Khamis, 13 Ogos 2015

PERJUANGAN AUTONOMI SARAWAK : CM ADENAN ATAU YB CHONG CHIENG JEN YANG USAHAKAN ???


Masih diingati pada tanggal 4 Jun 2015, CM Adenan Satem menggemparkan seluruh Malaysia dengan meminta KUASA AUTONOMI SARAWAK dikembalikan di hadapan PM Najib Razak sewaktu majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Stadium Perpaduan Kuching. 

Selepas itu, perbincangan demi perbincangan telah diadakan antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan demi merialisasikan perkara ini.

Tanggal 10 Ogos 2015, PM Najib Razak sewaktu berucap di Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibarkan Jalur Gemilang di Padang Merdeka Kuching, beliau memberi jaminan lebih banyak kuasa pentadbiran membabitkan jabatan dan agensi persekutuan bakal diserahkan kepada kerajaan negeri di Sabah dan Sarawak dalam usaha merangsang pembangunan di kedua-dua negeri terbabit. Beliau sudahpun mengarahkan Ketua Setiausaha Negara (Tan Sri Dr Ali Hamsa) untuk meneliti perkara ini, Ianya termasuk mengadakan perbincangan lanjut dengan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Sabah, begitu juga Sarawak.

Daripada kronologi di atas, tidakkah tindakan permulaan CM Adenan menjadikan penurunan kuasa atau dalam bahasa mudahnya KUASA AUTONOMI ini menuju keberhasilan..

Tiba-tiba semalam YB Chong Chieng Jen mendesak untuk diadakan usul berkaitan autonomi pada sidang khas DUN yang akan diadakan pada 17 Ogos ini. Beliau juga turut mendesak agar autonomi yang akan diserahkan nanti bukannya berbentuk autonomi separuh tetapi autonomi penuh meliputi empat bidang yakni pendidikan, kesihatan, keselamatan dalam negeri dan pencukaian

Agak janggal rasanya desakan YB Chong Chieng Jen tersebut. Seolah-olah beliaulah yang bermati-matian memperjuangkan KUASA AUTONOMI ini. Kalau diikutkan yang bekerja keras, yang bersuara lantang, yang sentiasa berulang alik dari Kuching ke Putrajaya adalah CM Adenan. 

DAP CUBA MENDAPATKAN KEUNTUNGAN POLITIK DARIPADA HASIL PERJUANGAN BN SARAWAK DALAM ISU KUASA AUTONOMI. 

NIAT MEREKA AMAT DIFAHAMI. MEREKA AKAN JADIKAN KEBERHASILAN RUNDINGAN KUASA AUTONOMI INI SEBAGAI MODAL POLITIK PADA PRN AKAN DATANG DAN MELAUNGKAN KEPADA RAKYAT SARAWAK BAHAWASANYA ATAS DESAKAN MEREKALAH SEDIKIT KUASA AUTONOMI DAPAT DISERAHKAN. 

DAN SEKIRANYA RAKYAT SARAWAK BERKEHENDAKKAN LEBIH KUASA AUTONOMI, MAKA RAKYAT SARAWAK HARUS MEMILIH MEREKA PADA PRN AKAN DATANG.

INILAH YANG DISEBUT DI DALAM PERIBAHASA MELAYU.

"LEMBU PUNYA SUSU, SAPI DAPAT NAMA"

# AMAT SENANG BACA GAME DAP

*** Dikhabarkan petang tadi usul yang cuba dibawa oleh DAP ke sidang DUN Khas telah ditolak. Syukur

@ Sent From Samsung Note II
Wechat : sarawakguerreiro
BBM Pin : 567E95DF

            

0 ulasan:

Catat Ulasan