Memaparkan catatan dengan label BN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BN. Papar semua catatan

Selasa, 26 September 2017

5 TERAS TAWARAN PAKATAN HARAPAN SARAWAK HANYALAH SATU "KEGELAPAN YANG NYATA"


Re: 5 Dalil kenapa 5 Teras Tawaran PH untuk Sarawak bukan satu "Harapan yang Tulen" malah satu "Kegelapan yang Nyata".

Pertama, satu hakikat yg perlu diterima dan diakui oleh semua warga negeri Sarawak ialah semua parti politik yang membentuk Pakatan Harapan ialah Parti Politik yang akar umbi penubuhan mereka adalah berasal dan berpusat di Semenanjung Malaysia.

Ke-2, dalam kumpulan tersebut, DAP yang dikuasai secara dominan oleh pemimpin-pemimpin kaum Cina, sebagai sebuah parti politik yang paling tua atau "senior" dan paling banyak memenangi kerusi Parlimen sudah tentu inginkan suara dan pendapat mereka mendominasi halatuju serta falsafah politik dlm Pakatan Harapan. 

DAP sudah hampir 15 tahun mentadbir Pulau Pinang dibawah Ketua Menteri DAP Lim Guan Eng, cuba rujuk dan baca balik semua janji-janji pilihanraya serta manisfesto yang mereka laung-laungkan dulu. 

Bila DAP menang, semua terbalik tunggang langgang. Malah Ketua Menteri mereka sekarang sedang mengadap tuduhan dan tindakan mahkamah kerana kes rasuah.

Ke-3, 3 parti politik lain dlm Pakatan Harapan iaitu Keadilan, Amanah dan PPBM pula ditubuh oleh pemimpin-pemimpin Melayu Semenanjung Malaysia yg samada mereka ini sudah banyak kali kalah piliharaya, kecewa, berdendam atau sememangnya gila kuasa.

Apakah rakyat Sarawak ingin nasib masa depan dan perjuangan kita di tentukan oleh pemimpin-pemimpin seperti ini?

Ke-4, cuba lihat suasana politik di Semenanjung Malaysia sekarang ini di mana semua parti-parti dalam Pakatan Harapan ini bertapak. 

Apakah anak-anak jati negeri Sarawak tidak melihat dan menyedari betapa huru-hara dan mengelirunya suasana politik di seberang sana sekarang ini?

Fitnah politik yang jijik, buruk-sangka yang melampau, perkauman dan penghinaan agama sedang rancak berlaku dan bermula di sana.

Apakah kita di negeri Sarawak mahu keadaan yg sama berlaku di laman rumah kita sendiri?

Ke-5, Pemimpin-pemimpin utama parti pembangkang di Sarawak sebenarnya bertuankan pemimpin-pemimpin dari Semenanjung Malaysia. 

Mereka (DAP, PKR, Amanah & PPBM Sarawak) memuja dan menerima arahan dari jauh pemimpin-pemimpin mereka seperti Lim Kit Siang, Annuar Ibrahim, Tun Mahathir dan Mat Sabu.

Apakah pemimpin-pemimpin utama Pakatan Harapan ini benar-benar ikhlas dan jujur serta perihatin akan mengubah nasib kita di Sarawak terutama di kawasan luar bandar?

Kesimpulan, peringatan saya kepada pemimpin-pemimpin yang tidak sedar diri dari Semenanjung Malaysia ini ialah 

"Sebelum tuan-tuan sibuk dengan keadaan lalang di rumah kami, elok tuan-tuan tebas dulu lalang di laman rumah sendiri yang saya rasa sudah semakin semak belukar dan mungkin sudah banyak membiak binatang-binatang liar seperti ular dan lipan. Binatang-binatang ini membahayakan jiran dan org ramai".

Jangan main-main dengan istilah 'Masa Depan'. Kita mahu nasib kita di pimpin oleh pemimpin-pemimpin yang ada 'Masa Depan' dalam agenda mereka dan parti-parti politik yang ada 'Masa Depan' dalam perjuangan mereka.

Pakatan Harapan adalah sebuah parti yang kering serta rapuh dan tidak ada asas kukuh untuk menjanjikan sebarang bentuk "Harapan" untuk rakyat malah banyak kearah "Kegelapan".

5 Teras Baru yang diumumkan dan ditawar oleh Pakatan Harapan yang berkaitan tentang "Hak Negeri" untuk rakyat Sarawak bolehlah saya rumuskan sebagai "Ibu Pembohongan" serta tanda "Kemuncak Teragung Politik Hipokrit serta Putar Belit" dari Pakatan Harapan.

Kenapa pemimpin-pemimpin Pembangkang dari negeri Sarawak tidak bertanya kepada Tetamu Kehormat mereka baru-baru ini, Tun Mahathir tentang Hak-hak negeri yg sebenarnya terhakis dan terpinggir semasa Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri?

Kenapa Tun Mahathir buat macam-macam projek-projek Mega di semenanjung tapi tidak di Sarawak?

Malah banyak projek mega Tun Mahathir yang gagal serta membazir beratus juta ringgit dan akhirnya menjadi skandal. 

Kalau Tun Mahathir benar-benar ikhlas dan jujur tentang kebajikan kita di Sarawak, sudah lama dulu banyak kawasan kita terutama di pendalaman sepatutnya telah mendapat jalan-jalan elok serta kemudahan air dan elektrik.

Tun Mahathir berpeluang untuk membaiki keadaan banyak sekolah-sekolah kita yang usang dan tidak senonoh tapi dia tidak memperdulikan itu semua.

Pendek kata semasa menjadi Perdana Menteri, Tun Mahathir telah gagal memberi negeri Sarawak pembangunan infrastruktur yang sepatutnya malah menyalurkan wang hasil dari minyak negeri Sarawak kearah kepentingan kroni-kroni beliau yang semua mereka sedang menentang kerajaan sekarang ini kerana kepentingan peribadi mereka mula terhakis oleh polisi kerajaan BN yang banyak berkiblat ke arah mensejahterakan rakyat.

Begitu juga Dato Seri Anwar Ibrahim yang dulunya Menteri Kewangan dan banyak juga meminggir kepentingan kita di Sarawak.

Pemimpin-pemimpin pembangkang negeri Sarawak pula menyanjung pemimpin-pemimpin seperti Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim sebagai bakal penyelamat nasib masa depan kita di Sarawak. 

Pengikut dan penyokong-penyokong pembangkang di negeri Sarawak yang sememangnya jenis "muka tak malu" menyalak sana sini bercakap tentang hak-hak negeri tapi yang peliknya mereka memuja dan mendukung kepimpinan mereka yang terlibat secara langsung dalam menghakis hak dan kepentingan kita dulu.

Saya yakin dan percaya majoriti orang-orang Sarawak yang berfikiran matang serta cintakan keamanan adalah jauh lebih cerdik dan bijak untuk menentukan halatuju serta masa depan kita sendiri dan tidak akan keliru dengan dakyah serta pembohongan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan yang jelas kemaruk main politik dan sanggup menjatuhkan sebuah kerajaan dengan apa cara sekali pun tanpa memikir  kesan kepada tahap keselamatan serta keamanan negara.

Yang ikhlas;

YB Abdullah Hj.Saidol
Ketua Setiausaha Politik kepada YAB Ketua Menteri Sarawak.

@ Sent From Samsung Note III
Wechat : sarawakguerreiro
            

Ahad, 19 Februari 2017

#PRKN3TanjongDatu: DA #JAMILAHANU MENANG BESAR, PARTI NYAMUK HILANG DEPOSIT


LUNDU - Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Amar Jamilah Anu menewaskan calon Parti Reformasi Negeri Sarawak (STAR) Johnny Aput dan calon Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) Baru, Rapelson Richard Hamit dalam pertandingan tiga penjuru pada pilihan raya kecil (PRK) Tanjong Datu hari ini.

Keputusan diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Hamsein Atar di Dewan Masyarakat Lundu di sini pada pukul 8 malam.

Jamilah menang dengan majoriti 6,443 undi apabila memperoleh 6,573 undi, manakala Johnny Aput memperoleh 108 undi dan Rapelson 130 undi.


Keputusan itu juga menyaksikan kedua-dua calon PBDS Baru dan STAR hilang deposit.

PRK Tanjong Datu diadakan susulan kematian penyandangnya, yang juga Ketua Menteri Sarawak kelima, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem akibat komplikasi jantung pada 11 Jan lalu, di Pusat Jantung Sarawak, Kota Samarahan.

Bagi meneruskan kesinambungan pembangunan dan kebajikan rakyat yang dilaksanakan Adenan di kawasan itu, BN meletakkan Jamilah, yang merupakan balu Adenan sebagai calon.

PRN Sarawak ke-11 Mei lalu menyaksikan Adenan, 72, memperoleh 6,360 undi mengalahkan calon PKR, Jazolkipli Numan dengan majoriti 5,892 undi, yang hanya meraih 468 undi.

PKR awal-awal lagi mengumumkan tidak akan bertanding dalam pilihan raya kecil ini. 

Majoriti lebih besar yang diperoleh Jamilah boleh disimpulkan sebagai tanda kepercayaan penduduk Dun Tanjong Datu terhadap kebolehan dan kegigihan Jamilah untuk meneruskan wawasan serta legasi yang ditinggalkan oleh arwah suaminya khusus buat penduduk tempatan. 

Sumber : Bernama

@ Sent From Samsung Note III
Wechat : sarawakguerreiro
            

Selasa, 14 Februari 2017

#PRKN3TanjongDatu : KERAJAAN BN SENTIASA BERUSAHA BANTU RAKYAT


LUNDU - Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa berusaha membantu semua rakyat termasuk penduduk di luar bandar.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, kerajaan akan membantu tanpa mengira sejauh mana sekali pun mereka berada walau di kampung-kampung.

"Kerajaan BN telah melakukan semua yang terbaik untuk rakyat seperti menyediakan kemudahan kesihatan hanya mengenakan bayaran RM1 yang tidak ada di tempat lain dan bermacam-macam lagi bantuan.

"Alhamdulillah, penduduk di Tanjong Datu nampaknya menghargai sumbangan itu apabila menunjukkan tanda sokongan padu kepada BN," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Keusahawanan dan Kepenggunaan Lundu 2017 di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Hamzah meminta penduduk Tanjong Datu agar menolak calon pembangkang dengan mengundi Puan Sri Jamilah Anu pada hari pengundian, Sabtu ini.

Sumber : Utusan Online

@ Sent From Samsung Note III
Wechat : sarawakguerreiro
            

#PRKN3TanjongDatu : RASA HORMAT TERHADAP ARWAH "TOK NAN", NENEK 84 TAHUN AKAN TURUN MENGUNDI BN


LUNDU - Keuzuran bukan penghalang bagi seorang wanita warga emas untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu, Sabtu ini.

Baina Bihim, 84, kini terlantar di atas katil di rumahnya di Kampung Stunggang Melayu di sini, setelah kedua-dua belah kakinya tidak lagi dapat digerakkan.

Menurut Baina, anaknya sentiasa meletakkan makanan di atas meja bersebelahan katilnya sebelum keluar bekerja kerana dia tidak mampu berjalan ke dapur untuk mengambilnya dan tiada ahli keluarga lain berada di kediamannya pada waktu siang.

“Saya memang tidak dapat lagi berjalan tetapi ia bukan alasan untuk tidak keluar mengundi.

“Saya telah mengundi sejak berusia 21 tahun dan hanya dua kali sahaja tidak dapat menunaikan tanggungjawab itu. Namun, saya memerlukan bantuan untuk dibawa ke tempat mengundi nanti,” katanya ketika ditemui di rumahnya semalam.

Baina menambah, dia amat menghormati Allahyarham Tan Sri Adenan Satem dan yakin balunya, Puan Sri Jamilah Anu dapat mempertahankan kerusi disandang arwah suaminya itu untuk mewakili rakyat di DUN Tanjong Datu dengan baik.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Ranting Kampung Stunggang Melayu, Malia Sapli, 52, berkata, pihaknya akan menyediakan kenderaan serta kerusi roda untuk membawa Baina dan seorang lagi warga emas di Kampung Stunggang Melayu ke pusat pengundian.

“Kita mahu memastikan lebih 1,000 pengundi dari Kampung Stunggang Melayu dapat menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat mereka,” jelasnya ketika ditemui semasa mengunjungi Baina di rumahnya.

Sumber : Utusan Online

@ Sent From Samsung Note III
Wechat : sarawakguerreiro
            

Isnin, 6 Februari 2017

#PRKN3TanjongDatu : BN AKAN KEMPEN GUNA KAEDAH MULTIMEDIA


Barisan Nasional akan menggunakan kempen kaedah multimedia seperti yang pernah dilakukan semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar bagi membantu calonnya dalam PRK Tanjong Datu, Datuk Amar Jamilah Anu, yang masih dalam tempoh edah.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata antara kaedah yang akan digunakan termasuklah penggunaan multimedia bagi mendekati pengundi di kawasan itu.

"Kita akan mengikut acuan kempen di Kuala Kangsar. Calon BN tidak akan keluar, sebaliknya kita guna pendekatan mutimedia dan bahan-bahan cetak," katanya.

Beliau berkata perkara itu telah dirujuk kepada Mufti Sarawak Datuk Kipli Yassin dan bekas Mufti Perlis Datuk Dr Juanda Jaya bagi mendapatkan pandangan mereka untuk mengelakkan sebarang pelanggaran syarak.

PRK DUN Tanjong Datu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN, Jamilah yang juga balu bekas Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem, Rapelson Richard Hamit daripada Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) Baru dan Johnny Aput daripada Parti Reformasi Negeri (Star).

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 12 Feb ini sebagai pengundian awal dan 18 Feb sebagai tarikh mengundi.

Ahmad Zahid juga berharap pengundi di kawasan itu akan meneruskan sokongan kepada BN dan memberi kepercayaan kepada Jamilah, 61, untuk mempertahankan kerusi yang pernah disandang oleh suaminya.

Katanya selain itu, rakyat Sarawak juga perlu memastikan kemenangan calon BN bagi membolehkan kepimpinan baharu Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg untuk meneruskan usaha membawa pelbagai pembangunan bagi manfaat penduduk kawasan itu seperti harapan allahyarham Adenan ketika menjadi wakil rakyat di situ.

PRK Tanjong Datu diadakan susulan kematian penyandang Allahyarham Adenan pada 11 Jan lalu akibat komplikasi jantung.

Sumber : Bernama

@ Sent From Samsung Note III
Wechat : sarawakguerreiro
            

Ahad, 5 Februari 2017

#PRKN3TanjongDatu : STRATEGI BN UNTUK MENANG BERGAYA DIDEDAH !!!



Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) akan memfokuskan usaha untuk meningkatkan peratusan pemilih keluar mengundi, khususnya anggota parti itu, pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Tanjong Datu pada 18 Feb ini.

Pemangku Ketua PBB Cawangan Tanjong Datu, Abu Seman Karim berkata tiga strategi telah dirangka untuk tujuan berkenaan iaitu kempen dari rumah ke rumah, pemasangan poster dan bendera serta program ceramah di 15 daerah mengundi.

Beliau berkata semua anggota PBB cawangan itu termasuk daripada sayap Pemuda dan digerakkan di semua 37 cawangan dalam PBB Tanjong Datu untuk tujuan itu.

Abu Seman berkata demikian dalam sidang media selepas mesyuarat bersama Anggota Jawatankuasa Cawangan PBB Tanjong Datu di sini, hari ini.

Beliau berkata bahan kempen akan diedar mulai esok, manakala kerja memasang poster dijangka bermula Selasa.

Sumber : BERNAMA

@ Sent From Samsung Note III
Wechat : sarawakguerreiro

            

Sabtu, 29 Oktober 2016

KETUA PEMUDA BARU PRS TUNJUK TARING BELASAH PENGERUSI DAP SARAWAK


Ketua Pemuda Parti Rakyat Sarawak (PRS) merangkap ADUN Balai Ringin Snowdan Lawan berkata, isu Chong akan mengheret 25 ahli parlimen BN untuk menolak bajet 2017 adalah usaha untuk menolak pembangunan berteraskan rakyat.

"Hakikatnya Chong tidak pedulikan tentang pembangunan dan kesejahteraan  yang dibawa oleh BN kepada rakyat Malaysia amnya dan Sarawak khususnya.

"Realitinya Chong sudah tidak mempunyai sekutu lagi atau rakan yang menyokongnya sehingga ingin mengajak 25 Ahli Parlimen BN menolak Bajet 2017," katanya

Menurut Snowdan, setiap wakil rakyat mempunyai pemikiran dan keputusan yang tersendiri dan Chong tidak mewakili kawasan mereka dan bukan wakil rakyat dari kawasan mereka juga sehingga mahu mempengaruh dan menghasut orang lain supaya tidak menyokong bajet 2017.

Beliau turut menyarankan agar dalam isu ini Chong tidak menumpang atau menggunakan kekuatan orang lain.

"Gunalah kekuatan sendiri jikalau mahu menolak bajet tanpa mengharap bantuan atau mempengaruhi Ahli Parlimen Barisan Nasional," tegasnya.

Chong yang juga Ahli Parlimen (DAP) bagi Bandar Kuching minggu lepas mencadangkan agar kesemua 25 Ahli Parlimen BN Sarawak bersama-sama pembangkang menolak Bajet 2017 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. 

Sumber : Sarawakiana

SYABAS YB SNOWDAN. ANDA TELAH BUKTIKAN BAHAWA ANDA LAYAK UNTUK JAWATAN KETUA PEMUDA PRS. 

PEMUDA LAKSANA SEORANG LAKSAMANA YANG BERJUANG UNTUK MEMPERTAHANKAN PEMERINTAHAN RAJA. MANA-MANA PEMUDA DALAM PARTI KOMPONEN BN SEHARUSNYA TAMPIL KE HADAPAN MENYANGGAH SEGALA DAKWAAN PARTI LAWAN YANG MENENTANG BN.

KALAU PEMUDA LEMBIK BAIK BUAT SATU LAGI SAYAP IAITU SAYAP PUTERI. BOLEHLA MAIN "MASAK-MASAK" KAT SITU.

@ Sent From Samsung Note III
Wechat : sarawakguerreiro
            

Khamis, 13 Oktober 2016

JAWAPAN MENGAPA PARTI SPDP BUANG PERKATAAN SARAWAK PADA NAMA PARTI


Perubahan nama Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) kepada Parti Demokratik Progresif (PDP) adalah untuk membolehkan parti membuka cawangan di Semenanjung Malaysia, kata Setiausaha Agungnya Anthony Nogeh Gumbek.

Menjelas lanjut, beliau berkata tujuan langkah itu diambil adalah bagi menye-diakan platform kepada rakyat Sarawak di Semenanjung Malaysia untuk menyertai parti politik yang berasal dari Sarawak.

“Misalnya di Johor terdapat seramai 40,000 rakyat Sarawak yang tinggal di sana.

“Dengan itu, mereka boleh menjadi ahli SPDP di sana,” katanya ketika ditemu bual di sini, semalam.

Nogeh turut menegaskan bahawa hasrat parti itu membuka cawangan di Semenanjung Malaysia juga bukan untuk mendapatkan kerusi atau menarik ahli politik dari sana ke Sarawak.

Sebaliknya, beliau berkata ia adalah untuk membantu rakyat Sarawak yang berada di sana terutama ahli parti.

“Orang Semenanjung boleh menyertai SPDP tetapi kami tidak berhasrat untuk berdiri di sana. Tujuan kami adalah untuk membantu rakyat Sara-wak, itu sahaja,” katanya.

Presiden SPDP Datuk Seri Tiong King Sing kelmarin mendedahkan bahawa Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) sudah meluluskan permohonan SPDP untuk menukar nama kepada PDP.

Katanya ia kerana parti itu merancang untuk me-nubuhkan sekurang-kurangnya tujuh atau lapan cawangan terutama di Selangor.

Menurut beliau, pada masa ini parti itu sudah mempunyai cawangan di Permas Jaya, Johor Jaya, Tiram, Skudai, Nusa Jaya, Machap dan Layang-Layang iaitu kesemuanya di Johor.

Dipetik dari : Borneo Post

@ Sent From Samsung Note III
Wechat : sarawakguerreiro
            

Rabu, 28 September 2016

#PRU14 : PARLIMEN SIBU & LANANG !!! SUPP ATAU UPP ???


Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) mahu kedua-dua kerusi Parlimen Sibu dan Lanang diberikan kepada parti tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

Penyelaras Kerusi Parlimen Sibu dan Lanang Robert Lau dan Chieng Buong Toon dalam satu kenyataan bersama berkata ini berdasarkan SUPP merupakan sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN).

“Kedua-dua kerusi Parlimen Sibu (P.212) dan Lanang (P.211) hendaklah diwakili ahli-ahli daripada parti-parti komponen BN pada PRU14 nanti.

“Kedua-dua kerusi itu sebelum ini diwakili oleh SUPP, ahli pengasas BN. Parti Rakyat Bersatu (UPP) bukan parti komponen BN dan ahlinya tidak boleh mewakili BN pada pilihan raya akan datang,” ujar mereka.

Kenyataan bersama itu dibuat ekoran laporan berita oleh Pengerusi UPP Lanang Datuk Tiong Thai King memberitahu tidak akan bertanding bagi kerusi Lanang.

Namun, menurut Tiong beliau menyediakan beberapa individu untuk dijadikan calon di kerusi tersebut.

Menurut kenyataan itu, Tiong juga mendakwa beliau adalah pengerusi UPP Dudong dan ini bercanggah dengan tindakan beliau meletak jawatan daripada UPP sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Mei lalu.

“Tiong diperlukan menyertai parti komponen BN kerana keadaan beliau dipilih untuk berdiri di bawah logo BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.

“Oleh itu, beliau perlu menghormati janjinya menyertai sebuah parti komponen BN.

“Namun, beliau terus mengecewakan pengundi di Dudong yang mengundi BN dengan melambatkan usaha beliau menyertai parti komponen BN,” kata mereka.

Sehubungan itu, kedua-dua mereka menggesa Tiong kembali ke parti asalnya iaitu SUPP demi perpaduan rakyat di Sibu dan masyarakat Cina.

“Kita perlu bersatu agar kita tidak dipinggirkan.

“SUPP mengalu-alukan Tiong kembali semula kepada SUPP,” kata mereka.


Sent From Samsung Note III
Wechat : sarawakguerreiro
            

Selasa, 21 Jun 2016

RAHSIA KEJAYAAN BESAR BN DI 2 PILIHANRAYA KECIL DIDEDAHKAN


Isu-isu besar yang dimainkan oleh pembangkang sebenarnya memakan diri sendiri sehingga menyebabkan mereka kalah teruk dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar, kata pemimpin veteran Tun Musa Hitam.

Beliau berkata, isu-isu seperti 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) yang ‘dimainkan’ oleh pembangkang ketika berkempen pada PRK tidak memberi sebarang kesan kepada pengundi-pengundi dari kampung yang kebanyakannya tidak faham.

Isu yang dibawa oleh BN pula sangat mudah, isu-isu ‘kampung’ seperti masalah jalan, sekolah, pendapatan dan pekerjaan membuatkan pengundi cepat faham

katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran Festival Seni Yayasan Sime Darby yang diadakan selama dua hari bermula 20 Ogos ini secara percuma.

Mengulas lanjut, beliau sendiri tidak menjangka kemenangan luar biasa pada PRK kali ini terutamanya di saat bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed menyertai barisan pembangkang untuk berkempen.

“Saya melihat Tun Mahathir sebagai seorang pemimpin yang tidak pernah kalah dalam perjuangannya sebelum ini. Kalau dia (Mahathir) turun pasti akan berjaya. Tetapi kali ini lain pula yang terjadi,” tambahnya.

Beliau memberitahu, hanya pasukan kuat dari segi kewangan dan bersatu seperti BN mampu untuk membangunkan serta membawa perubahan kepada negara.

“Pembangkang hanya berani cakap besar, seolah-olah indah rupa daripada berita,” katanya.

Sumber : Utusan Online

@ Sent From Samsung Note III
Wechat : sarawakguerreiro
            

Rabu, 18 Mei 2016

TAHNIAH PBB PANTAI DAMAI : WALAUPUN BANYAK KONTROVERSI, TAPI HATINYA BAIK SEKALI


Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengumumkan peruntukan RM210,000 untuk 41 ranting Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sebagai tanda terima kasih kepada pengundi kerana memberi kemenangan besar kepada calon Barisan Nasional (BN) Dr Abdul Rahman Junaidi.

Katanya, setiap ranting mendapat RM5,000, kecuali Ranting Bintawa akan mendapat RM10,000.

Beliau mengumumukan peruntukan berkenaan ketika berucap menghadiri majlis kesyukuran BN-PBB DUN Pantai Damai di Kuching malam tadi.

Mohamad Nazri berkata beliau sangat gembira kerana diberi peluang membantu kempen pilihan raya Abdul Rahman yang muncul sebagai calon yang memperoleh majoriti undi paling tinggi pada pilihan raya negeri pada 7 Mei lalu, iaitu 9,260 undi.

Sementara itu, Abdul Rahman berkata beliau amat bersyukur kerana undi majoriti beliau meningkat sebanyak 4,189 berbanding 5,071 pada pilihan raya 2011.

- Bernama

BERTUAHNYA ORANG PBB PANTAI DAMAI DAPAT DURIAN RUNTUH.

@ Sent From Samsung Note III
Wechat : sarawakguerreiro
            

Selasa, 2 Februari 2016

WARKAH BUAT RAKYAT SARAWAK DARI PM @NAJIBRAZAK


Sekembalinya dari Sarawak baru-baru ini, ingin saya berkongsi beberapa perkara dalam pengamatan saya sepanjang berada di Bumi Kenyalang.

Dalam kunjungan saya, sama ada di kota besar mahupun di pedalaman, saya lihat rakyat Sarawak rata-ratanya menerima kepimpinan Barisan Nasional di bawah Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem.

Tan Sri seorang pemimpin yang memahami dengan mendalam kemahuan dan keperluan masyarakat tempatan. Beginilah pemimpin yang kita mahukan, yang rakyat perlukan.

Tan Sri juga tidak pernah segan silu untuk menyuarakan pendapat dan cadangan beliau bagi rakyat dan Kerajaan Negeri Sarawak kepada Kerajaan Persekutuan.

Insya-Allah, tiada lautan yang dapat memisahkan persaudaraan dan persefahaman antara kami di bawah payung Barisan Nasional.

Tan Sri Adenan Satem dan saya akan meneruskan usaha kami untuk merancang rapi dan berusaha memajukan Sarawak agar Bumi Kenyalang ini menikmati hasil pembangunan dan kemakmuran negara secara saksama. Tidak kira sama ada di pedalaman atau di bandar, tidak ada sesiapa yang akan diabaikan dan ketinggalan dalam pentadbiran saya.

Inilah komitmen saya kepada Tan Sri Adenan Satem dan rakyat negeri Sarawak.

Projek-projek besar berpaksikan rakyat seperti pembinaan Lebuhraya Pan Borneo, Jambatan Batang Sadong, penambahbaikan infrastruktur terutamanya institusi pengajian yang telah usang dan sebagainya, telah pun dimulakan dan akan terus dirancang bagi memastikan rakyat Sarawak kekal seiring bersama arus pemodenan negara.

Kerajaan Persekutuan akan terus memacu pertumbuhan Sarawak agar setaraf dengan kemajuan di Semenanjung Malaysia.

Selain itu, Kerajaan Negeri telah membangkitkan perkara-perkara amat munasabah berkaitan penurunan kuasa, dan perbincangan juga berlangsung dalam suasana yang positif. Insya-Allah, proses ini, walaupun mengambil masa, adalah untuk kebaikan masa depan Sarawak dan penduduknya.

Sarawak mempunyai potensi yang amat besar, dan saya yakin bahawa hari ini kita mempunyai kombinasi yang tepat, dari segi sumber hasil bumi, tenaga kerja, semangat jitu rakyat dan kepimpinan berkaliber untuk Sarawak mencapai potensi tersebut.

Tidak lama lagi juga, kita akan menghadapi Pilihan Raya Negeri Sarawak. Saya mahukan semua pihak, dari pucuk pimpinan parti hinggalah ke peringkat akar umbi, untuk kekal bersatu dengan meletakkan kepentingan rakyat sebagai yang terutama.

Jangan biarkan cita-cita atau sebarang kepentingan peribadi menjadi batu penghalang kepada kejayaan Barisan Nasional untuk terus menerajui serta membela nasib rakyat Bumi Kenyalang.

Apa-apa sahaja keputusan yang dibuat oleh kepimpinan Barisan Nasional Pusat dan Negeri hanyalah demi mengukuhkan parti dan memastikan kita kekal memberi perkhidmatan terbaik untuk rakyat Sarawak.

Ayuh rapatkan saf, teguhkan perpaduan dan kita pastikan Sarawak kekal biru di bawah lembayung Barisan Nasional!

Dipetik dari blog Najib Razak

@ Sent From Samsung Note III
Wechat : sarawakguerreiro

            

Khamis, 28 Januari 2016

WAJIB IKUT : PRESIDEN UPP YANG BERHATI MULIA


Agak mengejutkan kenyataan Presiden UPP sepertimana laporan Borneo Post pada hari ini.

Presiden UPP Dato Sri Wong Soon Koh telah berjanji dengan CM Adenan akan memberi sokongan sepenuhnya kepada calon Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) pada Pilihan Raya Negeri akan datang.

Beliu turut memberikan janji kepada CM Adenan bahawa UPP akan berkerja keras demi kemenangan Barisan Nasional (BN) pada PRN akan datang.

Tindakan ini mencerminkan bahawa Presiden UPP seorang yang rasional dan tidak terus melatah dengan keadaan politik semasa di negeri Sarawak.

SEKIRANYA SEMUA PEMIMPIN PARTI SEPERTI DATO SRI WONG SOON KOH, SUDAH PASTI CM ADENAN TIDAK PERLU PENING KEPALA MELAYAN SEGALA KARENAH DAN BELIAU BOLEH FOKUS KEPADA ISU-ISU RAKYAT.

@ Sent From Samsung Note III
Wechat : sarawakguerreiro
            

Isnin, 25 Januari 2016

SEDIH NEWS :BERPELUKAN TANDA JABU AKAN BERUNDUR ???


Cakap-cakap dari kalangan warga PBB mengatakan Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang akan mengundurkan diri pada PRN akan datang. Gosip ini datang bilamana ramai yang melihat Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang berpelukan dengan pimpinan PBB semasa mesyuarat PBB semalam. Gosip yang panas ini telahpun viral di media arus perdana dan juga media sosial. 

Petikan daripada portal Borneo Post pula menafikan Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang akan berundur. 

“Kami berpelukan bukan kerana saya akan berundur tetapi meraikan kejayaan dan komitmen PBB dalam Barisan Nasional (BN) dan ia adalah hari jadi saya,”

SEKIRANYA BENAR BERITA PENGUNDURAN DATUK PATINGGI TAN SRI ALFRED JABU NUMPANG  PADA PRN AKAN DATANG, BERITA INI AMATLAH MENYEDIHKAN BAGI RAKYAT DI KAWASAN BETONG.

DATUK PATINGGI TAN SRI ALFRED JABU NUMPANG TELAH BANYAK MENUKAR LANSKAP PEMBANGUNAN DI BETONG DARI KAWASAN YANG DIPENUHI HUTAN MENJADI KAWASAN PEMBANGUNAN BARU DILENGKAPI DENGAN INFRASTUKTUR YANG TIDAK KALAH DENGAN KAWASAN BANDAR LAIN DI SARAWAK.

DIHARAP PENGGANTI DATUK PATINGGI TAN SRI ALFRED JABU NUMPANG MERUPAKAN SEORANG YANG BERWAWASAN SEPERTI BELIAU AGAR DAPAT MEMBAWA BETONG KE SATU TAHAP YANG BOLEH DIBANGGAKAN.

@ Sent From Samsung Note III
Wechat : sarawakguerreiro
            

JAGA-JAGA DAP : CM ADENAN LANTIK 3 ORANG UNTUK LAWAN KAMU


Dalam membidas kenyataan  pembangkang terutamanya dari pimpinan DAP Sarawak yang sering kali mengeluarkan kenyataan fitnah serta mengelirukan rakyat, CM Adenan telah memberikan tugas ini kepada tiga pimpinan PBB iaitu Datuk Dr Stephen Rundi Utom, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan Abdullah Saidol.

Abdullah Saidol dalam sidang media semalam dipetik berkata bukan sahaja kenyataan daripada Chong Chieng Jen, Pengerusi DAP Sarawak malahan dari kalangan pimpinan pembangkang yang lain akan di'uruskan' oleh mereka bertiga.

Bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di sini semalam, Abdullah yang merupakan ketua setiausaha politik Ketua Menteri berkata tanggungjawab ini telah diamanahkan oleh Ketua Menteri kepada ketiga-tiga mereka.

CM ADENAN PUNYA BANYAK LAGI MASALAH RAKYAT YANG PERLU DISELESAIKAN. BELIAU TIADA MASA UNTUK MELAYAN SEGALA FITNAH DAN KENYATAAN BODOH PEMBANGKANG TERUTAMANYA DARI PARTI DAP. GANGGUAN YANG DIBUAT OLEH PEMBANGKANG INI HANYA AKAN MELAMBATKAN BELIAU UNTUK BERTINDAK DAN MEMBUAT KEPUTUSAN.

DENGAN MELANTIK 3 ORANG KUAT PBB INI YANG RAKYAT SARAWAK KETAHUI SERING KALI MEMBANTAI DAN MEMATAHKAN SEGALA FITNAH SERTA TIPU HELAH UNTUK MENGELIRUKAN RAKYAT, CM ADENAN DAPAT TERUS FOKUS BEKERJA UNTUK RAKYAT SARAWAK.

@ Sent From Samsung Note III
Wechat : sarawakguerreiro
            

Khamis, 21 Januari 2016

SIAPA RASIS : PEMIMPIN BN ATAU DAP ???


Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) Sarawak Abdullah Saidol menasihati DAP terutama pengerusinya di Sarawak, Chong Chieng Jen agar mencerminkan diri sendiri sebelum menuduh pemimpin BN rasis.

Menurutnya, kenyataan menyebut bahawa semua parti politik dalam komponen BN Sarawak merupakan parti yang mempunyai latar belakang sejarah penubuhan dan bertapak di Sarawak adalah satu fakta yang tidak dapat disangkal.

Parti-parti komponen BN Sarawak juga mewakili semua kaum, katanya.

“Semua parti dalam BN Sarawak juga dipimpin oleh anak negeri Sarawak. Di manakah unsur perkauman di situ?

“Manakala parti pembangkang seperti DAP adalah parti politik berasal dari Semenanjung Malaysia. Pemimpin utama mereka juga berasal dan bertapak di Semenanjung,” katanya menjawab kenyataan Chong semalam.

Menurutnya, pemimpin-pemimpin BN Sarawak cuma membincangkan isu-isu politik yang berkaitan dengan kepentingan serta masalah masyarakat umum di negeri ini.

Manakala DAP Sarawak katanya, sering membawa masuk rakan-rakan politik mereka daripada DAP di Semenanjung Malaysia untuk berkempen di Sarawak dan bercerita tentang isu-isu di Semenanjung dan sering membuat kenyataan seolah-olah warga Sarawak tidak pandai mengurus negeri.

Di Sarawak menurutnya lagi, BN mempunyai wakil rakyat Bumiputera yang mewakili parti Cina manakala DAP diwakili semuanya oleh bangsa Cina dan hanya mewakili kawasan yang majoriti Cina.

Mengenai dakwaan bahawa pemimpin BN adalah stereotaip, Abdullah berkata sebenarnya pembangkang yang sering memainkan isu perkauman dan keagamaan, malah isu sedemikian banyak berlaku di Semenanjung tetapi tidak di negeri ini.

“Ketua Menteri sudah kata banyak kali di Sarawak tiada isu kalimah Allah. Ketua Menteri juga kata Bumiputera Sarawak tidak sepatutnya dikategorikan sebagai ‘Lain-lain’.

“Malah Ketua Menteri juga menyeru supaya kaum Cina jangan dipanggil ‘kaum pendatang’,” tegasnya.

Di mana sifat rasis pemimpin-pemimpin BN Sarawak, soalnya.

Abdullah yang juga ADUN Semop berkata lagi, selama tiga tahun berturut-turut kerajaan BN memberi bantuan kewangan kepada sekolah-sekolah Cina.

Malah Adenan bersetuju untuk mengiktiraf kelulusan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

Beliau turut mempersoalkan adakah ini wujud di Semenanjung.

DAP juga katanya, tidak mempunyai kepimpinan Bumiputera di peringkat tertinggi.

“Di Selangor dilaporkan pemimpin DAP berbangsa India mendapat undi yang tinggi tetapi dipinggirkan, sebaliknya seorang pemimpin bangsa Cina yang mendapat undi yang rendah terpilih.

“Cuba tengok projek impian Sarawak mereka. Mengapa hanya tertumpu di kawasan satu bangsa Bumiputera sahaja?

“Projek Impian Sarawak yang berteraskan motif politik bukanlah satu usaha yang ikhlas tapi untuk memancing undi semata-mata,” katanya.

Abdullah turut menasihati Chong agar tidak membawa budaya serta nada politik keji ke Sarawak kerana dikhuatiri boleh menimbulkan buruk sangka serta menggugat keharmonian kaum di Sarawak.

Sebaliknya, sebagai wakil rakyat, Chong wajar menjadi pembangkang yang bertanggungjawab dan mengamalkan budaya politik membina.

Apa yang pasti katanya, BN Sarawak akan terus bersuara tentang hak dan kepentingan serta kebajikan anak negeri.

Hanya kita orang Sarawak tahu apa yang baik untuk kita, tegasnya.

“DAP begitu lantang menentang UMNO dan sekarang bermusuh dengan PAS. Siapa rasis sebenarnya?

“PKR pula adalah parti yang dikuasai sebuah keluarga sahaja.

“Parti Amanah Negara (PAN) pula adalah hasil kepimpinan golongan yang kalah dan kecewa. PAN ibarat ‘pakaian baharu’ DAP untuk meraih undi orang Melayu,” katanya.


@ Sent From Samsung Note III
Wechat : sarawakguerreiro
            

Khamis, 30 Julai 2015

CM ADENAN TERUS BUATKAN MATA PEMBANGKANG KEMERAHAN


CM Adenan dan Kerajaan BN Sarawak terus mengotakan janji kepada rakyat Sarawak dalam memastikan keselesaan dan kemudahan untuk rakyat Sarawak dilaksanakan.


Hari ini satu lagi projek mensejahterakan rakyat dilancarkan iaitu Projek Jambatan Long Lama di Miri yang telah disempurnakan oleh CM Adenan.




Projek yang menelan belanja RM115 juta ini akan memberikan manfaat kepada penduduk tempatan dari aspek penjimatan masa dan keselamatan dan paling penting tiada lagi BAYARAN KHIDMAT FERI.

Dengan terbinanya jambatan ini nanti, maka projek-projek pembangunan di kawasan Long Lama akan bertambah yang akhirnya akan menguntungkan penduduk di kawasan tersebut.


Terima kasih CM Adenan, Terima Kasih Kerajaan BN Sarawak.

SEWAKTU SIDANG DUN LEPAS, PEMBANGKANG SARAWAK MENENTANG KELULUSAN TAMBAHAN PERUNTUKAN KEPADA PROJEK PEMBANGUNAN LUAR BANDAR. PARTI INIKAH YANG NAK DIHARAPKAN UNTUK MEMPERJUANGKAN NASIB MASYARAKAT DI LUAR BANDAR.

FIKIR-FIKIRKANLAH. YANG MANA KACA, YANG MANA PERMATA. 

@ Sent From Samsung Note II
Wechat : sarawakguerreiro
BBM Pin : 567E95DF
            

JANGAN PERASAN NEWS : NASIB MUHYIDDIN YASSIN DAN ANWAR IBRAHIM TIDAK SERUPA


Isu pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin dari jawatan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia terus menjadi viral di media sosial. Agak malang ada yang cuba menangguk di air keroh dengan cuba mencetuskan suasana huru-hara di negara ini.

Menyedihkan bilamana ada pihak yang cuba menyamakan  nasib yang menimpa Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Bagi yang mengikuti perkembangan perjalanan politik 2 orang personaliti ini, mereka akan dapat membezakan kedua-dua insiden ini.

Anwar Ibrahim dipecat dari KERAJAAN dan PARTI adalah disebabkan SALAH LAKU PERIBADI sedangkan Tan Sri Muhyiddin Yassin disebabkan tidak bersetuju dengan KEPUTUSAN / DASAR KERAJAAN dan beliau masih kekal menjawat jawatan Timbalan Presiden UMNO.

Saya dapat rasakan perasaan kecewa dan dukacita mereka tetapi apa pun saya berikan nasihat supaya kita harus lebih utamakan kepentingan negara,
- Tan Sri Muhyiddin Yassin, Mantan Timbalan Perdana Menteri

Jadi dengarlah nasihat daripada orang yang empunya badan. Janganlah cuba melakukan perkara yang lebih merosakkan keadaan.

KITA TIDAK BERUPAYA UNTUK MENGETAHUI PERKARA YANG AKAN DATANG. MUNGKIN REZEKI TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN HANYA SETAKAT INI SAHAJA DI DALAM POLITIK MALAYSIA. MUNGKIN JUGA INILAH JALAN TERBAIK UNTUK BELIAU MENERUSKAN PERJUANGAN BELIAU.

TERUSKAN PERJUANGAN MEMBELA NASIB RAKYAT.

@ Sent From Samsung Note II
Wechat : sarawakguerreiro
BBM Pin : 567E95DF

            

Isnin, 13 Julai 2015

BACA BOLEH PERCAYA JANGAN : SUPP TERKUAT DALAM BN SARAWAK ???


Siapa dia Tan Kai ni, pandai-pandai nak tunjuk hero MENENTANG KETETAPAN yang telah ditetapkan oleh YAB PM Najib Razak dan YAB CM Adenan.

Dalam ucapan yang dipetik dari [ Borneo Post ] Tan Kai menyebut 
Ketua Pemuda Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Tan Kai berkata, tiada parti baharu dalam komponen BN sehingga kini dan jumlahnya masih kekal empat iaitu SUPP, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP).
“Mana wakil dari PBB Pending, PRS Pending dan SPDP Pending sila angkat tangan…ada parti komponen lain lagi kah? tidak ada, hanya empat sahaja parti komponen BN, tiada parti baharu dalam BN.
“Kalau ada parti baharu mereka perlu meminta persetujuan daripada kesemua parti komponen untuk menyertai BN,”
TIDAK SEDARKAH SI TAN KAI INI, KALAU TANPA SOKONGAN DARIPADA YAB PM DAN YAB CM PARTI SUPP DAH LAMA BERKUBUR DI TELAN BUMI.

RIAKNYA KENYATAAN TAN KAI SEOLAH-OLAH PARTI SUPP MERUPAKAN PARTI YANG TELAH MENYUMBANGKAN MAJORITI KEMENANGAN BN SARAWAK PADA PILIHANRAYA NEGERI YANG LALU.


@ Sent From Samsung Note II