Khamis, 21 Januari 2016

SIAPA RASIS : PEMIMPIN BN ATAU DAP ???


Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) Sarawak Abdullah Saidol menasihati DAP terutama pengerusinya di Sarawak, Chong Chieng Jen agar mencerminkan diri sendiri sebelum menuduh pemimpin BN rasis.

Menurutnya, kenyataan menyebut bahawa semua parti politik dalam komponen BN Sarawak merupakan parti yang mempunyai latar belakang sejarah penubuhan dan bertapak di Sarawak adalah satu fakta yang tidak dapat disangkal.

Parti-parti komponen BN Sarawak juga mewakili semua kaum, katanya.

“Semua parti dalam BN Sarawak juga dipimpin oleh anak negeri Sarawak. Di manakah unsur perkauman di situ?

“Manakala parti pembangkang seperti DAP adalah parti politik berasal dari Semenanjung Malaysia. Pemimpin utama mereka juga berasal dan bertapak di Semenanjung,” katanya menjawab kenyataan Chong semalam.

Menurutnya, pemimpin-pemimpin BN Sarawak cuma membincangkan isu-isu politik yang berkaitan dengan kepentingan serta masalah masyarakat umum di negeri ini.

Manakala DAP Sarawak katanya, sering membawa masuk rakan-rakan politik mereka daripada DAP di Semenanjung Malaysia untuk berkempen di Sarawak dan bercerita tentang isu-isu di Semenanjung dan sering membuat kenyataan seolah-olah warga Sarawak tidak pandai mengurus negeri.

Di Sarawak menurutnya lagi, BN mempunyai wakil rakyat Bumiputera yang mewakili parti Cina manakala DAP diwakili semuanya oleh bangsa Cina dan hanya mewakili kawasan yang majoriti Cina.

Mengenai dakwaan bahawa pemimpin BN adalah stereotaip, Abdullah berkata sebenarnya pembangkang yang sering memainkan isu perkauman dan keagamaan, malah isu sedemikian banyak berlaku di Semenanjung tetapi tidak di negeri ini.

“Ketua Menteri sudah kata banyak kali di Sarawak tiada isu kalimah Allah. Ketua Menteri juga kata Bumiputera Sarawak tidak sepatutnya dikategorikan sebagai ‘Lain-lain’.

“Malah Ketua Menteri juga menyeru supaya kaum Cina jangan dipanggil ‘kaum pendatang’,” tegasnya.

Di mana sifat rasis pemimpin-pemimpin BN Sarawak, soalnya.

Abdullah yang juga ADUN Semop berkata lagi, selama tiga tahun berturut-turut kerajaan BN memberi bantuan kewangan kepada sekolah-sekolah Cina.

Malah Adenan bersetuju untuk mengiktiraf kelulusan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

Beliau turut mempersoalkan adakah ini wujud di Semenanjung.

DAP juga katanya, tidak mempunyai kepimpinan Bumiputera di peringkat tertinggi.

“Di Selangor dilaporkan pemimpin DAP berbangsa India mendapat undi yang tinggi tetapi dipinggirkan, sebaliknya seorang pemimpin bangsa Cina yang mendapat undi yang rendah terpilih.

“Cuba tengok projek impian Sarawak mereka. Mengapa hanya tertumpu di kawasan satu bangsa Bumiputera sahaja?

“Projek Impian Sarawak yang berteraskan motif politik bukanlah satu usaha yang ikhlas tapi untuk memancing undi semata-mata,” katanya.

Abdullah turut menasihati Chong agar tidak membawa budaya serta nada politik keji ke Sarawak kerana dikhuatiri boleh menimbulkan buruk sangka serta menggugat keharmonian kaum di Sarawak.

Sebaliknya, sebagai wakil rakyat, Chong wajar menjadi pembangkang yang bertanggungjawab dan mengamalkan budaya politik membina.

Apa yang pasti katanya, BN Sarawak akan terus bersuara tentang hak dan kepentingan serta kebajikan anak negeri.

Hanya kita orang Sarawak tahu apa yang baik untuk kita, tegasnya.

“DAP begitu lantang menentang UMNO dan sekarang bermusuh dengan PAS. Siapa rasis sebenarnya?

“PKR pula adalah parti yang dikuasai sebuah keluarga sahaja.

“Parti Amanah Negara (PAN) pula adalah hasil kepimpinan golongan yang kalah dan kecewa. PAN ibarat ‘pakaian baharu’ DAP untuk meraih undi orang Melayu,” katanya.


@ Sent From Samsung Note III
Wechat : sarawakguerreiro
            

1 ulasan:

  1. Iban lah of course. Hidup Iban. Agik idup, agik ngelabang. Still live, still fight on. you think i am afraid of you ?

    BalasPadam