Selasa, 19 Januari 2016

PELAMPAU AGAMA BELUM WUJUD DI SARAWAK


Kementerian Dalam Negeri (KDN) setakat ini belum ada menerima laporan mengenai kewujudan golongan pelampau agama di Sarawak.
Timbalan Menterinya Masir Kujat berkata kehadiran golongan pelampau agama perlu diawasi kerana boleh memberi kesan kepada keselamatan rakyat seperti pengeboman dilakukan pengganas di Jakarta, Indonesia baru-baru ini.
Menurut Masir, berikutan pengeboman di Jakarta, Indonesia kerajaan mempertingkatkan tahap keselamatan termasuk persiapan untuk mengawal kemasukan warganegara asing ke negara ini.
“Walaupun kita memiliki Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di sempadan Sarawak-Kalimantan Barat, Indonesia, tetapi kita berharap pengganas tidak menggunakan laluan tikus memasuki negara ini,” katanya.
Ahli Parlimen Sri Aman itu berkata demikian ketika ditemui sebaik tamat Majlis Perasmian Dewan Masyarakat Gua di Kampung Gua, Sri Aman.
Sementara itu, beliau menasihati ibu bapa sentiasa mengawasi pergerakan anak-anak di luar rumah kerana bimbang terpengaruh dengan ideologi pelampau agama dalam diri mereka.
“Ideologi pelampau agama terbukti boleh menyerap masuk ke dalam diri anak-anak berusia 18 tahun dan lantaran itu jika anak-anak berubah sikap sila beri nasihat dan tanya punca perubahan terbabit,” katanya.

@ Sent From Samsung Note III
Wechat : sarawakguerreiro
            

0 ulasan:

Catat Ulasan