Penjawat awam di seluruh negeri bakal menikmati bantuan khas kewangan dua bulan gaji dengan peruntukan kewangan sebanyak RM57.25 juta.
Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pemberian tersebut dibuat sebagai menghargai sumbangan dan kejayaan penjawat awam yang terus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri.
“Sebagai menghargai kejayaan ini, Kerajaan Negeri bersetuju memberikan bantuan khas kewangan sebanyak dua bulan gaji. Pembayaran sebanyak satu
setengah bulan telah pun dilakukan pada 1 Julai 2016 yang lalu.
“Untuk melengkapi bantuan khas kewangan tersebut, setengah bulan lagi akan dibayar pada 20 Disember 2016 untuk membantu penjawat awam membuat persediaan persekolahan anak-anak.
“Pembayaran bantuan khas kewangan dua bulan gaji memberi implikasi kewangan kepada Kerajaan Negeri sebanyak RM 57.25 juta,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2017 di Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, hari ini.
Dalam perkembangan itu, Mohamed Azmin berkata pembayaran bantuan khas berkenaan bakal dibuat tahun ini.
Pada 2016, satu bulan setengah gaji dengan implikasi kewangan sebanyak RM44.1 juta dikeluarkan bagi tujuan pembayaran bantuan kewangan.
Wechat : sarawakguerreiro
0 ulasan:
Catat Ulasan