Memaparkan catatan dengan label SPRM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SPRM. Papar semua catatan

Jumaat, 27 Januari 2017

"TUNGGULAH" : SOUND KP #SPRM KEPADA AHLI POLITIK RASUAH


PETALING JAYA: Ahli politik yang terbabit dengan rasuah tidak akan terlepas daripada dikenakan tindakan, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Dzulkifli Ahmad memberi amaran.

Dalam satu temu bual secara langsung di televisyen pada Khamis, Dzulkifli berkata, beliau pernah menegaskan bahawa tindakan akan diambil ke atas sesiapa sahaja yang mengamalkan rasuah, termasuklah ahli-ahli politik tanpa mengira pangkat.

"Pada hari ke-100 saya sebagai ketua SPRM, saya menyatakan bahawa saya tidak akan berhenti daripada mengambil tindakan ke atas ahli-ahli politik.

"Malam ini, saya ingin katakan kepada ahli politik yang terlibat dengan rasuah, 'tunggulah'," katanya.

Dzulkifli berkata, SPRM tidak bimbang dengan 'individu-individu dilindungi' yang melakukan rasuah sistemik.

"Tidak timbul isu mereka dilindungi, saya boleh jamin bahawa semua mereka yang melakukan rasuah tidak akan dibiarkan. Saya akan mengambil tindakan terhadap mereka tanpa rasa takut atau pilih kasih," tegas beliau.

Dzulkifli, bagaimanapun, berkata SPRM mempunyai keterbatasannya sendiri.

"Kita hanya ada 2,900 anggota dan pegawai dalam SPRM, di mana hanya 900 orang melaksanakan tugas penguatkuasaan undang-undang, manakala selebihnya, antara lain berada di jabatan pencegahan dan pendidikan.

"Selain itu bajet juga telah dipotong dan ia berada pada tahap paling rendah sejak 2013," katanya.

Dzulkifli, bagaimanapun berkata beliau tidak akan membenarkan keterbatasan ini untuk menghalang mereka daripada menjalankan kewajipannya.


Sumber : MStar Online

            

Rabu, 25 Januari 2017

IKRAR BEBAS RASUAH : PERKARA PERTAMA DILAKUKAN OLEH CM ABANG JO


KUCHING: Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Abang Abdul Rahman Zohari Openg hari ini mengetuai sembilan menteri dan 18 menteri muda negeri melafaz dan menandatangani ikrar bebas rasuah.

Majlis disaksikan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Dzulkifli Ahmad dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kwan.

Selesai majlis itu Abang Johari mempengerusikan mesyuarat kabinetnya yang pertama di Wisma Bapa Malaysia di sini.

– BERNAMA
            

Jumaat, 14 Ogos 2015

APA NAK HAIRAN : MALAYSIAKINI MEMANG MEDIA SAMPAH SARAP


Sudah berkali-kali Malaysiakini dibuktikan sebagai media sampah-sarap yang kewujudannya dibiayai oleh dana asing yang bertujuan untuk melumpuhkan dan menghancurkan negara ini dengan menggunakan pendekatan pemusingan dan penipuan fakta dalam laporan berita.

Bagaimanapun, berbeza dengan Utusan Malaysia yang kerap disaman dan dikenakan tindakan undang-undang, Malaysiakini bagaikan bebas daripada segala tindakan. Malahan, dalam banyak kes, Malaysiakini dilihat lebih atas daripada undang-undang negara apabila mereka bebas berbuat dan melaporkan apa-apa sahaja, termasuklah berita-berita fitnah yang bertujuan mewujudkan ketidaktenteraman di dalam negara.

Malah di sebalik AMARAN KERAS oleh Menteri Dalam Negeri bahawa tindakan akan diambil tanpa sebarang isyarat atau amaran, Malaysiakini sedikit pun tidak peduli. Malahan mereka semakin berani untuk terus melakukan penipuan demi penipuan.

Kemelut yang tercetus dan membabitkan SPRM dengan tindakan pemindahan tugas dua orang pegawai kanan SPRM ke Jabatan Perdana Menteri, telah digunakan sepenuhnya oleh Malaysiakini untuk menipu.

Baca Selanjutnya di blog THE DEVOURED SAVIOUR OF TFK

RAKYAT MALAYSIA RASANYA CUKUP-CUKUP MATANG UNTUK MENILAI KESAHIHAN SESUATU BERITA.

HANYA YANG BUTA HATI DAN BUTA KAYU SAHAJA YANG MEMPERCAYAI FITNAH MALAYSIAKINI.

@ Sent From Samsung Note II
Wechat : sarawakguerreiro
BBM Pin : 567E95DF
            

Khamis, 6 Ogos 2015

SOKONG SPRM : PEMBANGKANG MUDAH LUPA ATAU BUAT-BUAT LUPA ???


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengucapkan terima kasih di atas kunjungan kira-kira 10 wakil rakyat pembangkang ke ibu pejabatnya di Putrajaya pagi ini.

Pengarah Komunikasi Strategiknya, Datuk Rohaizad Yaakob berkata, beliau mengucapkan terima kasih terhadap sokongan yang diberikan.

"Terima kasih banyak-banyak kerana beri sokongan pada SPRM.

"Kami buat kerja kami sehabis baik secara jujur, telus dan sepenuh masa," katanya dalam sidang media di perkarangan ibu pejabat SPRM di Putrajaya hari ini.

Antara wakil rakyat yang hadir ialah Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang dan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad. Turut hadir ialah Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB) Mohamad Sabu dan MP Pandan, Rafizi Ramli.

Artikel Malaysiakini


HEBATNYA PEMBANGKANG DI MALAYSIA INI DISEBABKAN MEREKA BOLEH BERTINDAK MENUKAR WARNA BAK SESUMPAH. TINDAKAN YANG DILIHAT AMAT-AMATLAH MURAHAN SEKALI.

KITA MASIH INGAT, SEWAKTU KES KEMATIAN TEOH BENG HOCK DULU, KREADIBILITI SPRM DICALAR DENGAN TERUK SEKALI OLEH ORANG YANG SAMA YANG DATANG KE PEJABAT SPRM UNTUK MEMBERIKAN SOKONGAN HARI INI.

TIDAK LAH MENJADI SATU KESALAHAN UNTUK PIHAK PEMBANGKANG MENYATAKAN SOKONGAN KEPADA SPRM. CUMA RAKYAT MALAYSIA TIDAK PERLULAH TERMAKAN PERMAINAN POLITIK MURAHAN PEMBANGKANG. SOKONGAN YANG DIBERIKAN INI HANYALAH WAYANG SEMATA-MATA UNTUK MENDAPATKAN KEUNTUNGAN POLITIK.

@ Sent From Samsung Note II
Wechat : sarawakguerreiro
BBM Pin : 567E95DF