Menjelang Pilihanraya Negeri yang bakal diadakan bila-bila masa, parti-parti politik terutamanya parti politik Pembangkang sudah mula menggerakkan jentera masing-masing. DAP sebagai parti yang terkuat diantara sekutu mereka di dalam Pakatan Rakyat tidak duduk diam dan berusaha untuk menjadikan mereka relevan di mata rakyat Sarawak.
Malam Sabtu lepas, menggunakan platform Kopitiam Talk di Fu Sen Court, Taman Hui Sing dan mengetengahkan Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen, DAP memulakan fitnah terhebat abad ini. Chong di hadapan lebih kurang 70 orang yang hadir mengatakan GST akan dinaikkan dari 6 % ke 10 % sekiranya rakyat Sarawak memenangkan Barisan Nasional. Begitulah apa yang diceritakan oleh rakan-rakan yang hadir ke program tersebut.
Chong tahu, isu GST merupakan isu yang terlampau dekat dengan masyarakat. Menggunakan isu fitnah GST dengan mengatakan GST akan dinaikkan dari 6% ke 10% diyakini akan membuatkan rakyat merasa gelisah dan memihak kepada mereka. Cukup jijik dan keji cara DAP cuba menjatuhkan pihak lawan mereka.
DAP SEDAR DAN TAHU, MEREKA SUDAH TIADA ISU YANG HENDAK DIKETENGAHKAN KEPADA RAKYAT DI SARAWAK MEMANDANGKAN CM ADENAN TELAH MELAKUKAN YANG TERBAIK KEPADA RAKYAT SARAWAK KINI. HANYA DENGAN MENDATANGKAN PERSEPSI DAN BAYANGAN BURUK DI MASA HADAPAN SAHAJA MEMUNGKINKAN MEREKA BOLEH DITERIMA PADA PRN AKAN DATANG.
MEREKA JUGA CUKUP RISAU DENGAN TREND MASYARAKAT CINA MASA KINI YANG MULA MENUNJUKKAN SOKONGAN POSITIF TERHADAP KEPIMPINAN CM ADENAN.
APA LAGI YANG MEREKA BOLEH BUAT SELAIN DARI MELAKUKAN FITNAH JAHAT.
@ Sent From HTC Butterfly
0 ulasan:
Catat Ulasan