Isnin, 17 Ogos 2015

PENGANJUR BERSIH 4.0 MEMANG SENGAJA CARI MASALAH


Apa-apa majlis pun, yang melibatkan skala yang besar memerlukan masa untuk mengadakan raptai. Itu semua orang tahu dan faham. Begitu juga sambutan Hari Merdeka yang akan diadakan pada 31 Ogos ini. Sudah semestinya pihak penganjur akan mengadakan raptai agar majlis yang akan diadakan nanti berjalan dengan lancar dan sempurna.

Memetik kenyataan Maria Chin Abdullah di Malaysia Insider yang bertajuk Bersih 4 diteruskan walaupun jika ada raptai hari merdeka, kata Maria Chin.

"Tetapi jika adapun, kita akan cuba bergerak sehampir mungkin ke Dataran sekiranya kita tidak boleh masuk ke dalam.
"Kita akan berkhemah di kawasan sekitar Dataran,"
"Raptai itu juga akan mengganggu lalu lintas, jadi apa bezanya?"
Kenyataan di atas seakan-akan memberitahu kepada penganjur Hari Merdeka dan seluruh rakyat Malaysia

WALAUAPAPUN YANG TERJADI, PERKHEMAHAN BERSIH 4.0 AKAN DITERUSKAN DI DATARAN MERDEKA. TIADA APA YANG BOLEH MENGGANGU KAMI UNTUK MENERUSKAN BERSIH 4.0
Mengapa sengaja mencari ruang untuk berlakunya konflik ? Kalau betulpun nak berkhemah rasanya di Kuala Lumpur banyak lagi tempat untuk mengadakan Perkhemahan Bersih 4.0.

ATAU MEMANG MEREKA MEMERLUKAN KONFLIK KERANA SUDAH TERLALU RINDU DENGAN TINDAKAN PENGUATKUASA UNDANG-UNDANG.

@ Sent From Samsung Note II
Wechat : sarawakguerreiro
BBM Pin : 567E95DF
            

2 ulasan:

  1. BERSIH sudah dibayar sebab itu mereka terpaksa teruskan jugak . Kalau mereka tak buat "kerja" nanti macamana tokey mereka di luar negara nak percaya kepada mereka lagi. Selagi tak huru-hara negara ini selagi itu mereka akan terus buat demo BERSIH. Bagi kita sebagai rakyat biasa BERSIH adalah demo tetapi bagi mereka itulah kerjaya sepenuh masa mereka.

    BalasPadam
  2. Sekarang Justo dah selesai kes mahkamah di Bangkok. Sekarang sudah terbuka ruang untuk siasatan pihak berkuasa Malaysia berhubung jual-beli maklumat email Petro-Saudi yang akan diguna pakai untuk fitnah dan jatuhkan PM Najib. Subjek yang terlibat adalah hero2 DAP dan juga cacai PKR. Sekarang pihak DAP perlu buat kecoh untuk elak exposure Edge dan Tony Pua.

    BalasPadam