Warkah dari Penjara 8 halaman hasil nukilan Anwar Ibrahim yang mengingatkan kepada pembangkang betapa bahayanya kehadiran Tun Dr. Mahathir terhadap Pakatan Harapan langsung tidak dipedulikan oleh DAP. DAP dilihat seperti menganggap peringatan Anwar Ibrahim itu lebih kepada peringatan "orang yang ketakutan dilupakan".
Memetik laporan Malaysiakini , DAP melalui Tony Pua menegaskan akan terus bekerjasama dengan Tun Dr Mahathir walaupun Warkah dari Penjara tulisan Anwar Ibrahim memberi isyarat seperti mahu kerjasama dengan Tun Dr. Mahathir dihentikan.
DAP seperti yang diketahui adalah sebuah parti yang sombong dan bongkak. Tunduknya DAP kepada individu tertentu adalah kerana individu itu akan dijadikan batu loncatan untuk DAP mendapatkan sesuatu. Dalam konteks hubungan DAP dan Tun Dr. Mahathir, DAP mempergunakan Tun Dr. Mahathir untuk mendapatkan KUASA.
Melihat keadaan dan situasi Anwar Ibrahim berada sekarang, mana mungkin keberjaan objektif serta tujuan DAP akan tercapai. Secara lojiknya sememangnya DAP melihat bahawa Anwar Ibrahim tidak lagi relevan untuk mengetuai Pakatan Harapan dan lebih percaya kejayaan mendapatkan kuasa semakin dekat dengan bantuan Tun Dr. Mahathir.
Yang pasti kini hubungan antara parti dalam Pakatan Harapan semakin berserabut.
SETINGGI-TINGGI UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA TUN DR. MAHATHIR KERANA BERJAYA MENGHANCURKAN PAKATAN HARAPAN.
Wechat : sarawakguerreiro
0 ulasan:
Catat Ulasan