Rabu, 20 Januari 2016

PERINGATAN BUAT REMAJA WANITA : ROGOL DAN ARAK TIDAK DAPAT DIPISAHKAN


Gara-gara terpaksa temankan rakan, seorang gadis remaja dipaksa minum minuman keras sehingga mabuk sebelum dirogol secara bergilir-gilir empat lelaki di Bandar Baru Batu Kawah (MJC), di sini kelmarin.

Mangsa, 18, yang sedang mengikuti pengajian di sebuah kolej swasta di sini dikatakan terpaksa menemani seorang rakan wanitanya untuk berjumpa dengan keempat-empat suspek sekitar jam 12.30 tengah malam.

Difahamkan, mangsa dan rakannya itu kemudian dipaksa oleh keempat-empat suspek dipercayai rakan sekolej mereka untuk minum minuman keras sehingga mangsa dan rakannya itu mabuk.

“Dalam keadaan mabuk dan hampir tidak sedarkan diri, mangsa mendakwa dia dirogol oleh keempat-empat suspek bergilir-gilir namun tidak berdaya untuk melawan mereka.

“Mangsa juga menyedari suspek ada merakam perbuatan terkutuk mereka menggunakan telefon bimbit,” kata sumber.

Selang beberapa jam kemudian, mangsa yang mula sedarkan diri mendapati rakan wanitanya tiada lagi di tempat kejadian dan segera pulang ke bilik sewanya untuk mendapatkan bantuan.

“Mangsa menangis mengadu sakit pada bahagian sulitnya dan menceritakan insiden tersebut kepada rakannya yang kemudian membawanya ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan,” kata sumber.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Ng Ah Lek yang mengesahkan kejadian tersebut memberitahu pihaknya berjaya menahan keempat-empat suspek beberapa jam kemudian untuk siasatan lanjut.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan pengawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Padawan telah membuat tangkaoan terhadap keempat-empat suspek iaitu sekitar jam 10.30 pagi.

“Keempat-empat suspek berusia lingkungan 18 dan 19 tahun serta merupakan pelajar kolej,” kata Ng Ah Lek.

@ Sent From Samsung Note III
Wechat : sarawakguerreiro
            

0 ulasan:

Catat Ulasan