Sabtu, 18 Jun 2016

TAG TEAM NEWS : DOUGLAS UGGAH & JAMES MASING BERSATU "BELASAH" PENGERUSI DAP SARAWAK


Barangkali sudah amat-amat menyampah dengan perlakuan pembangkang terutamanya dari parti DAP, yang sentiasa cuba menjatuhkan kredibiliti kerajaan, Timbalan Ketua Menteri 1 Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas secara sinis telah menyindir Pengerusi DAP Sarawak, YB Chong Chieng Jen.

“Saya tidak tahu sama ada beliau tidur atau mempunyai masalah pendengaran”

Sindiran pedas di atas ekoran daripada kenyataan Ahli Parlimen Bandar Kuching dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa itu yang mempersoal jawapan kerajaan oleh Datuk Amar Douglas Uggah Embas mengenai ketidakseimbangan komposisi kaum dalam perkhidmatan awam yang dibangkitkan baru-baru ini.

Menurut YB Chong Chieng Jen, berdasarkan jawapan diberi Datuk Amar Douglas Uggah Embas, ia seolah-olah kerajaan negeri tiada hasrat menangani isu berkenaan dan dilihat seolah-olah akan meneruskan polisi bersifat berat sebelah kaum ini.

Menyokong sindiran Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Timbalan Ketua Menteri II Sarawak, Tan Sri Datuk Amar James Masing, beliau menambah YB Chong Chieng Jen mempunyai tabiat mendengar tanpa memahami.

“Saya dengar dan memahami jawapan Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan saya pasti YB Chong Chieng Jen juga mendengarnya, sama ada beliau faham atau beliau pekak."

Tan Sri Datuk Amar James Masing turut menyatakan ketidakseimbangan kaum dalam perkhidmatan awam seperti yang dilaporkan akan ditangani jawatankuasa seperti yang dinyatakan. Masalah ini tidak berlaku dalam waktu singkat, jadi ia akan mengambil masa untuk ditangani.

Dipetik dari laporan Borneo Post

@ Sent From Samsung Note III
Wechat : sarawakguerreiro
            

0 ulasan:

Catat Ulasan