Ahad, 6 November 2016

AHLI DAP PULAU PINANG NASIHAT SULTAN JOHOR "SEDAR DIRI"


Seorang individu memuatnaik satu status dilaman sosial Facebook yang meminta Sultan Johor supaya 'sedar diri' dengan kuasa undang-undang yang didakwanya melebihi kuasa Raja Melayu.


Individu berkenaan, Satees Muniandy yang merupakan Setiausaha Peribadi kepada Timbalan Ketua Menteri P.Pinang, P.Ramasamy, juga mahu Sultan Johor agar jangan menghalang rakyat mengadakan demonstrasi.

Selain itu, ahli DAP tersebut juga memberi amaran kepada Sultan Johor agar jangan melampaui batas dengan membuat undang-undang sendiri yang disifatkannya sebagai melangkaui kuasa Raja.

Perbuatan individu berkenaan jelas sekali bertentangan dengan adab rakyat dan boleh disifatkan sebagai menderhaka kepada institusi DiRaja yang jelas termaktub dalam Perlembagaan negara ini.

Ahli DAP tersebut juga terbukti mahu menghasut rakyat Malaysia apabila memuatnaik status berkenaan yang jelas bertujuan menghina Sultan Johor dan mempertikaikan kuasa Institusi DiRaja.

Perbuatan sebegini sewajarnya dikenakan hukuman yang berat agar rakyat didalam negara tahu menghormati Institusi DiRaja, dan juga Sultan-sultan Melayu sesuai dengan apa yang tertulis dalam Perlembagaan.

Apa yang terjadi ini juga menunjukkan yang pihak pembangkang semakin berani kurang ajar dan menunjukkan sikap besar kepala biarpun berhadapan dengan Raja Melayu yang dihormati serta disanjungi rakyat.

Jika dibiarkan, tak mustahil suatu hari nanti pembangkang khususnya DAP ini akan memusnahkan ketenteraman dan juga suasana muhibbah didalam negara yang diterajui keharmoniannya oleh Raja-Raja Melayu.


BARU PERINTAH SATU NEGERI, DAP SUDAH MENUNJUKKAN TARING BIADAP TERHADAP INSTITUSI RAJA. BAYANGKAN KALAU MEREKA PERINTAH NEGARA. SUDAH PASTI TIADA APA YNG TIDAK DISENTUH DAN DIUBAH.

@ Sent From Samsung Note III
Wechat : sarawakguerreiro
            

HANYA ORANG GAGAL BANGKIT ISU "SABAH FOR SABAHAN"


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bugaya Datuk Ramlee Marahaban menyifatkan hanya orang gagal yang membangkitkan isu ‘Sabah for Sabahan’ bagi tujuan memancing undi rakyat negeri ini.

Beliau berkata Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang kini presiden Parti Warisan Sabah yang memainkan isu itu telah gagal membawa pembangunan sepatutnya di Sabah semasa beliau menerajui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah untuk tempoh lama.

“Kita lihat Program Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) dan Program Bekalan Air Luar Bandar (BALB) di pulau-pulau daerah ini sahaja, beliau tidak dapat menyusun atur secara baik soal asas ini pada rakyat Semporna.

“Kerana kegagalan sendiri, kini Mohd Shafie (yang juga bekas ketua UMNO Bahagian Semporna) cuba menuding jari kepada pihak lain,” katanya kepada pemberita selepas program Himpunan Komuniti Peserta Geran Komunal Mount Pock dan Nagos.


@ Sent From Samsung Note III
Wechat : sarawakguerreiro

            

Jumaat, 4 November 2016

NAZRI AZIZ DAKWA TUN MAHATHIR CEMBURUKAN PM NAJIB


Datuk Seri Nazri Aziz berkata kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap hubungan China-Malaysia hanya kerana alasan mudah iaitu cemburu.

Menteri pelancongan dan kebudayaan itu berkata ini kerana tidak seperti zaman pentadbiran Dr Mahathir, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini berjaya mendapatkan pelaburan terbesar untuk negara.

“Pelaburannya besar dan bukan mudah untuk sesebuah negara melabur sebanyak itu.

“Bila China mahu melabur sebesar itu di Malaysia, ia menunjukkan mereka yakin dengan cara perdana menteri mentadbir negara,” katanya kepada wartawan di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian susulan dakwaan Dr Mahathir yang Najib menjejaskan kedaulatan Malaysia kerana “terlampau bergantung” kepada China selepas kedua-dua negara menandatangani pelbagai urus niaga bernilai RM144 bilion minggu ini.

Dr Mahathir juga memberi amaran yang China mungkin hanya cuba untuk menyimpang dalam kes tuntutan pertindihan wilayah di Laut China Selatan.

“Saya rasa Dr Mahathir fikir masa dia jadi perdana menteri dulu. Masa itu China negara komunis, tapi kini ia ekonomi kedua terbesar dunia.

“Dalam zaman ini isu kedaulatan tidak timbul langsung. Ia tidak akan menjejaskan kita. Dia (Dr Mahathir) cemburu,” katanya.

Nazri mendakwa Dr Mahathir tidak gembira dengan urus niaga bilateral yang bersejarah itu kerana ia menolak dakwaan negarawan berusia 91 tahun yang Malaysia di bawah pentadbiran Najib akan bankrap.

“Pandangannya itu busuk hati dan dia hanya mahu lihat Najib jatuh,” katanya.

Mengulas mengenai perjanjian bilateral itu, Nazi berkata ia akan memberi manfaat kepada ekonomi negara dan pelancongan.

Katanya, tidak seperti Dr Mahathir yang lemah semangatnya dan akan mengalah kepada mana-mana pihak yang melabur ke Malaysia, Najib berprinsip orangnya dan tidak akan merisikokan kedaulatan negara.

“Dr Mahathir tidak mempunyai mental yang kuat, dia akan mengalah dengan China. Najib lain, dia sendiri beritahu saya pelaburan adalah pelaburan, tetapi kedaulatan tetap kedaulatan.

“Tidak ada kompromi dalam isu seperti Laut China Selatan. Itulah dia pemimpin sebenar,” katanya.

-FMT

@ Sent From Samsung Note III
Wechat : sarawakguerreiro
            

Khamis, 3 November 2016

PENJELASAN MENGAPA "BALDI TERBANG" DI DEPAN SUK SELANGOR


Umno Selangor menegaskan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor perlu bertanggungjawab menyelesaikan segera isu gangguan bekalan air yang berlarutan di negeri ini.

Ketua Penerangannya Datuk Zein Isma Ismail berkata tindakan membaling baldi dan botol air di perkarangan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) di sini semalam, disebabkan rasa tidak puas hati mereka berikutan keengganan menteri besar menerima memorandum daripada Pemuda Umno berhubung isu gangguan bekalan air itu.

"Ini isu air... isu yang wajib dan perlu diselesaikan oleh kerajaan negeri...air satu keperluan dan sebagai penduduk di Selangor yang terbelenggu dengan masalah itu, mereka berhak untuk menuntut supaya isu itu diselesaikan," katanya kepada pemberita, di Shah Alam hari ini.

Sehubungan itu, katanya Umno Selangor menyelar pihak tertentu yang melabelkan Pemuda Umno sebagai samseng berhubung tindakan sebahagian daripada kira-kira 200 orang yang mengiringi Exco Pemuda Umno Datuk Armand Azha Abu Hanifah untuk menyerahkan memorandum itu kepada Mohamed Azmin.

Zein Isma berkata tindakan itu bukan bersifat kekerasan seperti didakwa tetapi untuk menyatakan rasa tidak puas hati terhadap gangguan bekalan air berlarutan yang dihadapi penduduk di beberapa kawasan di Selangor.

"Kalau mahu dibandingkan tindakan kumpulan itu dan kumpulan BERSIH mana lagi samseng... mereka hanya baling baldi sebab mahu kerajaan selesaikan masalah air, tetapi BERSIH ganggu keselamatan, rosakkan kemudahan awam dan ada yang bertindak terbalikkan kereta polis.

"Kumpulan itu bertindak membaling baldi dan botol air berikutan keengganan Azmin untuk menerima memorandum yang dihantar Pemuda Umno berhubung isu air kepada beliau," katanya.

Mereka dilaporkan berkumpul di hadapan bangunan SSAAS ekoran sudah tidak tahan dengan masalah gangguan bekalan air di Selangor yang tidak berkesudahan.

Terbaru pada 23 Okt, Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih ditutup buat kali keempat dalam tempoh dua bulan susulan pencemaran bau. Sebelum itu, ia ditutup pada 22 dan 23 Sept serta 4 Okt.

Pencemaran juga membawa kepada penutupan sementara LRA Langat dan Cheras pada 8 Okt susulan bekalan air mentahnya dikesan mempunyai bau yang luar biasa.

Penutupan itu menyebabkan beberapa kawasan di daerah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang mengalami gangguan bekalan air.

- Bernama

@ Sent From Samsung Note III
Wechat : sarawakguerreiro
            

Isnin, 31 Oktober 2016

KERAJAAN NEGERI SELANGOR BERI BANTUAN KHAS KEWANGAN 2 BULAN GAJI


Penjawat awam di seluruh negeri bakal menikmati bantuan khas kewangan dua bulan gaji dengan peruntukan kewangan sebanyak RM57.25 juta.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pemberian tersebut dibuat sebagai menghargai sumbangan dan kejayaan penjawat awam yang terus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri.

“Sebagai menghargai kejayaan ini, Kerajaan Negeri bersetuju memberikan bantuan khas kewangan sebanyak dua bulan gaji. Pembayaran sebanyak satu
setengah bulan telah pun dilakukan pada 1 Julai 2016 yang lalu.

“Untuk melengkapi bantuan khas kewangan tersebut, setengah bulan lagi akan dibayar pada 20 Disember 2016 untuk membantu penjawat awam membuat persediaan persekolahan anak-anak.

“Pembayaran bantuan khas kewangan dua bulan gaji memberi implikasi kewangan kepada Kerajaan Negeri sebanyak RM 57.25 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2017 di Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, hari ini.

Dalam perkembangan itu, Mohamed Azmin berkata pembayaran bantuan khas berkenaan bakal dibuat tahun ini.

Pada 2016, satu bulan setengah gaji dengan implikasi kewangan sebanyak RM44.1 juta dikeluarkan bagi tujuan pembayaran bantuan kewangan.

@ Sent From Samsung Note III
Wechat : sarawakguerreiro
            

PERKARA YANG MUNGKIN TERJADI SEKIRANYA #DONALDTRUMP MENJADI PRESIDEN AMERIKA



Calon Presiden Republikan, Donald Trump terang-terangkan menunjukkan kebencian beliau terhadap Islam dan juga masyarakat minoriti di Amerika Syarikat (AS) hinggakan membuat petisyen untuk mengharamkan kemasukan warga Islam ke negara itu jika dia menjadi presiden kelak.

Menurut penganalisis politik, Dr Chandra Muzaffar, perkara ini merupakan retorik biasa dan sering terjadi oleh calon-calon presiden sewaktu sedang berkempen.

"Trump dengan jelas mensasarkan Islam dan juga penduduk minoriti di sana namun semua ini hanyalah perkara yang biasa berlaku semasa berkempen.

“Oleh itu, saya tidak merasakan bahawa impian Trump untuk menghalang orang Islam masuk ke AS tidak akan berhasil,” katanya.

Trump prejudis

Bagaimanapun, beliau melahirkan rasa sedih dengan sikap Trump yang begitu prejudis terhadap orang Islam.

“Sasaran Trump tentunya adalah orang Islam dan juga masyarakat minoriti di sana dan juga beliau terang-terangan mempunyai perasaan negatif kepada kaum-kaum tertentu.

“Tindakannya mengambil pendekatan sebegini adalah kerana terdapat juga kaum majoriti yang turut bersikap prejudis kepada kaum minoriti. Jika tidak, tiada orang akan respon dengan cadangannya itu,” katanya lagi.

Islamphobia akan lebih ketara

Tambahnya lagi,Trump akan menjadikan Islamphobia menjadi lebih teruk di sana.

“Dengan sikapnya terhadap Islam dan juga negara-negara Islam, tidak mustahil beliau akan menjadikan Islamphobia di AS menjadi lebih teruk.

“Akan tetapi, seperti yang saya katakan tadi, Trump tidak akan mengusir orang Islam atau melarang mereka masuk ke AS, Cuma dia menggunakan sentimen anti-Islam untuk peralatkan rakyat,” katanya.

Clinton bukan pilihan baik

Namun begitu, beliau juga melihat bahawa Clinton bukanlah calon yang baik untuk jawatan Presiden AS.

“Jika dilihat daripada rekod sebelumnya, Clinton sangat terkenal dengan keghairahan beliau untuk memerangi mereka yang tidak bersekutu dengan mereka.

“Dia lebih ghairah untuk membuktikan kekuasaan AS kepada dunia dan sanggup menggunakan kuasa untuk menggulingkan pemimpin.

“Saya percaya jika Clinton menjadi Presiden, perang dunia ketiga bakal terjadi,” tambahnya lagi.

Radikalisme semakin subur di negara Islam

Bagi penganalisis politik, Dr Maszlee Malik pula, beliau percaya bahawa radikalisme akan semakin subur di negara-negara Islam jika Trump menjadi Presiden.

“Hal ini kerana sikap Trump sendiri yang menjustifikasikan pemikiran radikal dan ekstrem di kalangan umat Islam.

“Bagaimanapun, saya merasakan bahawa orang Islam di AS tidak akan diganggu kerana mereka dilindungi oleh undang-undang di sana,” katanya lagi.

Sinar Online

SEKIRANYA TRUMP MENJADI PRESIDEN, ITU PILIHAN RAKYAT AMERIKA. 

TEPUK DADA, TANYA SELERA

@ Sent From Samsung Note III
Wechat : sarawakguerreiro
            

Sabtu, 29 Oktober 2016

KETUA PEMUDA BARU PRS TUNJUK TARING BELASAH PENGERUSI DAP SARAWAK


Ketua Pemuda Parti Rakyat Sarawak (PRS) merangkap ADUN Balai Ringin Snowdan Lawan berkata, isu Chong akan mengheret 25 ahli parlimen BN untuk menolak bajet 2017 adalah usaha untuk menolak pembangunan berteraskan rakyat.

"Hakikatnya Chong tidak pedulikan tentang pembangunan dan kesejahteraan  yang dibawa oleh BN kepada rakyat Malaysia amnya dan Sarawak khususnya.

"Realitinya Chong sudah tidak mempunyai sekutu lagi atau rakan yang menyokongnya sehingga ingin mengajak 25 Ahli Parlimen BN menolak Bajet 2017," katanya

Menurut Snowdan, setiap wakil rakyat mempunyai pemikiran dan keputusan yang tersendiri dan Chong tidak mewakili kawasan mereka dan bukan wakil rakyat dari kawasan mereka juga sehingga mahu mempengaruh dan menghasut orang lain supaya tidak menyokong bajet 2017.

Beliau turut menyarankan agar dalam isu ini Chong tidak menumpang atau menggunakan kekuatan orang lain.

"Gunalah kekuatan sendiri jikalau mahu menolak bajet tanpa mengharap bantuan atau mempengaruhi Ahli Parlimen Barisan Nasional," tegasnya.

Chong yang juga Ahli Parlimen (DAP) bagi Bandar Kuching minggu lepas mencadangkan agar kesemua 25 Ahli Parlimen BN Sarawak bersama-sama pembangkang menolak Bajet 2017 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. 

Sumber : Sarawakiana

SYABAS YB SNOWDAN. ANDA TELAH BUKTIKAN BAHAWA ANDA LAYAK UNTUK JAWATAN KETUA PEMUDA PRS. 

PEMUDA LAKSANA SEORANG LAKSAMANA YANG BERJUANG UNTUK MEMPERTAHANKAN PEMERINTAHAN RAJA. MANA-MANA PEMUDA DALAM PARTI KOMPONEN BN SEHARUSNYA TAMPIL KE HADAPAN MENYANGGAH SEGALA DAKWAAN PARTI LAWAN YANG MENENTANG BN.

KALAU PEMUDA LEMBIK BAIK BUAT SATU LAGI SAYAP IAITU SAYAP PUTERI. BOLEHLA MAIN "MASAK-MASAK" KAT SITU.

@ Sent From Samsung Note III
Wechat : sarawakguerreiro
            

Ahad, 23 Oktober 2016

EDISI "IF" : KALAULAH TUN MAHATHIR KEMBALI MENJADI PM


Kalau Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi diberi peluang menjadi Perdana Menteri, apakah yang akan dibaikinya?

Persoalan ini timbul selepas media melaporkan Tun berjanji untuk mengembalikan royalti minyak kepada Kelantan sekiranya beliau, yang kini bersama pembangkang yang rata-rata terdiri daripada musuh politik beliau ketika beliau adalah PM, dapat mengalahkan Umno-BN yang diterajui anak muridnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Walaupun umum mengetahui kenyataan tersebut sekadar janji politik yang sukar dipercayai buat masa ini, namun di sebaliknya mungkin mengisarkan suatu jenis kekesalan akan tindakannya terhadap Kelantan ketika menjadi PM.

Selain royalti minyak dan tersilap pilih Tun Abdullah Badawi dan Najib sebagai PM, apa lagi kekesalan yang Tun rasai sehingga hari ini, terutamanya apabila melihat negara yang dibinanya selama 22 tahun semakin ketinggalan daripada Wawasan 2020 yang diimpikan olehnya buat negara?

Setelah menyertai pembangkang, apakah kini Tun terasa bangga atau sedih dengan sistem pilihan raya dan persempadanan yang dibuat ketika zaman beliau yang menyebabkan Umno-BN susah ditumbangkan?

Memahami kesukaran pembangkang mendapat liputan yang adil, apakah Tun kini terasa bangga dan sedih dengan kuasa yang dikurniakan kepada kerajaan dalam mengawal media tradisional di Malaysia?

Bagaimana pula dengan Umno? Apakah Tun kini bangga atau sedih dengan budaya dan sistem yang ditinggalkannya di dalam Umno, di mana anak muridnya Najib dapat ‘meningkatkan’ mutu budaya dan sistem tersebut sehinggakan isu sebesar 1MDB tidak mampu menghasilkan sedikit riak pun di dalam Umno? Bahkan mereka yang mempersoalkannya semua sudah menjadi pembangkang.

Apa pula pandangan Tun terhadap kuasa Majlis Raja-Raja? Apakah Tun bangga atau sedih dengan kuasa yang ada pada Majlis Raja-Raja, melihat nasib yang menimpa Deklarasi Rakyat yang tidak kebunyian lagi selepas pertemuan Tun dengan Yang di-Pertuan Agong?

Selaku Ketua Umum Pembangkang yang tidak rasmi, sudah pasti Tun dapat merasai dengan jelas masalah sebenar negara yang telah dibutai beliau selama ini ketika beliau di seberang sana dan sibuk memastikan Umno terus hidup berkuasa.

Kini, Tun boleh menebus kekesalan yang wujud di hati sekiranya ada.

Tun boleh mengambil inisiatif bagi memperincikan manifesto beliau buat pilihan raya umum ke-14 – bermula dengan cadangan pembaikan sistem pilihan raya, cara membebaskan media daripada cengkaman kerajaan, pemulangan royalti minyak kepada Kelantan, nasib Umno dan BN (apakah beliau akan kembali ke Umno dan menghidupkannya semula), had tempoh seseorang menjadi PM, pelan meningkatkan pendapatan negara, kedudukan GST, pelan menyama-ratakan padang demokrasi untuk pembangkang dan sebagainya yang menjadi kekesalan beliau hari ini.

Sekiranya manifesto itu menarik, silap-silap Tun akan ditawarkan untuk menjadi PM interim selama setahun sebelum menyerahkan kuasa kepada PM baru yang dipilih oleh pembangkang yang menang. Ini tidak mustahil kerana sehingga kini tiada lagi calon sesuai yang diterima semua pihak dan layak daripada segi undang-undang dalam kalangan pembangkang yang boleh diangkat.

Percayalah Tun adalah pilihan yang lebih baik sebagai calon PM pembangkang berbanding cadangan pilihan Tun sendiri iaitu Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin – dan ramai dalam kalangan pembangkang yang akan bersetuju secara diam-diam, melainkan mereka sekadar mengganggap Tun sebagai kuda tunggangan yang bernilai buat masa ini untuk menumbangkan Umno dan Najib.

Timmy Say adalah pembaca FMT

Di copy bulat-bulat dari FMT

@ Sent From Samsung Note III
Wechat : sarawakguerreiro
            

Sabtu, 15 Oktober 2016

3 ADUN PKR SERTAI PARTI BUMI KENYALANG ???


Rumours are rife in Sarawak that three Sarawak PKR assemblymen are set to ditch the party for a Sarawakian opposition party, the Borneo Post Online reported Friday.

The rumours claim that Sarawak PKR Chief and Ba’Kelalan Assemblyman Baru Bian, Batu Lintang Assemblyman See Chee How and Krian Assemblyman Ali Biju are going to join Parti Bumi Kenyalang (PBK), and that they had met PBK leaders to discuss the matter.

However, Baru, who was contacted by Borneo Post Online, said there was no truth to the rumour.

“We maintain our position which we have expressed before by See Chee How, that we will remain steadfast with PKR and Pakatan Harapan,” he said.

The rumours of the defections from PKR to a local party began after a number of Pakatan Harapan leaders in Sabah, including elected representatives, left PKR and the DAP to join local opposition parties.

PBK, which was officially registered in 2013, has been inactive since but on Wednesday, the party announced the launch of its Lanang branch in Sibu and its Miri branch,

According to the report PBK Lanang branch secretary Franky Anong, declined to comment on the rumours, and only said that PBK would make some major announcements that would affect Sarawak and even Sabah’s political scene by the end of this year or beginning of next year, after on-going negotiations were finalised.

He added that PBK would not be working together with any national parties.

“We are fighting for the state’s autonomy. That is our only mission. Our next move now is to set up Kuching and Bintulu branches,” he said.

Recently, Sabah PKR and Sabah DAP, were hit by a flurry of resignations, which started with PKR vice-president Darell Leiking quitting the party to join a Sabah-based multiracial party led by former Umno vice-president Shafie Apdal.

This was followed by Sabah PKR chief and Klias Assemblyman Lajim Ukin, Moyog Assemblyman Terence Siambun, Likas Assemblyman Junz Wong, Sabah PKR secretary-general Maijol Mahap, Sabah PKR Wanita chief Johair Matlan and Sabah DAP treasurer David Williams and vice-chairman George Hiew.

Baca Selanjutnya di Hornbill Unleashed

@ Sent From Samsung Note III
Wechat : sarawakguerreiro

            

Khamis, 13 Oktober 2016

JAWAPAN MENGAPA PARTI SPDP BUANG PERKATAAN SARAWAK PADA NAMA PARTI


Perubahan nama Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) kepada Parti Demokratik Progresif (PDP) adalah untuk membolehkan parti membuka cawangan di Semenanjung Malaysia, kata Setiausaha Agungnya Anthony Nogeh Gumbek.

Menjelas lanjut, beliau berkata tujuan langkah itu diambil adalah bagi menye-diakan platform kepada rakyat Sarawak di Semenanjung Malaysia untuk menyertai parti politik yang berasal dari Sarawak.

“Misalnya di Johor terdapat seramai 40,000 rakyat Sarawak yang tinggal di sana.

“Dengan itu, mereka boleh menjadi ahli SPDP di sana,” katanya ketika ditemu bual di sini, semalam.

Nogeh turut menegaskan bahawa hasrat parti itu membuka cawangan di Semenanjung Malaysia juga bukan untuk mendapatkan kerusi atau menarik ahli politik dari sana ke Sarawak.

Sebaliknya, beliau berkata ia adalah untuk membantu rakyat Sarawak yang berada di sana terutama ahli parti.

“Orang Semenanjung boleh menyertai SPDP tetapi kami tidak berhasrat untuk berdiri di sana. Tujuan kami adalah untuk membantu rakyat Sara-wak, itu sahaja,” katanya.

Presiden SPDP Datuk Seri Tiong King Sing kelmarin mendedahkan bahawa Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) sudah meluluskan permohonan SPDP untuk menukar nama kepada PDP.

Katanya ia kerana parti itu merancang untuk me-nubuhkan sekurang-kurangnya tujuh atau lapan cawangan terutama di Selangor.

Menurut beliau, pada masa ini parti itu sudah mempunyai cawangan di Permas Jaya, Johor Jaya, Tiram, Skudai, Nusa Jaya, Machap dan Layang-Layang iaitu kesemuanya di Johor.

Dipetik dari : Borneo Post

@ Sent From Samsung Note III
Wechat : sarawakguerreiro
            

Khamis, 29 September 2016

MASIH PERLUKAH MASYARAKAT LUAR BANDAR SARAWAK SOKONG DAP ???


Pembangunan luar bandar merupakan antara objektif utama CM Adenan Satem selepas memenangi dengan penuh bergaya Pilihanraya Negeri Sarawak yang lepas. Pelbagai usaha sedang giat dijalankan oleh kerajaan negeri Sarawak dalam mendekatkan jurang ekonomi antara bandar dan luar bandar di Sarawak. 

Berbeza dengan tindakan pembangkang terutamanya dari parti DAP. Mereka akan terus menghentam apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan negeri untuk warga luar bandar walaupun usaha tersebut demi kepentingan rakyat. Contohnya baru-baru ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padungan Wong King Wei yang mempersoalkan projek pembinaan Jambatan Batang Sadong. Walaupun beliau tahu kepentingan jambatan itu dibuat, oleh kerana perbezaan politik beliau sanggup memperlekehkan projek tersebut.

Jangan kita lupa tindakan Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen, pada persidangan Dewan Undangan Negeri dua tahun lepas mempersoalkan peruntukan RM500 juta yang dipohon BN untuk tujuan pembangunan kawasan luar bandar.

Berikut adalah laporan Borneo Post Online 

Pembangunan ekonomi luar bandar akan terus dipertingkatkan bagi memastikan jurang perbezaan pendapatan luar bandar dan bandar dapat dikurangkan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata kerajaan negeri sentiasa berusaha mencari jalan penyelesaian untuk mengurangkan kadar kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan isi rumah.

Menurutnya, petunjuk jurang perbezaan dalam status sosioekonomi isi rumah bandar dan luar bandar adalah kadar kemiskinan.

“Kadar kemiskinan di bandar adalah 0.5 peratus manakala 1.6 peratus di kawasan luar bandar iaitu tiga kali ganda daripada kadar kemiskinan di bandar.

“Ini menunjukkan jurang pendapatan dan kemiskinan di luar bandar lebih besar berbanding kawasan bandar,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri perasmian Bengkel Program Transformasi Ekonomi Luar Bandar Sarawak di sebuah hotel di sini, semalam.

Mengulas lanjut, katanya banyak perkara perlu dilakukan untuk meningkatkan pembangunan ekonomi di kawasan luar bandar.

Uggah berkata ia sekali gus membantu mengurangkan kadar kemiskinan bagi merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan Sarawak sebagai negeri berpendapatan tinggi menjelang 2030.

Sehubungan itu, beliau menekankan usaha mengenal pasti beberapa model pelan pembangunan sosioekonomi luar bandar yang komprehensif untuk dilaksanakan di Sarawak.

ADAKAH BERITA DI ATAS AKAN TURUT DIPERLEKEHKAN OLEH DAP? KITA TUNGGU DAN LIHAT.

@ Sent From Samsung Note III
Wechat : sarawakguerreiro
            

Rabu, 28 September 2016

#PRU14 : PARLIMEN SIBU & LANANG !!! SUPP ATAU UPP ???


Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) mahu kedua-dua kerusi Parlimen Sibu dan Lanang diberikan kepada parti tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

Penyelaras Kerusi Parlimen Sibu dan Lanang Robert Lau dan Chieng Buong Toon dalam satu kenyataan bersama berkata ini berdasarkan SUPP merupakan sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN).

“Kedua-dua kerusi Parlimen Sibu (P.212) dan Lanang (P.211) hendaklah diwakili ahli-ahli daripada parti-parti komponen BN pada PRU14 nanti.

“Kedua-dua kerusi itu sebelum ini diwakili oleh SUPP, ahli pengasas BN. Parti Rakyat Bersatu (UPP) bukan parti komponen BN dan ahlinya tidak boleh mewakili BN pada pilihan raya akan datang,” ujar mereka.

Kenyataan bersama itu dibuat ekoran laporan berita oleh Pengerusi UPP Lanang Datuk Tiong Thai King memberitahu tidak akan bertanding bagi kerusi Lanang.

Namun, menurut Tiong beliau menyediakan beberapa individu untuk dijadikan calon di kerusi tersebut.

Menurut kenyataan itu, Tiong juga mendakwa beliau adalah pengerusi UPP Dudong dan ini bercanggah dengan tindakan beliau meletak jawatan daripada UPP sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Mei lalu.

“Tiong diperlukan menyertai parti komponen BN kerana keadaan beliau dipilih untuk berdiri di bawah logo BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.

“Oleh itu, beliau perlu menghormati janjinya menyertai sebuah parti komponen BN.

“Namun, beliau terus mengecewakan pengundi di Dudong yang mengundi BN dengan melambatkan usaha beliau menyertai parti komponen BN,” kata mereka.

Sehubungan itu, kedua-dua mereka menggesa Tiong kembali ke parti asalnya iaitu SUPP demi perpaduan rakyat di Sibu dan masyarakat Cina.

“Kita perlu bersatu agar kita tidak dipinggirkan.

“SUPP mengalu-alukan Tiong kembali semula kepada SUPP,” kata mereka.


Sent From Samsung Note III
Wechat : sarawakguerreiro
            

Ahad, 18 September 2016

SEBAK NEWS : KISAH TUAN GURU HARON DIN & RM 1 JUTA


Cerita Almarhum Tuan Guru Haron Din Kepada Kami….

Saya sempat belajar dgn almarhum di Darul Syifa’ Bangi sekitar tahun 2009 bersama ustaz Al Rania dan ustaz Ihsan Abdullah. Almarhum TGHD seorang yg sangat merendah diri dan terlalu sedikit cintakan dunia bahkan ikhlas dlm merawat pesakit, walaupun individu tersebut dari ideologi parti berbeza.

Pernah almarhum bercerita kepada kami para pelajar. Kisah beliau pernah menasihati satu pasangan yg mana si isteri hampir menggugurkan kandungannya kerana belum bersedia menerima cahaya mata (kalau tak silap saya). Pasangan ini daripada keluarga berada. Hasil nasihat dan teguran dari almarhum, pasangan ini membatalkan niat utk menggugurkan kandungan. akhirnya mereka mendapat cahaya mata yang sihat dan sempurna.

Lalu si suami menjemput almarhum untuk mentahnik dan memberi nama kepada anak tadi kerana terhutang budi dgn almarhum. Selesai tahnik, si suami menyerahkan sampul kepada almarhum, katanya sedikit sumbangan ikhlas. Almarhum berkeras menolak namun si suami tetap mahu memberi.

Setelah pulang, beberapa lama kemudian barulah almarhum teringat pada sampul yg diberikan tadi. Sebelum buka sampul, terdetik dalam hati ” mungkin RM100 atau lebih sikit”. Namun apa yg memeranjatkan, isi sampul tersebut adalah sekeping cek yg tertera RM 1,000,000.00!!!

Almarhum telefon kepada si suami tadi dgn mengandaikan beliau tersilap, tp si suami mengatakan memang beliau berniat utk memberinya kepada almarhum. “Ustaz gunalah duit tersebut utk apa2 pun”.

Lalu almarhum teringat tentang janji beliau beberapa bulan sebelum itu di sebuah masjid di Langkawi. Pihak AJK masjid memaklumkan, kos utk membina masjid baru adalah berjumlah RM1.4 juta. Ketika itu almarhum kata, “saya tak dak jumlah sebanyak tu. kalau saya ada, saya mesti bagi”. Teringatkan janji tersebut almarhum terus menyerahkan cek tersebut kepada pihak masjid. Mereka begitu gembira bahkan berkali2 berterima kasih kepada almarhum. Kata almarhum, “bukan saya, tp ada seorang lelaki yg bagi cek ni pada sy. Saya tlg sampaikan saja”.

Akhirnya masjid td berjaya disiapkan. Pada majlis perasmian masjid, almarhum mengajak si suami td menemani beliau ke Langkawi. Dalam ucapan beliau, almarhum memperkenalkan kepada penduduk tempatan ttg lelaki yg memberikan cek RM 1 juta kpd beliau. Si suami td terkejut. ” Ustaz guna duit tu utk masjid?” Soal beliau terkejut. Almarhum hanya tersenyum.

Moral of story, almarhum berpesan kepada kami para pelajar, org agama tidak perlu kejar dunia. Jika mereka ikhlas, insya Allah dunia yg akan kejar mereka. Kisah ini saya ingat sampai sekarang. Semoga Allah SWT menempatkan almarhum di sisi para anbiya’ dan solihin.


@ Sent From Samsung Note III
Wechat : sarawakguerreiro
            

Selasa, 30 Ogos 2016

AYUH RAKYAT SARAWAK, BERSAMA MENYAMBUT KEPULANGAN RATU TERJUN NEGARA !!!


Warga Sarawak berbesar hati menerima kepulangan atlet terjun negara, Pandelela Rinong Pamg ke negeri kelahiranya setelah berjaya memenangi pingat perak menerusi acara terjun 10m platform seirama bergandingan atlet Perak, Cheong Jun Hoong pada Sukan Olimpik Rio 2016.

Justeru itu, sempena ketibaan Olimpian negara itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) pada 3 September ini, jam 4.15 petang, kerajaan negeri menganjurkan majlis sambutan dihadiri Menteri Belia, Sukan dan Solidariti Dato Sri Michael Manyin Jawong.

Pandelela seterusnya dibawa berarak menggunakan kenderaan khas sambil diiringi kira-kira 50 penunggang motosikal berkuasa tinggi ke Dewan Suarah Kuching bagi menghadiri majlis sambutan besaran dihadiri Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.

Orang ramai dan peminat sukan di negeri ini dijemput hadir di LTAK bagi bersamasama menyambut ketibaan ikon sukan negeri Sarawak tersebut.


@ Sent From Samsung Note III
Wechat : sarawakguerreiro
            

Selasa, 21 Jun 2016

RAHSIA KEJAYAAN BESAR BN DI 2 PILIHANRAYA KECIL DIDEDAHKAN


Isu-isu besar yang dimainkan oleh pembangkang sebenarnya memakan diri sendiri sehingga menyebabkan mereka kalah teruk dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar, kata pemimpin veteran Tun Musa Hitam.

Beliau berkata, isu-isu seperti 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) yang ‘dimainkan’ oleh pembangkang ketika berkempen pada PRK tidak memberi sebarang kesan kepada pengundi-pengundi dari kampung yang kebanyakannya tidak faham.

Isu yang dibawa oleh BN pula sangat mudah, isu-isu ‘kampung’ seperti masalah jalan, sekolah, pendapatan dan pekerjaan membuatkan pengundi cepat faham

katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran Festival Seni Yayasan Sime Darby yang diadakan selama dua hari bermula 20 Ogos ini secara percuma.

Mengulas lanjut, beliau sendiri tidak menjangka kemenangan luar biasa pada PRK kali ini terutamanya di saat bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed menyertai barisan pembangkang untuk berkempen.

“Saya melihat Tun Mahathir sebagai seorang pemimpin yang tidak pernah kalah dalam perjuangannya sebelum ini. Kalau dia (Mahathir) turun pasti akan berjaya. Tetapi kali ini lain pula yang terjadi,” tambahnya.

Beliau memberitahu, hanya pasukan kuat dari segi kewangan dan bersatu seperti BN mampu untuk membangunkan serta membawa perubahan kepada negara.

“Pembangkang hanya berani cakap besar, seolah-olah indah rupa daripada berita,” katanya.

Sumber : Utusan Online

@ Sent From Samsung Note III
Wechat : sarawakguerreiro
            

Isnin, 20 Jun 2016

JAWAPAN MENGAPA PIMPINAN PEMBANGKANG RAMAI DIHALANG MASUK KE SARAWAK


Pada Pilihanraya Negeri yang lepas, beberapa orang pimpinan terutamanya Pembangkang dari Semenanjung telah dihalang memasuki negeri Sarawak. Ini merupakan kuasa eksklusif Ketua Menteri Sarawak yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

Ramai orang mengeji, mengutuk, menyumpah seranah terutamanya dari penyokong-penyokong pembangkang di Semenanjung dengan tindakan CM Adenan menghalang pimpinan mereka masuk ke Sarawak.

Apa yang CM Adenan TAKUT dengan kehadiran pimpinan pembangkang dari Semenanjung?

Jawapannya adalah gambar ini.



Seperti kebiasaan pilihanraya, sememangnya diketahui ceramah politik dari pembangkang akan menghidangkan resepi yang penuh dengan unsur-unsur melibatkan kaum dan agama serta berita-berita fitnah yang tidak dibuktikan.

Sekiranya mereka ini dibiarkan pada PRN yang lalu, berleluasa menghamburkan cerita yang boleh mencetuskan ketegangan antara rakyat Sarawak berkemungkinan gambar di atas tidak akan wujud.

Menyedari betapa bahayanya politik tidak sihat yang dibawa oleh pihak pembangkang, pada Persidangan DUN yang baru sahaja selesai, YB Abdullah Saidol, Adun Semop telah menggesa agar Kerajaan Negeri Sarawak lebih tegas dalam mengawal elemen yang tidak baik ini dari datang ke negeri Sarawak dengan menggunakan sepenuhnya Kuasa Imigresen.


CM ADENAN TIDAK MAHU RAKYAT SARAWAK DIPECAH-PECAH DENGAN POLITIK PERKAUMAN.

CM ADENAN TIDAK MAHU AGAMA DIJADIKAN MODAL POLITIK SEMPIT.

CM ADENAN TIDAK MAHU RAKYAT SARAWAK DIHIDANGKAN DENGAN BERITA-BERITA FITNAH YANG BOLEH MENYEBABKAN SUASANA TIDAK HARMONI DI SARAWAK.

CM ADENAN TAHU DIA KENA JAGA NEGERI PALING RAMAI BANGSA DAN ETNIK. KALAU DIAPI-APIKAN DENGAN ISU BANGSA DAN AGAMA SEMEMANGNYA SARAWAK LAH NEGERI YANG PALING TERKESAN DENGAN ISU TERSEBUT.

AKHIR KATA TAHNIAH KEPADA RAKYAT DI SUNGAI BESAR DAN KUALA KANGSAR KERANA MEMILIH CALON YANG TEPAT. HEHEHEHE

@ Sent From Samsung Note III
Wechat : sarawakguerreiro
            

Ahad, 19 Jun 2016

GERALD RENTAP : YB UNTUK SEMUA KAUM


Penduduk Melayu di bawah Dun Layar tidak perlu bimbang dengan khidmat YB Gerald Rentap. Walaupun DUN Layar merupakan kawasan majoriti kaum iban, YB Gerald Rentap tidak akan menganak tirikan penduduk Melayu di Dun Layar.

Membuktikan kenyataan ini, seorang pengguna media sosial Facebook memuat naik status berikut.



SEMEMANGNYA MASIH TERLALU AWAL UNTUK MENILAI KEUPAYAAN DAN PRESTASI ADUN YANG BARU DITAMPILKAN PADA PRN YANG LEPAS. 

KERANA ITU CM ADENAN MENITIKBERATKAN KPI ADUN DAN JUGA MENTERI KABINET. CM ADENAN TELAH MENGATAKAN MANA-MANA ADUN BN ATAU MENTERI YANG TIDAK MENUNJUKKAN KPI YANG BAIK, MEREKA TIDAK AKAN DICALONKAN PADA PRN AKAN DATANG ATAU DIGUGURKAN DARI JAWATAN KABINET.

JADI KEPADA SEMUA PENGUNDI JANGAN TAKUT DENGAN PRESTASI ADUN. YANG HARUS TAKUT ADALAH ADUN BN DAN JUGA MENTERI KABINET.

@ Sent From Samsung Note III
Wechat : sarawakguerreiro
            

Sabtu, 18 Jun 2016

TAG TEAM NEWS : DOUGLAS UGGAH & JAMES MASING BERSATU "BELASAH" PENGERUSI DAP SARAWAK


Barangkali sudah amat-amat menyampah dengan perlakuan pembangkang terutamanya dari parti DAP, yang sentiasa cuba menjatuhkan kredibiliti kerajaan, Timbalan Ketua Menteri 1 Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas secara sinis telah menyindir Pengerusi DAP Sarawak, YB Chong Chieng Jen.

“Saya tidak tahu sama ada beliau tidur atau mempunyai masalah pendengaran”

Sindiran pedas di atas ekoran daripada kenyataan Ahli Parlimen Bandar Kuching dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa itu yang mempersoal jawapan kerajaan oleh Datuk Amar Douglas Uggah Embas mengenai ketidakseimbangan komposisi kaum dalam perkhidmatan awam yang dibangkitkan baru-baru ini.

Menurut YB Chong Chieng Jen, berdasarkan jawapan diberi Datuk Amar Douglas Uggah Embas, ia seolah-olah kerajaan negeri tiada hasrat menangani isu berkenaan dan dilihat seolah-olah akan meneruskan polisi bersifat berat sebelah kaum ini.

Menyokong sindiran Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Timbalan Ketua Menteri II Sarawak, Tan Sri Datuk Amar James Masing, beliau menambah YB Chong Chieng Jen mempunyai tabiat mendengar tanpa memahami.

“Saya dengar dan memahami jawapan Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan saya pasti YB Chong Chieng Jen juga mendengarnya, sama ada beliau faham atau beliau pekak."

Tan Sri Datuk Amar James Masing turut menyatakan ketidakseimbangan kaum dalam perkhidmatan awam seperti yang dilaporkan akan ditangani jawatankuasa seperti yang dinyatakan. Masalah ini tidak berlaku dalam waktu singkat, jadi ia akan mengambil masa untuk ditangani.

Dipetik dari laporan Borneo Post

@ Sent From Samsung Note III
Wechat : sarawakguerreiro
            

Ahad, 29 Mei 2016

DEYYY TAMBI !!! INGAT MENTERI ASAL SARAWAK TAK PANDAI BUAT KERJA KAH


Melihat sosok tubuh dan perwatakan Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, siapa sangka beliau dengan selamba menempelak mantan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Mungkin sudah terlampau geram atas kata-kata Palanivel yang seakan-akan menuduh beliau "tidak buat kerja" isu penerokaan haram di Cameron Highlands menyebabkan beliau melakukan tindakan sedemikian.

Memetik laporan Bernama, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengatakan tidak seharusnya Palanivel membuat dakwaan yang tidak berasas terhadapnya (Wan Junaidi) berhubung kegiatan haram itu. 

"Saya kecewa juga Palanivel (yang selama) dua tahun menjadi menteri. Saya baru lapan bulan. Kenapa tak buat (sesuatu semasa masih menjadi menteri). Sekarang baru pandai-pandai nak bercakap," kata Wan Junaidi kepada pemberita di Langkawi. 

Beliau mengulas kenyataan Palanivel pada Jumaat lepas yang mendakwa penerokaan haram di Cameron Highlands sukar diatasi kerana kegiatan itu didalangi oleh ‘individu atau kumpulan berpengaruh’. 

"Kalau dia (Palanivel) ada maklumat yang terperinci tentang orang-orang yang berkenaan (dengan dakwaan mendalangi penerokaan haram itu) hantar surat, beritahu saya," kata Wan Junaidi. 

Menteri itu berkata pindaan kepada Kanun Tanah Negara adalah di antara tiga rang undang-undang yang telahpun diluluskan oleh Dewan Rakyat dengan peruntukan denda sehingga RM500,000 terhadap pesalah yang meneroka tanah secara haram. 

Katanya, pembentangan rang undang-undang itu juga merupakan usaha kementeriannya untuk membendung kegiatan penerokaan haram itu seperti berlaku di Cameron Highlands. 

Menurutnya usaha-usaha penguatkuasaan juga turut dipertingkatkan lagi bagi menghalang mana-mana pihak yang cuba memasuki kawasan yang telah diceroboh di kawasan tanah tinggi itu. 


AGI IDUP AGI NGELABAN. DEY TAMBI..INGAT MENTERI SARAWAK TAK PANDAI BUAT KERJA KAH. #KIPIDAP DS DR. WAN JUNAIDI

@ Sent From Samsung Note III
Wechat : sarawakguerreiro
            

Isnin, 23 Mei 2016

BUANG TEBIAT : CUBA CIUM KENTUT PASANGAN ANDA DEMI KESIHATAN ANDA


Kentut adalah suatu lumrah kehidupan untuk semua manusia. Malah ada sesetengah orang yang kentut lebih daripada sepuluh kali sehari. Anda akan merasakan satu nikmat yang susah untuk dibayangkan setelah anda melepaskan kentut yang sangat kuat. Isunya sekarang ialah, situasi selepas kentut anda dilepaskan – apabila kentut anda menghasilkan bau yang busuk dan dibiarkan “terapung” di udara untuk semua orang bau.

Walaupun ia bersifat begitu, anda jangan risau kerana kentut berbau sebenarnya adalah isyarat yang memberitahu bahawa badan anda sihat. Dan anda mungkin akan terkejut jika anda tahu yang kentut berbau boleh membuatkan kita lebih sihat!

Maksud Kentut Berbau


Kentut adalah satu tanda bahawa badan anda telah menurunkan jumlah serat yang sihat dalam badan anda. Selain itu, ia bermakna terdapat bakteria yang sihat dalam usus anda dan bahawa badan anda sedang berfungsi dengan betul. Jika kentut anda tidak berbau, jangan risau kerana ia juga adalah perkara yang normal. Bau yang datang bersama-sama dengan kentut biasanya dari hidrogen sulfida, yang dipecahkan dari pelbagai makanan yang telah dimasukkan ke dalam badan. Apabila sedang dicerna, ia adalah sebahagian daripada proses dalam mewujudkan bau yang akan menemani gas yang anda lepaskan itu. Kini, terdapat pelbagai peringkat kentut berbau.

Menghidu Bau Kentut Busuk Orang Lain Mungkin Akan Membantu Seseorang Itu Untuk Hidup Lebih Lama


Menurut satu kajian, menghidu kentut orang lain akan membuatkan peluang anda untuk hidup lebih lama adalah tinggi. Ini kerana, bau metana dan hydrogen sulfida yang ada pada kentut seseorang itu sebenarnya membantu mengubah fungsi enzim dalam badan anda mengurangkan penyakit-penyakit seperti Dementia. Selain itu, kajian baru oleh Exeter University di England telah menjelaskan bahawa ia juga membantu dalam mencegah kerosakan mitokondria.

Bagaimana Pula Dengan Kentut Yang Terlampau Busuk?


Mungkin akan ada yang berfikir mereka sebenarnya tidak sihat disebabkan kentut mereka yang sangat busuk itu. Tetapi pada hakikatnya, ia adalah sangat baik dan bagus untuk anda! Bau yang terlampau busuk ini bermaksud diet anda adalah cukup dengan makanan yang menghasilkan hidrogen sulfida yang berat – yang biasa berlaku kepada orang yang mengamalkan diet tinggi dengan serat. Makanan ini termasuk telur, kacang dan brokoli. Daging merah adalah makanan utama yang akan membuatkan kentut anda menjadi sangat busuk.

Satu-satunya masalah yang mungkin datang bersama-sama dengan kentut berbau adalah: ia akan berlaku serta-merta selepas anda mengambil apa-apa produk tenusu. Bagi kentut berbau selepas anda meminum segelas susu atau apa-apa bahan tenusu mungkin adalah tanda-tanda kepada intoleransi laktosa. Kentut berbau yang sangat kronik juga mungkin menjadi tanda kepada masalah gastrousus, seperti sindrom usus terganggu. Tetapi ini adalah kes-kes yang lebih jarang berlaku, kerana kentut berbau umumnya tanda usus yang sihat.

Kesimpulannya, biarlah kentut anda keluar dengan sepuas-puasnya dan yang paling penting sekali, jangan sesekali anda takut dengan kentut anda sendiri kerana pada hakikatnya, ia mungkin dapat membantu anda dalam melawan penyakit.

@ Sent From Samsung Note III
Wechat : sarawakguerreiro
            

Ahad, 22 Mei 2016

XXX NEWS : 'MAICA' PUNYA PASAL, MENYESAL SEUMUR HIDUP


Seorang lelaki terkena jerat sendiri apabila seorang kenalan media sosial Facebook warga Filipina mengugut untuk menyebarkan video bogel di alam maya.

Dalam kejadian pada jam 10 semalam, pengadu, 19, seorang pelajar sekolah menengah di sini telah menerima satu pesanan ringkas SMS daripada kenalan tersebut yang dikenali sebagai ‘Maica’ telah meminta pengadu untuk mengirimkan wang sejumlah RM5,000.

Wanita tersebut dikatakan telah mengugut pengadu bahawa dia akan menyebarkan video bogelnya yang dirakam semasa mereka berhubung melalui aplikasi Skype sebelum ini.

Disebabkan pengadu tidak mempunyai wang sebanyak yang diminta, wanita tersebut mengurangkan jumlah tersebut kepada RM2,000.

Yang peliknya, pengadu baharu mengenali wanita Filipina tersebut melalui media sosial berkenaan selama dua hari.

Bimbang sesuatu yang lebih buruk akan berlaku terhadap dirinya, pengadu tampil membuat laporan polis semalam dan kes tersebut masih dalam siasatan polis.

-Borneo Post

PENGAJARAN PENTING DALAM BERITA INI ADALAH JANGAN SESEKALI PERCAYA DENGAN RAYUAN WANITA YANG MAHUKAN ANDA BERBOGEL.


@ Sent From Samsung Note III
Wechat : sarawakguerreiro
            

Rabu, 18 Mei 2016

KALAH TERUK PRN SARAWAK, ISTERI TYT SARAWAK MENJADI MANGSA SERANGAN DAP


Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto dari DAP hari ini mempersoalkan 'keistimewaan' yang diberikan kepada isteri kedua Gabenor Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud, Ragad Waleed Al-Kurdi oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Ragad yang berasal dari Syria dan berkahwin dengan Abdul Taib pada tahun 2010 mendapat taraf warganegara selepas enam tahun sahaja, dakwa Kasthuri.

"Sedangkan ramai lagi rakyat tetap Sarawak dan warga orang asli yang tidak mempunyai dokumen terpaksa menunggu berdekad lamanya untuk mendapat taraf tersebut.

"Kelulusan kepada Ragad dalam tempoh yang singkat menunjukkan seolah-olah ada tangan-tangan ghaib yang mempercepatkan proses tersebut," kata Kasthuri dalam kenyataan.

Ragad mencuri perhatian umum baru-baru ini selepas beliau membuang undi semasa pilihan raya negeri Sarawak awal bulan ini.


SUDAH KALAH, KALAHLAH. 

PEMBANGKANG DI SARAWAK TAK BISING PUN YANG PEMBANGKANG DI SANA MELALAK APA PASAL?

@ Sent From Samsung Note III
Wechat : sarawakguerreiro
            

TAHNIAH PBB PANTAI DAMAI : WALAUPUN BANYAK KONTROVERSI, TAPI HATINYA BAIK SEKALI


Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengumumkan peruntukan RM210,000 untuk 41 ranting Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sebagai tanda terima kasih kepada pengundi kerana memberi kemenangan besar kepada calon Barisan Nasional (BN) Dr Abdul Rahman Junaidi.

Katanya, setiap ranting mendapat RM5,000, kecuali Ranting Bintawa akan mendapat RM10,000.

Beliau mengumumukan peruntukan berkenaan ketika berucap menghadiri majlis kesyukuran BN-PBB DUN Pantai Damai di Kuching malam tadi.

Mohamad Nazri berkata beliau sangat gembira kerana diberi peluang membantu kempen pilihan raya Abdul Rahman yang muncul sebagai calon yang memperoleh majoriti undi paling tinggi pada pilihan raya negeri pada 7 Mei lalu, iaitu 9,260 undi.

Sementara itu, Abdul Rahman berkata beliau amat bersyukur kerana undi majoriti beliau meningkat sebanyak 4,189 berbanding 5,071 pada pilihan raya 2011.

- Bernama

BERTUAHNYA ORANG PBB PANTAI DAMAI DAPAT DURIAN RUNTUH.

@ Sent From Samsung Note III
Wechat : sarawakguerreiro
            

WARKAH DARI PENJARA : TULIS PANJANG-PANJANG, DAP LANGSUNG TAK PEDULI


Warkah dari Penjara 8 halaman hasil nukilan Anwar Ibrahim yang mengingatkan kepada pembangkang betapa bahayanya kehadiran Tun Dr. Mahathir terhadap Pakatan Harapan langsung tidak dipedulikan oleh DAP. DAP dilihat seperti menganggap peringatan Anwar Ibrahim itu lebih kepada peringatan "orang yang ketakutan dilupakan". 

Memetik laporan Malaysiakini , DAP melalui Tony Pua menegaskan akan terus bekerjasama dengan Tun Dr Mahathir walaupun Warkah dari Penjara tulisan Anwar Ibrahim memberi isyarat seperti mahu kerjasama dengan Tun Dr. Mahathir dihentikan.

DAP seperti yang diketahui adalah sebuah parti yang sombong dan bongkak. Tunduknya DAP kepada individu tertentu adalah kerana individu itu akan dijadikan batu loncatan untuk DAP mendapatkan sesuatu. Dalam konteks hubungan DAP dan Tun Dr. Mahathir,  DAP mempergunakan Tun Dr. Mahathir untuk mendapatkan KUASA.

Melihat keadaan dan situasi Anwar Ibrahim berada sekarang, mana mungkin keberjaan objektif serta tujuan DAP akan tercapai. Secara lojiknya sememangnya DAP melihat bahawa Anwar Ibrahim tidak lagi relevan untuk mengetuai Pakatan Harapan dan lebih percaya kejayaan mendapatkan kuasa semakin dekat dengan bantuan Tun Dr. Mahathir.

Yang pasti kini hubungan antara parti dalam Pakatan Harapan semakin berserabut. 

SETINGGI-TINGGI UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA TUN DR. MAHATHIR KERANA BERJAYA MENGHANCURKAN PAKATAN HARAPAN.

@ Sent From Samsung Note III
Wechat : sarawakguerreiro
            

Isnin, 16 Mei 2016

BOXING NEWS : GILIRAN AZMIN ALI PULA AJAK NAZRI BERTUMBUK !!!


Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali berkata pembangkang tidak akan menabur fitnah pada kempen pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar, apatah lagi berlagak seperti samseng'.

"Saya juga nak ingatkan kita turun ke Sungai Besar dan Kuala Kangsar bukan dengan fitnah, bukan dengan tohmahan atau serangan peribadi serta bukan nak tumbuk orang itu dan orang ini.

"Sekarang menteri kabinet pun dah jadi gangster nak tumbuk orang itu, nak tumbuk orang ini. Mari bertumbuk dengan rakyat di Sungai Besar dan Kuala Kangsar," kata Azmin ketika berucap di hadapan kira-kira 300 hadirin pada Himpunan Selamatkan Malaysia di Stadium Malawati, Shah Alam malam tadi.

Meskipun tidak menyebut nama menteri berkenaan namun ucapan tersebut cukup jelas ditujukan kepada siapa.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz semalam sekali lagi berkata beliau tiada masalah 'bertumbuk' dengan pengkritik perdana menteri seperti Tun Dr. Mahathir Mohamad.

"Kalau menteri boleh bersifat gengster apakah kita boleh meletakkan harapan kepada Malaysia dan barisan Kabinet yang ada sekarang?

"Sebab itu kita turun ke Sungai Besar dengan rekod dan fakta kejayaan. Kita telah lakukan reformasi di Selangor, Pulau Pinang dan rakyat telah bangkit, kita ada cerita kejayaan," jelas anggota parlimen Gombak itu lagi.


SOAL TUMBUK MENUMBUK, CABAR MENCABAR AKU TAK AMBIL KISAH SANGAT. TAPI TAK MALU KE KALAU TIDAK PUN KEPADA RAKYAT NEGARA SENDIRI, MASYARAKAT LUAR AKAN MEMANDANG SINIS TERHADAP NEGARA KITA.

BAIK PIHAK YANG MENCABAR ATAU PUN YANG MENYAHUT CABARAN, HENTIKANLAH DRAMA SONGSANG INI. DAH TAK ADA KEJE LAIN KE ???

@ Sent From Samsung Note III
Wechat : sarawakguerreiro
            

Isnin, 2 Mei 2016

BAHANA PRN SARAWAK : AKAN BERAKHIRKAH HUBUNGAN DAP DAN PKR


Tidak seperti pilihanraya-pilihanraya yang sudah, Pilihanraya Negeri Sarawak Ke 11 ini begitu banyak dugaan terhadap pembangkang. Pelbagai masalah yang dihadapi mereka yang setiap satunya seperti tiada jalan penyelesaian.

Belumpun selesai dengan masalah PAS yang meninggalkan Pakatan Rakyat tetapi masih membentuk kerajaan di Selangor, mereka terpaksa menghadapi populariti CM Adenan di Sarawak. DAP sendiri mengakui populariti CM Adenan boleh menjejaskan peluang mereka pada PRN Sarawak termasuklah menggoyangkan kerusi-kerusi yang mereka ada.

Bila menjelmanya PRN Sarawak, timbul pula masalah pembahagian kerusi antara mereka. Rakyat yang menyokong Pakatan Harapan terpinga-pinga apa yang berlaku antara 2 parti teras dalam Pakatan Harapan iaitu PKR dan PAS. Perdebatan mulut antara mereka berlarutan walaupun tinggal 5 hari lagi untuk hari pengundian. Masing-masing menyalahkan satu sama lain sehinggakan mereka langsung tidak fokus berkempen untuk PRN Sarawak.

Memetik kenyataaan yang dikeluarkan oleh Malaysiakini, Lim Guan Eng mendakwa Azmin Ali dan beliau telah menandatangani perjanjian rundingan kerusi dan menyalahkan Azmin Ali yang melanggar perjanjian. Dalam portal yang sama, Nurul Izzah pula mempertahankan Azmin Ali dengan mengatakan laporan tersebut tidak tepat.

Azmin hanya menanda tangani senarai pada 7 April 2016 dan 'secara prinsipnya' seperti yang dilakukan oleh wakil DAP, menandakan ia belum dimuktamadkan. Selepas itu, ada mesyuarat lain dan rundingan selanjutnya berlangsung. Parti kemudiannya memberi kepercayaan kepada Azmin untuk menyelesaikan isu-isu tersebut dengan pimpinan negeri kita di Sarawak. Komunikasi selanjutnya berterusan dengan DAP sehingga malam sebelum hari penamaan calon, namun malangnya, tidak berjaya. Oleh itu, tidak sepatutnya ada rundingan lanjut tentang pemungkiran perjanjian seperti itu" - Nurul Izzah, Malaysiakini

PEMBANGKANG MEMANG DIPERLUKAN UNTUK MEMAINKAN PERANAN "CHECK & BALANCE" KEPADA KERAJAAN. TETAPI KALAU PEMBANGKANG SEBEGINILAH YANG DIHARAPKAN UNTUK MEMBAWA SUARA RAKYAT SARAWAK KE DEWAN, MINTA DIJAUHKAN. PERKARA SEKECIL BEGINI PUN TIDAK BOLEH DISELESAIKAN INIKAN PULA HENDAK MENJADI PEMBANGKANG YANG BAIK, APATAH LAGI KALAU NAK DIHARAPKAN MENJADI KERAJAAN.

GOOGLE SAHAJA MASALAH KERAJAAN CAMPURAN MEREKA DI PULAU PINANG DAN SELANGOR, MAKA AKAN MUNCULLAH KISAH PERTELAGAHAN DALAMAN. SENANG CERITA PEMBANGKANG YANG MENAMAKAN DIRI MEREKA PAKATAN HARAPAN MEMANG TIADA HARAPAN UNTUK BEKERJA BERSAMA.

RAKYAT SARAWAK PUNYA PILIHAN. SAMAADA MEMILIH BARISAN NASIONAL YANG DIPIMPIN OLEH CM ADENAN YANG TELAH TERBUKTI SELAMA LEBIH KURANG 2 TAHUN MEMIMPIN TELAH MEMPERKENALKAN PELBAGAI INISIATIF YANG MENGUNTUNGKAN RAKYAT.

ATAUPUN MEMILIH PAKATAN HARAPAN YANG TIADA HARAPAN BERSAMA. BELUM MEMERINTAH SUDAH CACA MARBA.

@ Sent From Samsung Note III
Wechat : sarawakguerreiro
            

Selasa, 2 Februari 2016

WARKAH BUAT RAKYAT SARAWAK DARI PM @NAJIBRAZAK


Sekembalinya dari Sarawak baru-baru ini, ingin saya berkongsi beberapa perkara dalam pengamatan saya sepanjang berada di Bumi Kenyalang.

Dalam kunjungan saya, sama ada di kota besar mahupun di pedalaman, saya lihat rakyat Sarawak rata-ratanya menerima kepimpinan Barisan Nasional di bawah Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem.

Tan Sri seorang pemimpin yang memahami dengan mendalam kemahuan dan keperluan masyarakat tempatan. Beginilah pemimpin yang kita mahukan, yang rakyat perlukan.

Tan Sri juga tidak pernah segan silu untuk menyuarakan pendapat dan cadangan beliau bagi rakyat dan Kerajaan Negeri Sarawak kepada Kerajaan Persekutuan.

Insya-Allah, tiada lautan yang dapat memisahkan persaudaraan dan persefahaman antara kami di bawah payung Barisan Nasional.

Tan Sri Adenan Satem dan saya akan meneruskan usaha kami untuk merancang rapi dan berusaha memajukan Sarawak agar Bumi Kenyalang ini menikmati hasil pembangunan dan kemakmuran negara secara saksama. Tidak kira sama ada di pedalaman atau di bandar, tidak ada sesiapa yang akan diabaikan dan ketinggalan dalam pentadbiran saya.

Inilah komitmen saya kepada Tan Sri Adenan Satem dan rakyat negeri Sarawak.

Projek-projek besar berpaksikan rakyat seperti pembinaan Lebuhraya Pan Borneo, Jambatan Batang Sadong, penambahbaikan infrastruktur terutamanya institusi pengajian yang telah usang dan sebagainya, telah pun dimulakan dan akan terus dirancang bagi memastikan rakyat Sarawak kekal seiring bersama arus pemodenan negara.

Kerajaan Persekutuan akan terus memacu pertumbuhan Sarawak agar setaraf dengan kemajuan di Semenanjung Malaysia.

Selain itu, Kerajaan Negeri telah membangkitkan perkara-perkara amat munasabah berkaitan penurunan kuasa, dan perbincangan juga berlangsung dalam suasana yang positif. Insya-Allah, proses ini, walaupun mengambil masa, adalah untuk kebaikan masa depan Sarawak dan penduduknya.

Sarawak mempunyai potensi yang amat besar, dan saya yakin bahawa hari ini kita mempunyai kombinasi yang tepat, dari segi sumber hasil bumi, tenaga kerja, semangat jitu rakyat dan kepimpinan berkaliber untuk Sarawak mencapai potensi tersebut.

Tidak lama lagi juga, kita akan menghadapi Pilihan Raya Negeri Sarawak. Saya mahukan semua pihak, dari pucuk pimpinan parti hinggalah ke peringkat akar umbi, untuk kekal bersatu dengan meletakkan kepentingan rakyat sebagai yang terutama.

Jangan biarkan cita-cita atau sebarang kepentingan peribadi menjadi batu penghalang kepada kejayaan Barisan Nasional untuk terus menerajui serta membela nasib rakyat Bumi Kenyalang.

Apa-apa sahaja keputusan yang dibuat oleh kepimpinan Barisan Nasional Pusat dan Negeri hanyalah demi mengukuhkan parti dan memastikan kita kekal memberi perkhidmatan terbaik untuk rakyat Sarawak.

Ayuh rapatkan saf, teguhkan perpaduan dan kita pastikan Sarawak kekal biru di bawah lembayung Barisan Nasional!

Dipetik dari blog Najib Razak

@ Sent From Samsung Note III
Wechat : sarawakguerreiro