yang dilakukan olehnya.
“Saya tidak kisah dengan apa yang orang lain katakan pada saya, asalkan saya tahu apa yang saya lakukan.
“Sebelum ini juga saya telah menerima kritikan dari pelbagai pihak dan saya sudah lali dengan perkara ini,” katanya.
Syefura telah memilih untuk menjadi ahli DAP sewaktu majils ‘Eye To Eye’ bersama Dyana Sofya di Taman Tun Dr Ismail.
Pendaftaran keahlian Syefura yang juga merupakan Penyelaras Segmentasi Wanita Muda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) disaksikan oleh Dyana Sofya sendiri dan juga Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng.
@ Sent From HTC ONE X
            

0 ulasan:

Catat Ulasan