Memaparkan catatan dengan label MAHATHIR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MAHATHIR. Papar semua catatan

Ahad, 19 Februari 2017

TUN MAHATHIR : " SAYA TUNGGU NAJIB HERET SAYA KE MAHKAMAH"


BALIK PULAU - Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengheretnya ke muka pengadilan jika dakwaannya sebelum ini tidak betul.

Mahathir berkata, seseorang itu akan melenting jika tuduhan yang dilemparkan terhadapnya tidak benar sebaliknya Najib hanya berdiam diri.

Beliau berkata, sepatutnya Najib sedar rakyat kini mula mengetahui perbuatannya sehingga imej negara tercemar di mata dunia.

"Rakyat tahu, Najib mencuri wang rakyat dan kerajaan sehingga negara menanggung beban hutang yang begitu banyak. Saya hairan, dari dulu saya gelar dia pencuri, tetapi sehingga kini, dia tak pernah mengambil tindakan ke atas saya.

"Selalunya, jika orang tuduh kita perkara yang kita tidak buat, tentu kita marah dan ambil tindakan. Tetapi, Najib relaks saja. Saya tunggu Najib heret saya ke mahkamah kerana panggil dia pencuri (wang rakyat)," katanya ketika berucap di Program Bicara Perdana Bersama Tun Mahathir dihadapan kira-kira 500 hadirin di sini malam tadi.

Program itu turut dihadiri isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, Pengerusi Penyelaras Keahlian Bersatu Pulau Pinang, Marzuki Yahya, Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman dan Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

Bekas Perdana Menteri itu mendakwa, Malaysia kini diambang kejatuhan di bawah pimpinan Najib.

"Adalah tugas Bersatu untuk pulihkan ekonomi negara dari terus dirosakkan Umno dan BN dibawah Najib. Saya rasa sedih untuk minta rakyat jangan sokong BN dan Umno lagi. Ini kerana, saya dahulu pun pemimpin kepada kedua-dua parti itu juga. Tetapi, Umno yang ada sekarang bukan seperti yang dahulu lagi.

"Umno tidak salah tetapi Najib guna Umno dan BN untuk lindungi tindakannya yang menyalahi undang-undang. Kepada yang masih sokong Umno, buang lah. Umno sudah dirosakkan. Dahulu memang kita sokong, tetapi kini tidak lagi. Jangan jual negara kerana disogokkan dengan dedak," katanya.

Dalam pada itu, Mahathir juga menyatakan perjuangan Bersatu yang ingin merampas pemerintahan negara bagi memulihkan semula ekonomi Malaysia di mata dunia.

"Hutang negara kini mencecah RM200 bilion. Saya yakin Najib tidak mampu nak bayar (hutang) balik. Sebab itu perjuangan kita (Bersatu) adalah untuk menyelamatkan negara. Jika tadbir negara, kita akan dapatkan semula wang yang diambil Najib.

"Kita akan dapatkan semula wang yang dibekukan di Singapura dan Amerika Syarikat. Saya harap rakyat buka mata dengan perjuangan kita ini. Perjuangan demi negara. Sekarang ini, rakyat nak mengaku kepada negara luar bahawa mereka dari Malaysia pun malu. Malu sebab ekonomi negara teruk," katanya.

Sambil menyifatkan dirinya ditipu, Mahathir memohon maaf kepada rakyat kerana memilih Najib sebagai Perdana Menteri bagi memimpin negara.

"Saya mohon maaf kerana saya yang menaikkan Najib sebagai Perdana Menteri. Saya ditipu. Sebenarnya dari dahulu saya kerap ditipu. Saya pun tak tahu bagaimana saya ditipu dengan memilih Najib," katanya.

Sumber : Sinar Online

@ Sent From Samsung Note III
Wechat : sarawakguerreiro

            

Jumaat, 4 November 2016

NAZRI AZIZ DAKWA TUN MAHATHIR CEMBURUKAN PM NAJIB


Datuk Seri Nazri Aziz berkata kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap hubungan China-Malaysia hanya kerana alasan mudah iaitu cemburu.

Menteri pelancongan dan kebudayaan itu berkata ini kerana tidak seperti zaman pentadbiran Dr Mahathir, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini berjaya mendapatkan pelaburan terbesar untuk negara.

“Pelaburannya besar dan bukan mudah untuk sesebuah negara melabur sebanyak itu.

“Bila China mahu melabur sebesar itu di Malaysia, ia menunjukkan mereka yakin dengan cara perdana menteri mentadbir negara,” katanya kepada wartawan di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian susulan dakwaan Dr Mahathir yang Najib menjejaskan kedaulatan Malaysia kerana “terlampau bergantung” kepada China selepas kedua-dua negara menandatangani pelbagai urus niaga bernilai RM144 bilion minggu ini.

Dr Mahathir juga memberi amaran yang China mungkin hanya cuba untuk menyimpang dalam kes tuntutan pertindihan wilayah di Laut China Selatan.

“Saya rasa Dr Mahathir fikir masa dia jadi perdana menteri dulu. Masa itu China negara komunis, tapi kini ia ekonomi kedua terbesar dunia.

“Dalam zaman ini isu kedaulatan tidak timbul langsung. Ia tidak akan menjejaskan kita. Dia (Dr Mahathir) cemburu,” katanya.

Nazri mendakwa Dr Mahathir tidak gembira dengan urus niaga bilateral yang bersejarah itu kerana ia menolak dakwaan negarawan berusia 91 tahun yang Malaysia di bawah pentadbiran Najib akan bankrap.

“Pandangannya itu busuk hati dan dia hanya mahu lihat Najib jatuh,” katanya.

Mengulas mengenai perjanjian bilateral itu, Nazi berkata ia akan memberi manfaat kepada ekonomi negara dan pelancongan.

Katanya, tidak seperti Dr Mahathir yang lemah semangatnya dan akan mengalah kepada mana-mana pihak yang melabur ke Malaysia, Najib berprinsip orangnya dan tidak akan merisikokan kedaulatan negara.

“Dr Mahathir tidak mempunyai mental yang kuat, dia akan mengalah dengan China. Najib lain, dia sendiri beritahu saya pelaburan adalah pelaburan, tetapi kedaulatan tetap kedaulatan.

“Tidak ada kompromi dalam isu seperti Laut China Selatan. Itulah dia pemimpin sebenar,” katanya.

-FMT

@ Sent From Samsung Note III
Wechat : sarawakguerreiro
            

Ahad, 23 Oktober 2016

EDISI "IF" : KALAULAH TUN MAHATHIR KEMBALI MENJADI PM


Kalau Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi diberi peluang menjadi Perdana Menteri, apakah yang akan dibaikinya?

Persoalan ini timbul selepas media melaporkan Tun berjanji untuk mengembalikan royalti minyak kepada Kelantan sekiranya beliau, yang kini bersama pembangkang yang rata-rata terdiri daripada musuh politik beliau ketika beliau adalah PM, dapat mengalahkan Umno-BN yang diterajui anak muridnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Walaupun umum mengetahui kenyataan tersebut sekadar janji politik yang sukar dipercayai buat masa ini, namun di sebaliknya mungkin mengisarkan suatu jenis kekesalan akan tindakannya terhadap Kelantan ketika menjadi PM.

Selain royalti minyak dan tersilap pilih Tun Abdullah Badawi dan Najib sebagai PM, apa lagi kekesalan yang Tun rasai sehingga hari ini, terutamanya apabila melihat negara yang dibinanya selama 22 tahun semakin ketinggalan daripada Wawasan 2020 yang diimpikan olehnya buat negara?

Setelah menyertai pembangkang, apakah kini Tun terasa bangga atau sedih dengan sistem pilihan raya dan persempadanan yang dibuat ketika zaman beliau yang menyebabkan Umno-BN susah ditumbangkan?

Memahami kesukaran pembangkang mendapat liputan yang adil, apakah Tun kini terasa bangga dan sedih dengan kuasa yang dikurniakan kepada kerajaan dalam mengawal media tradisional di Malaysia?

Bagaimana pula dengan Umno? Apakah Tun kini bangga atau sedih dengan budaya dan sistem yang ditinggalkannya di dalam Umno, di mana anak muridnya Najib dapat ‘meningkatkan’ mutu budaya dan sistem tersebut sehinggakan isu sebesar 1MDB tidak mampu menghasilkan sedikit riak pun di dalam Umno? Bahkan mereka yang mempersoalkannya semua sudah menjadi pembangkang.

Apa pula pandangan Tun terhadap kuasa Majlis Raja-Raja? Apakah Tun bangga atau sedih dengan kuasa yang ada pada Majlis Raja-Raja, melihat nasib yang menimpa Deklarasi Rakyat yang tidak kebunyian lagi selepas pertemuan Tun dengan Yang di-Pertuan Agong?

Selaku Ketua Umum Pembangkang yang tidak rasmi, sudah pasti Tun dapat merasai dengan jelas masalah sebenar negara yang telah dibutai beliau selama ini ketika beliau di seberang sana dan sibuk memastikan Umno terus hidup berkuasa.

Kini, Tun boleh menebus kekesalan yang wujud di hati sekiranya ada.

Tun boleh mengambil inisiatif bagi memperincikan manifesto beliau buat pilihan raya umum ke-14 – bermula dengan cadangan pembaikan sistem pilihan raya, cara membebaskan media daripada cengkaman kerajaan, pemulangan royalti minyak kepada Kelantan, nasib Umno dan BN (apakah beliau akan kembali ke Umno dan menghidupkannya semula), had tempoh seseorang menjadi PM, pelan meningkatkan pendapatan negara, kedudukan GST, pelan menyama-ratakan padang demokrasi untuk pembangkang dan sebagainya yang menjadi kekesalan beliau hari ini.

Sekiranya manifesto itu menarik, silap-silap Tun akan ditawarkan untuk menjadi PM interim selama setahun sebelum menyerahkan kuasa kepada PM baru yang dipilih oleh pembangkang yang menang. Ini tidak mustahil kerana sehingga kini tiada lagi calon sesuai yang diterima semua pihak dan layak daripada segi undang-undang dalam kalangan pembangkang yang boleh diangkat.

Percayalah Tun adalah pilihan yang lebih baik sebagai calon PM pembangkang berbanding cadangan pilihan Tun sendiri iaitu Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin – dan ramai dalam kalangan pembangkang yang akan bersetuju secara diam-diam, melainkan mereka sekadar mengganggap Tun sebagai kuda tunggangan yang bernilai buat masa ini untuk menumbangkan Umno dan Najib.

Timmy Say adalah pembaca FMT

Di copy bulat-bulat dari FMT

@ Sent From Samsung Note III
Wechat : sarawakguerreiro
            

Rabu, 18 Mei 2016

WARKAH DARI PENJARA : TULIS PANJANG-PANJANG, DAP LANGSUNG TAK PEDULI


Warkah dari Penjara 8 halaman hasil nukilan Anwar Ibrahim yang mengingatkan kepada pembangkang betapa bahayanya kehadiran Tun Dr. Mahathir terhadap Pakatan Harapan langsung tidak dipedulikan oleh DAP. DAP dilihat seperti menganggap peringatan Anwar Ibrahim itu lebih kepada peringatan "orang yang ketakutan dilupakan". 

Memetik laporan Malaysiakini , DAP melalui Tony Pua menegaskan akan terus bekerjasama dengan Tun Dr Mahathir walaupun Warkah dari Penjara tulisan Anwar Ibrahim memberi isyarat seperti mahu kerjasama dengan Tun Dr. Mahathir dihentikan.

DAP seperti yang diketahui adalah sebuah parti yang sombong dan bongkak. Tunduknya DAP kepada individu tertentu adalah kerana individu itu akan dijadikan batu loncatan untuk DAP mendapatkan sesuatu. Dalam konteks hubungan DAP dan Tun Dr. Mahathir,  DAP mempergunakan Tun Dr. Mahathir untuk mendapatkan KUASA.

Melihat keadaan dan situasi Anwar Ibrahim berada sekarang, mana mungkin keberjaan objektif serta tujuan DAP akan tercapai. Secara lojiknya sememangnya DAP melihat bahawa Anwar Ibrahim tidak lagi relevan untuk mengetuai Pakatan Harapan dan lebih percaya kejayaan mendapatkan kuasa semakin dekat dengan bantuan Tun Dr. Mahathir.

Yang pasti kini hubungan antara parti dalam Pakatan Harapan semakin berserabut. 

SETINGGI-TINGGI UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA TUN DR. MAHATHIR KERANA BERJAYA MENGHANCURKAN PAKATAN HARAPAN.

@ Sent From Samsung Note III
Wechat : sarawakguerreiro