Isnin, 24 Ogos 2015

MEROYAN NEWS : PEMIMPIN DAP SANGGUP MENGAKU JADI RAKYAT SINGAPURA !!!


Violet Yong (DAP Sarawak) semalam menyatakan bahawa beliau malu untuk mengaku sebagai rakyat Malaysia sewaktu pergi ke luar negara, malah terpaksa mengaku sebagai rakyat Singapura akibat isu yang melanda Malaysia sekarang.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak untuk kawasan Pending itu turut berkata isu 1MDB berkaitan derma RM2.6billion ke akaun Perdana Menteri banyak menghabiskan wang rakyat.

Berucap semasa ceramah 'Kopitiam Talk' anjuran DAP Sarawak semalam, Violet turut menyatakan bahawa Ketua Menteri Sarawak tidak menepati janji berkenaan isu penjualan tanah seluas 267 ekar di Batu Kawa walaupun YB Chong telah mempunyai pembeli dengan harga yang lebih mahal.

"Adenan masih dikawal oleh TYT Taib Mahmud, bekas Ketua Menteri Sarawak", tegas beliau lagi.

Menurut Violet, DAP menyokong usaha Ketua Menteri Sarawak memansuhkan tol jambatan Lanang tetapi isu pendidikan masyarakat Cina (UEC), pengisian jawatan kerajaan tanpa mengira bangsa dan isu tender terbuka masih dilakukan separuh jalan.

Violet turut menjangka pilihanraya negeri Sarawak akan diadakan dalam tempoh 7 bulan akan datang.

"Penambahan dari 71 ke 82 kerusi pilihanraya terutama untuk kawasan pedalaman agak sukar untuk DAP kerana saluran media yang terhad dan dikawal oleh kerajaan BN", tambah beliau lagi.

YB Violet Yong turut menyeru orang ramai agar sama-sama menghadiri perhimpunan Bersih 4.0 akan datang.

"Kita perlu pertahan dan kembalikan kuasa autonomi Sarawak seperti hak kutipan cukai 50%, jawatan doktor perubatan, polis dan guru yang mana masih dibawah kuasa kerajaan persekutuan", tegas Violet.

Dipetik dari blog Melanau Blogger

KALAU YA PUN NAK BERPOLITIK, JANGANLAH SAMPAI MALU MENGAKU MENJADI RAKYAT MALAYSIA. 

DALAM RUKUN NEGARA, KESETIAAN KEPADA NEGARA DILETAKKAN SEBAGAI RUKUN YANG KEDUA SELEPAS KEPERCAYAAN KEPADA TUAN. INI BERMAKSUD BETAPA TINGGINYA PENEKANAN TERHADAP KESETIAAN KEPADA NEGARA.

KALAU DAH MALU JADI RAKYAT MALAYSIA, BERHIJRAHLAH KE NEGARA YANG ANDA SUKAI. 

@ Sent From Samsung Note II
Wechat : sarawakguerreiro
BBM Pin : 567E95DF
            

0 ulasan:

Catat Ulasan