Jumaat, 14 Ogos 2015

APA NAK HAIRAN : MALAYSIAKINI MEMANG MEDIA SAMPAH SARAP


Sudah berkali-kali Malaysiakini dibuktikan sebagai media sampah-sarap yang kewujudannya dibiayai oleh dana asing yang bertujuan untuk melumpuhkan dan menghancurkan negara ini dengan menggunakan pendekatan pemusingan dan penipuan fakta dalam laporan berita.

Bagaimanapun, berbeza dengan Utusan Malaysia yang kerap disaman dan dikenakan tindakan undang-undang, Malaysiakini bagaikan bebas daripada segala tindakan. Malahan, dalam banyak kes, Malaysiakini dilihat lebih atas daripada undang-undang negara apabila mereka bebas berbuat dan melaporkan apa-apa sahaja, termasuklah berita-berita fitnah yang bertujuan mewujudkan ketidaktenteraman di dalam negara.

Malah di sebalik AMARAN KERAS oleh Menteri Dalam Negeri bahawa tindakan akan diambil tanpa sebarang isyarat atau amaran, Malaysiakini sedikit pun tidak peduli. Malahan mereka semakin berani untuk terus melakukan penipuan demi penipuan.

Kemelut yang tercetus dan membabitkan SPRM dengan tindakan pemindahan tugas dua orang pegawai kanan SPRM ke Jabatan Perdana Menteri, telah digunakan sepenuhnya oleh Malaysiakini untuk menipu.

Baca Selanjutnya di blog THE DEVOURED SAVIOUR OF TFK

RAKYAT MALAYSIA RASANYA CUKUP-CUKUP MATANG UNTUK MENILAI KESAHIHAN SESUATU BERITA.

HANYA YANG BUTA HATI DAN BUTA KAYU SAHAJA YANG MEMPERCAYAI FITNAH MALAYSIAKINI.

@ Sent From Samsung Note II
Wechat : sarawakguerreiro
BBM Pin : 567E95DF
            

1 ulasan:

  1. Bila The Edge dikenakan tindakan, Nazir Razak bising pasal kebebasan media.. bila Utusan Malaysia disaman aritu.. Nazir Razak tak kata apa.. gembira agaknya..? Pirah.. nak masuk politik masuk je la.. bukan rahsia lagi Nazir pendokong DAP.. apabila UA nak bagi Ijazah Kehormat, tak mau.. tapi kalau Uni yang ditaja DAP bagi... terima pulak.. belah la Nazir..

    BalasPadam