Isnin, 10 Ogos 2015

PORTAL @SARAWAKIANA PUNYA "SAMBAL" BANYAK PEDAS WOO !!!


Lantang sungguh Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, yang juga Ahli Parlimen Pantai Dalam mengecam Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem dalam satu sesi ceramah PKR di Sibu malam kelmarin.

Anak gadis Anwar Ibrahim ini memperli "ramai rakyat Sarawak yang "sayang"kan Tok Nan kerana ramai yang merasa ada ruang untuk berubah namun beliau (Nurul) adalah di antara mereka yang paling terkeciwa dengan kenyataan Tok Nan di Stadium Sarawak yang menyokong Datuk Seri Najib dan Timbalan Perdana Menteri yang baharu Datuk Seri Zahid Hamidi".

Nurul mempertikaikan, Adenan, yang beliau (Nurul) dakwa telah mengeluarkan kenyataan, "mengutamakan rakyat Sarawak" dan "tidak mahu memberi penghormatan kepada pimpinan Semenanjung tapi berdiri sebaliknya teguh berdiri dibelakang Perdana Menteri dan Timbalannya."

Penulis nak bertanya sedikit kepada Nurul Izzah, bila dan di manakah Tok Nan pernah mengeluarkan kenyataan; "tidak mahu memberi penghormatan kepada pimpinan Semenanjung"?

Tolong berhati-hati sedikit ketika berceramah di Sarawak ye, jangan terbawa gaya fitnah-mengfitnah sepertimana yang diamalkan oleh pembangkang di Semenanjung.

Seperkara lagi, apakah selama ini Pengerusi PKR Negeri Baru Bian dan barisan pemimpin PKR Sarawak "tidak memberi penghormatan kepada pimpinan PKR Semenanjung"; mantan Ketua De-facto Pakatan rakyat Anwar Ibrahim (bapak Nurul), Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail (emak Nurul) dan Nurul sendiri?

Untuk menjawab soalan diatas, seseorang pemimpin haruslah disokong dan dihormati maka itulah dilakukan oleh Tok Nan sekarang.

Tok Nan memang mengutamakan rakyat Sarawak dan biarpun baru memegang pucuk kepimpinan negeri ini selama 15 bulan, banyak dasar dan polisi telah diperbaiki demi untuk kesejahteraan rakyat negeri ini.

Dalam masa yang singkat, Tok Nan telah menurunkan harga elektrik di seluruh negeri Sarawak bahkan, tarif elektrik Sarawak kini adalah di antara yang terendah di Malaysia dan rantau ini.

Tol di Jambatan Lanang, Sibu sudah di mansuhkan sementara tol di Jambatan Tun Salahuddin, Kuching sedang dalam perbincangan untuk dimansuhkan.

Semua perkhidmatan 12 buah feri di seluruh negeri Sarawak yang di anggarkan dengan bayaran RM5 ke RM10 telah di seragamkan caj feri kepada hanya RM1.

Untuk memastikan Sarawak tidak hilang punca pendapatan, Tok Nan telah memerangi aktiviti curi pokok kayu oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab dengan sesuka hati secara besar-besaran yang menyaksikan tahun ini sahaja, sebanyak 200 lebih serbuan telah dibuat dan banyak kayu telah di rampas serta banyak tangkapan yang telah di buat.

Mengenai tuntutan royalti minyak, Adenan telah berikrar tidak akan berhenti mendesak untuk mendapat royalti lebih dari lima peratus.

Pelbagai projek bernilai ratusan juta ringgit telah atau sedang dilaksanakan oleh kerajaan Tok Nan dan ini semua adalah untuk rakyat negeri ini.

Pesanan ikhlas dari penulis kepada Nurul atau mana-mana pemimpin pembangkang, khususnya yang cuba menyerang Tok Nan, buatlah kerja rumah terlebih dahulu sebelum datang ke sini memburuk-burukkan Ketua Menteri kami. 

- Sarawakiana

GAYA BERPOLITIK DI SEMENANJUNG TAK PERLULAH DIBAWA KE SARAWAK WAHAI NURUL IZZAH. KAMI DI SARAWAK AMAT-AMAT TIDAK SUKA.

JANGAN BUAT LAGI YE.

@ Sent From Samsung Note II
Wechat : sarawakguerreiro
BBM Pin : 567E95DF 
            

2 ulasan:

  1. Tidak dinafikan tok nan setakat ini melakukan perubahan..namun menyokong pemimpin umno yg bermasalah iaitu najib yang sekarang ditentang oleh ahli partinya sendiri merupakan satu tindakan kurang bijak..percaturan yang akan memakan diri dan akibat yg teruk kpd sarawak kemudian hari. Penulis mengatakan pembalakan haram tapi bukankah pimpinan pbb bersama penyokong mengatakan tiada berlaku pembalakan haram selama ini?? Walaupun bukti telah diberi oleh pimpinan pkr kpd sprm namun tiada tindakan diambil. Hanya apabila ketua menteri tok nan bersabda barulah gegak gempita para menteri2 dan penyokong kata pembalakan haram berlaku..apa awang tengah tidur ke selama 10 thn jaga hutan??

    BalasPadam