LUNDU - Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa berusaha membantu semua rakyat termasuk penduduk di luar bandar.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, kerajaan akan membantu tanpa mengira sejauh mana sekali pun mereka berada walau di kampung-kampung.
"Kerajaan BN telah melakukan semua yang terbaik untuk rakyat seperti menyediakan kemudahan kesihatan hanya mengenakan bayaran RM1 yang tidak ada di tempat lain dan bermacam-macam lagi bantuan.
"Alhamdulillah, penduduk di Tanjong Datu nampaknya menghargai sumbangan itu apabila menunjukkan tanda sokongan padu kepada BN," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Keusahawanan dan Kepenggunaan Lundu 2017 di sini, hari ini.
Sehubungan itu, Hamzah meminta penduduk Tanjong Datu agar menolak calon pembangkang dengan mengundi Puan Sri Jamilah Anu pada hari pengundian, Sabtu ini.
Sumber : Utusan Online
@ Sent From Samsung Note III
Wechat : sarawakguerreiro

