Jumaat, 1 Januari 2016

PRN SARAWAK : AKHIRNYA CM ADENAN BUKA MULUT


Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem malam semalam membayangkan bahawa pilihan raya negeri Sarawak mungkin diadakan pada Mac depan. 

Ketika berucap pada Sambutan Tahun Baru 2016 dan Sarawak Bebas Tol di Jambatan Tun Abang Mohammad Salahuddin di sini, beliau meminta rakyat Sarawak menunaikan janji mereka kepada kerajaan dengan memberinya lima tahun lagi tempoh sebagai Ketua Menteri. 

"Kerajaan sudah tunaikan janjinya untuk memansuhkan tol di negeri ini dan saya mahu melihat rakyat Sarawak pula menunaikan janji kepada kerajaan dalam masa tiga bulan lagi. 

"Sekiranya kita boleh bersama-sama menunaikan janji kita, maka Sarawak akan menjadi sebuah negeri yang aman dan makmur," katanya kepada lebih 10,000 rakyat Sarawak yang membanjiri jambatan itu malam semalam. 

Adenan juga berkata beliau telah mendapat persetujuan daripada pemimpin UMNO bahawa parti itu tidak akan melebarkan sayapnya ke Sarawak. 

"Saya juga mahu supaya DAP, PKR dan parti-parti Semenanjung tidak datang ke Sarawak," katanya. 

Beliau juga mengumumkan ketiga-tiga wakil rakyat bagi kerusi Pantai Damai, Satok dan Samariang akan dicalonkan semula pada pilihan raya akan datang. 

@ Sent From Samsung Note III
Wechat : sarawakguerreiro
            

0 ulasan:

Catat Ulasan