Rabu, 3 Jun 2015

EDISI BARU TAHU : PARTI DAP BERTANGGUNGJAWAB MENJADI PERUNDING IMEJ CM ADENAN !!!


Parti DAP seperti yang semua sedia maklum adalah parti yang suka "ambil kesempatan" terhadap usaha orang lain. Banyak kali mereka melakukan perkara tersebut. Antaranya isu Pemansuhan Tol, isu Sekolah Cina, isu Tarif Elektrik, isu Pembalakan Haram dan lain-lain lagi. Mereka akan laungan bahawa keberjayaan penyelesaian masalah ini adalah atas usaha mereka.

Terbaru melalui ADUN Pending, Violet Yong menerusi beberapa akhbar berbahasa Cina mendakwa sikap keterbukaan CM Adenan merupakan susulan cadangan DAP. Kita sedia maklum, CM Adenan mempunyai sikap dari dahulu lagi mudah didekati, peramah dan bersahaja. Perkataan "Youuu..youuu" & "ooo..haaaa" menjadi "trademark" CM Adenan dari dahulu sehingga sekarang dan digunakan sebagai platform untuk "bermesra" dengan rakyat. (Tidak boleh salahkan DAP jika mereka tidak tahu, sebab mereka baru lagi di Sarawak).

Berita Penuh [Klik Disini]

Agak melucukan dakwaan ADUN DAP ini. Mana mungkin CM Adenan yang bergelumang di dalam politik Sarawak daripada zaman berzaman boleh menggunakan idea DAP yang baru setahun jagung bertapak di negeri Sarawak. Adakah DAP Sarawak sudah mula hilang arah dan idea untuk mencari kelemahan kerajaan negeri Sarawak dek kerana keberkesanan kepimpinan CM Adenan ?

INILAH MASALAHNYA PARTI PEMBANGKANG DI MALAYSIA, BILA MEMBANGKANG TIDAK KENA PADA TEMPATNYA. PENGAKHIRANNYA ADALAH MENGELUARKAN KENYATAAN DI LUAR TABIEE ??? OPSSS TERSEBUT SUDAH "LUAR TABIEE". SENSITIF KEPADA RAKAN SEKATIL MIMPI LAIN-LAIN MEREKA. 

@ Sent From HTC Butterfly 
            

0 ulasan:

Catat Ulasan