Jumaat, 28 Ogos 2015

BATTLE NEWS : TARIKH PRN SARAWAK SUDAH DITETAPKAN


Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem menghangatkan lagi spekulasi pilihan raya negeri apabila memaklumkan beliau sudah memilih tarikh sesuai untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11). 

"Tarikh PRN11 sudah saya pilih dan tetapkan, cuma belum tiba masa sesuai untuk ia diberitahu kepada anda (media)," katanya sambil menyatakan sudah semestinya pilihan raya itu diadakan sebelum tamat tempoh penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Jun tahun depan. 

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak ditemui selepas melancarkan Kempen Kibarkan Jalur Gemilang anjuran Jabatan Ketua Menteri di Wisma Bapa Malaysia, di sini sebentar tadi. 

Katanya, proses pemilihan hampir semua calon yang akan membawa bendera BN sudah dimuktamadkan. 

"Cuma ada beberapa orang sahaja lagi sedang kita teliti," katanya. 

Pada masa yang sama, beliau berkata jentera pilihan raya BN Sarawak sudah bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan pilihan raya jika diadakan lebih awal. - KLXPRESS

GENDANG PERANG SUDAH BERBUNYI, HANYA MENUNGGU PANGLIMA ISTIHARKAN PERANG.

@ Sent From Samsung Note II
Wechat : sarawakguerreiro
BBM Pin : 567E95DF


            

0 ulasan:

Catat Ulasan