Rabu, 16 Julai 2014

PEMIMPIN YANG TIDAK KENAL PENAT LELAH



Walaupun telah bersara dari jawatan Ketua Menteri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud masih peduli dengan pembangunan kawasan-kawasan pedalaman di negeri Sarawak. Semangat beliau ini wajib dipuji kerana dalam usia ini, beliau masih menginginkan pembangunan di negeri Sarawak meliputi segenap pelosok negeri.

Terkini beliau menyatakan dalam masa 10 hingga 20 tahun akan datang kawasan pedalaman seperti Baram dan Belaga akan berubah kerana kerajaan melaksanakan pembangunan dari semasa ke semasa.

“Inilah tuah negeri ini di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana dijamin dengan pembangunan berterusan dinikmati semua kaum.
“Justeru, saya berterima kasih kepada semua pemimpin di negeri ini seperti Iban, Cina, Bidayuh, Orang Ulu, Melayu dan Melanau dapat bekerjasama bagi memastikan negeri ini terus maju dalam keadaan aman,”

TYT Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud


TERIMA KASIH DI ATAS SEGALA KHIDMAT BAKTI YANG TELAH TUN CURAHKAN SEBELUM INI. KAMI ANAK SARAWAK BEGITU BERBANGGA DAN BERTERIMA KASIH KEPADA TUN YANG TELAH MENTADBIR NEGERI SARAWAK DENGAN JAYANYA. KEHARMONIAN KAUM DAN AGAMA DI NEGERI INI ADALAH ATAS JASA-JASA TUN.
            

0 ulasan:

Catat Ulasan