Memaparkan catatan dengan label ABG JO. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ABG JO. Papar semua catatan

Isnin, 7 Ogos 2017

CAKAP SERUPA BIKIN : SYARIKAT MINYAK SARAWAK (PETROS) TERTUBUH SECARA RASMI


Syarikat minyak dan gas milik penuh Sarawak, Petroleum Sarawak (Petros), telah ditubuhkan secara rasmi, demikian diumumkan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg di sini malam tadi.

Beliau berkata anggota lembaga pengarah syarikat itu sudah dilantik dan mereka terdiri daripada profesional kelahiran Sarawak, yang berpengalaman luas dalam industri minyak dan gas, manakala tiada seorang pun daripada mereka adalah ahli poilitik.

"Malam ini, saya ingin memaklumkan kepada anda bahawa kita telah menubuhkan secara rasmi syarikat minyak kita, Petros," katanya, yang disambut dengan tepukan bergemuruh hadirin ketika berucap kepada staf kementerian dan pejabat beliau pada majlis makan malam penghargaan anjuran pejabatnya di sebuah hotel terkemuka di sini malam tadi.

Ketua menteri, yang diiringi isteri, Datin Amar Juma'ani Tun Tuanku Bujang, bagaimanapun tidak menyatakan nama anggota lembaga pengarah, pengerusi atau ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat itu.

Penubuhan Petros merupakan langkah yang julung kali diambil kerajaan negeri bagi membolehkan Sarawak melibatkan diri secara aktif dalam pengeluaran minyak dan gas di Sarawak, sambil meneruskan permohonannya bagi mendapatkan 20 peratus royalti daripada Petronas.

Tanpa menamakan calonnya, beliau berkata ketua pegawai eksekutif Development Bank of Sarawak (DBOS) yang baru ditubuhkan, telah dilantik dan bank itu akan memulakan operasinya tidak lama lagi.

Katanya semua anggota lembaga pengarah DBOS adalah profesional dan bukan ahli politik, dan dipengerusikan Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani, yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri.

Beliau juga memberitahu hadirin bahawa langkah sedang diambil untuk meningkatkan keupayaan modal insan di negeri ini dengan memberi peluang kepada rakyat Sarawak melanjutkan pengajian di peringkat lepasan ijazah di dalam dan luar negara.

Katanya, Yayasan Sarawak, yang beliau pengerusikan, akan menambah biasiswa dan pinjaman kepada pelajar Sarawak yang layak memasuki universiti tempatan dan luar negara bagi mengikuti pengajian di peringkat lepasan ijazah.

"Sebuah majlis penyelidikan negeri dengan dipengerusikan Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi akan ditubuhkan bagi menyelia semua usaha penyelidikan pada masa akan datang dan bagaimana ia boleh memberi manfaat kepada negeri ini," kata Abang Johari, sambil menjelaskan bahawa beliau sendiri telah mengarahkan agar penyelidikan dilakukan dengan kerjasama Swinburne University mengenai usaha memprototaipkan mesin menuai buah sawit.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua kementerian atas sokongan mereka dalam melaksanakan dasar, pendekatan dan teknologi baharu bagi mentransformasi Sarawak menjadi ekonomi digital di bawah kepimpinannya.

Majlis itu diadakan bersempena ulang tahun kelahiran Abang Johari ke-67 pada 4 Ogos.

Sumber : Bernama

@ Sent From Samsung Note III
Wechat : sarawakguerreiro
            

Isnin, 10 Julai 2017

EDISI JAGUNG : "JAGUNG INI JAGUNG MANIS"


Walaupun ada pihak menggelar Menteri Pelancongan, Keseniaan, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah sebagai setahun jagung, Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg sebaliknya menganggap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya itu sebagai 'jagung manis'.

"Meskipun Karim 'setahun jagung', jagung ini manis. Ada pihak menyatakan Karim setahun jagung, jika anda ingin mencari jagung, sudah pasti anda mencari jagung muda kerana manis dan segar," katanya.


@ Sent From Samsung Note III
Wechat : sarawakguerreiro
            

Rabu, 31 Mei 2017

VIDEO PANAS : CM ABG JO DEDAH RAHSIA SEMPENA HARI GAWAI


Gawai Dayak merupakan perayaan yang disambut di Sarawak oleh kaum pribumi Sarawak, terutamanya Iban, Bidayuh dan Orang Ulu seperti Kayan dan Kenyah, dan juga komuniti Dayak di Kalimantan Barat. Kebanyakan kaum-kaum Dayak ini masih tinggal di rumah-rumah panjang dan setengah-tengahnya tinggal berkelompok di kampung-kampung. Ada juga yang sudah tinggal menetap di bandar-bandar untuk mencari pekerjaan dan sara hidup yang lain.

Gawai bermaksud pesta. Jadi, Gawai Dayak adalah Pesta Dayak. Gawai Dayak merupakan hari menyambut tahun baru yang ditandakan dengan berakhirnya musim menuai padi dan bermulanya musim menanam padi yang baru. Ia merupakan musim perayaan pesta-pesta tradisi dan sosial.

Dalam video ucapan CM Abg Jo sempena Gawai Dayak 2017 yang berdurasi 4.25 minit ini, beliau telah mendedahkan satu perkara yang tidak terjangka oleh kita semua iaitu bagaimana pengiktirafan perlu ada hari kelepasan umum di Sarawak diperolehi.




Antara mereka yang giat memohon pengiktirafan ini ialah mendiang Datuk Tra Zehnder dan ayahanda saya sendiri, Tun Abang Haji Openg.
Pendedahan ini menandakan bahawa sejak dahulu lagi pemimpin-pemimpin BN Sarawak tanpa mengira keturunan dan bangsa akan memperjuangkan hak-hak semua keturunan di Sarawak. 

Jadi kepada pengkritik CM Abg Jo yang sebelum ini menggunakan isu-isu sensitif terhadap latar belakang beliau, pendedahan ini menjawab segalanya.


@ Sent From Samsung Note III
Wechat : sarawakguerreiro




            

Khamis, 16 Februari 2017

#CMABGJO AKAN PASTIKAN PENTADBIRAN BEBAS RASUAH



LUNDU - Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata beliau amat serius dalam memastikan pentadbiran beliau bebas daripada sebarang bentuk rasuah.

"Saya sangat serius mengenai ikrar bebas rasuah yang kita (menteri kerajaan negeri dan menteri muda) buat di hadapan ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tetapi paling saya takut ialah Tuhan dan saya tidak akan benarkan rasuah berlaku dalam pentadbiran saya," katanya.

Abang Johari berucap pada majlis makan malam Tahun Baru Cina di sini malam ini yang dihadiri lebih 1,000 orang daripada pelbagai kaum.

Beliau berkata beliau akan memastikan semua menteri dan menteri muda beliau bersih dan berjanji yang beliau akan menjadi ketua menteri yang adil kepada semua kaum dan agama.

Beliau akan mengumumkan tidak lama lagi hala tuju baru ekonomi negeri yang akan memanfaat semua kaum di Sarawak, katanya.

Pada majlis tersebut, Abang Johari mengumumkan peruntukan RM6 juta bagi Sekolah Cina di Sarawak.

Beliau turut mengumumkan peruntukan RM300,000 untuk SJK Chung Hua Lundu bagi kerja-kerja baik pulih bangunan sekolah berkenaan. 

Sumber : Bernama

@ Sent From Samsung Note III
Wechat : sarawakguerreiro
            

Rabu, 25 Januari 2017

IKRAR BEBAS RASUAH : PERKARA PERTAMA DILAKUKAN OLEH CM ABANG JO


KUCHING: Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Abang Abdul Rahman Zohari Openg hari ini mengetuai sembilan menteri dan 18 menteri muda negeri melafaz dan menandatangani ikrar bebas rasuah.

Majlis disaksikan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Dzulkifli Ahmad dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kwan.

Selesai majlis itu Abang Johari mempengerusikan mesyuarat kabinetnya yang pertama di Wisma Bapa Malaysia di sini.

– BERNAMA